18

4.4K 491 24
                                        

Aku dan Danie akhirnya siap membakar ayam percik sebelum tamatnya waktu yang diberikan oleh cikgu cikgu kulinari ini. Kecut perut habis bila cikgu tak henti-henti lalu-lalang memerhatikan pelajar-pelajar mereka membuat kerja masing-masing.

"Ayam percik selalu makan dengan apa?" Aku menepuk dahi, sumpah lupa pasal sos untuk ayam percik ni, nak marah Danie pula dia ni naif betul dengan makanan melayu.

"Sos! Ada masa lagikan? Jap aku buat." Dapur gas untuk pasukan kami aku nyalakan, sos cili yang sedia dihidang itu aku masukkan kedalam periuk, "ada gula melaka?"

Danie menyelongkar bahagian rak yang ada di dapur mini tersebut, "nah."

Satu buku gula melaka dia hulurkan pada aku, cuka yang berada di sebelah botol sos aku capai, "eh Danie, gula pasir ada tak?"

Danie kembali mengelongkar tempat yang dia ambil gula melaka tadi, satu bekas gula pasir pula dia hulurkan kepada aku,

"Apa ni?" Sambil mengemas meja kerja Danie melihat sos yang aku sedang masak, tak tahulah nak bagi jawapan apa dengan dia ni, naif betul tak payah duduk malaysialah kalau macam ni.

"Sos untuk makan dengan ayam percik, papa dulu sebelum dia jadi chef dia buat kerja sambilan dekat pasar ramadhan, tiap hari aku tolong dia masa kecik-kecik dulu." Tangan aku masih mengacau sos yang sedang dimasak,

"Kenapa orang lain tak ada sos pun?" Kami memerhatikan sekeliling, rata-rata pelajar lain sibuk dengan membakar ayam dan men-grill ayam mereka.

"Sos untuk ayam?" Seorang cikgu datang kearah kami berdua, sos yang aku sedang masak itu diperhatikan.

"Haah Miss Fazela." Danie tersenyum kearah cikgu tersebut, cikgu yang sedang memerhatikan sos kami tadi terus berjalan pergi kearah kumpulan lain.

"Okay dah masak dah ni, tuang atas ayam sikit." Danie memberikan aku laluan bila dia nampak aku mengangkat sos yang panas tadi, beberapa senduk sos aku letak pada ayam yang Danie sudah hiasa atas pinggan, lebihan sos pula aku letak dalam mangkuk kecil dan letak sebelah ayam tadi.

"Students, 3 minutes left." Miss Fazela bersuara, aku dan Danie yang dah siap semuanya tersenyum gembira. Kalau dapat lepas first round ni, masa depan Danie untuk pergi Asian Food Festival tu makin cerah, aku tak kesahpun sebenarnya tapi Danie beria sangat nak pergi, tak akan nak hampakan dia pula.

🥇🏐🥇

"Kumpulan 6, dan kunpulan 12 sila kehadapan." Aku dan Danie tersentak apabila nombor kumpulan kami disebut oleh salah seorang guru yang menjadi juri untuk menilai masakkan kami semua, dengan perasaan penuh ketakutan aku dan Danie berjalan ke hadapan,

Dan Bella, jap macam mana dia boleh ada dekat depan sekali? Jadi dia kumpulan 12? Bella memandang aku dengan penuh bongkak sekali, amboi dia lupa agaknya aku tarik rambut pink dia sampai dia menjerit minta nyawa.

"Selepas membuat penilaian, kalian berdua seri." Seorang guru lelaki memandang kami berempat yang sedang berdiri di hadapannya. "Jadi hari ni kalian harus terangkan cara-cara penyediaan task kali ini untuk kita tahu siapa yang layak pegang Master of the month untuk bulan January ini."

Aku dan Danie saling berpandangan, untuk bercakap adalah satu perkara yang mudah bagi seorang Farra Hanani, presentation aku A+ nyah.

"Kumpulan Danie dan Farra mulakan, terangkan bahan untuk masakkan kalian ini." Danie melangkah kehadapan setapak, begitu juga aku.

"Assalammualaikum and good morning to miss and mister, mengenai task yang pertama untuk tahun 201*, Ayam Percik buatan kami ini telah diperap dengan beberapa rempah iaitu serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari, serbuk kunyit dan juga sedikit gula dan garam bagi perasa." Danie terdiam mungkin untuk mengatur percakapannya.

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang