Eh haaii! Thank you for 200 views in 2 days hewhewhew
Aku menghulurkan dua keping not 50 kepada pekerja ini, nasib Tealive ni tak semahal Starbuck kalau tidak mahu naya aku kena bayar dua kali ganda dari harga ni.
"Terima kasih belanja!" Amsyar tersenyum keriangan bila dapat Bang Bang Fresh Milk yang kononnya kegemarannya, dah la minta sampai cup besar patut aku beli satu kedai ni sumbat je masuk dalam mulut dia.
"Korang nak balik ke nak lepak dulu?" Danie yang nampak paling matang bersuara,
"Jom lepak mamak dekat luar ni jom! Jom! Jom la!" Amsyar terus berjalan keluar sambil menarik Harras untuk ikutnya sekali, akibat kami sayang satu-satunya permata yang annoying kelab ini, tanpa banyak cakap kami mengikuti Amsyar dan Harras yang telahpun jalan ke hadapan dahulu.
"Weh aku ada teka teki," Riyaan berjalan bersebelahan aku, namun aku sebagai kawan yang tidak tahu menghargai kawan yang lain, jadi mata aku ditumpukan pada alat bantuan dajjal, ya telefon bimbit.
"Hah apa dia?" Sambil leka menekan-nekan screen handphone aku untuk mencari lagu yang pada playlist spotify hack yang aku baru lepas download sebab aku terlalu kedekut untuk membeli spotify premium yang harga 19 ringgit sebulan. Betulkan? 19 ringgit tu aku boleh buat minum Tealive tahu?
"Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang ejaan dia guna dua huruf je?"
"Yu?" Aku memandang Riyaan sekilas, kemudian sambung menumpukan perhatian kepada telefon bimbit yang berada di tangan.
"Haih! Bukan yang tu yang lain!" Aku mengeluh, handphone aku tutup kemudian memandang Riyaan dengan penuh terpaksa,
"Rama-rama?"
"Itu dua perkataan Farra." Aku give up dengan teka-teki Riyaan ini, apa yang budak tinggi 177cm ni sedang lakukan? Dia ingat aku ni budak berapa tahun main teka-teki?
"Dah tu apa?"
"U dan g." Riyaan bangga sekali memberi jawapan kepada soalan teka-tekinya tadi, tapi dia tak tahu agaknya, yang Farra Hanani ni adalah seorang yang lembab, lagi lembab dari siput babi yang tengah fikir dia siput ke babi,
"Hah?" Riak wajah Riyaan yang nampak gembira tadi bertukar sedih bila aku tak dapat tangkap teka-tekinya
"Udang." Sekali lagi dia cuba bagi aku faham, okay memang aku tak dapat faham, kita kena buka kertas kerja untuk jawapan ini agar aku dapat faham sepenuhnya.
"Haaaaaaah?" Riyaan memeluk tubuh, keningnya berkerut-kerut memandang aku dengan muka yang sengaja dibuat-buat marah.
"Riyaan jangan buat macam tu! Comel betul!" Aku ketawa sambil memukul-mukul badan Riyaan yang sedang berlakon jadi seorang lelaki yang sedang merajuk tersebut, terus dia menghentikan lakonannya,
"Ye ke? Serius?" Riyaan menundukkan kepalanya sambil tangannya menggosok-gosok tengkuk, malu dengan aku yang puji straight to the point agaknya.
"Hello? Are you blind?" Cup Tealive aku bercium dengan lantai Aeon, sweater hitam yang aku pakai dibasahi dengan air susu dan bersama beberapa biji boba yang juga melekat pada sweater ini.
"Kau tahu tak aku beli air ni harga dia 10 ringgit?" Aku memandang air aku yang aku minum tak sampai separuh itu tumpah begitu sahaja, kepala aku diangkat untuk memandang orang yang matanya di tapak kaki tadi.
"Kau fikir tak baju aku ni? Habis basah!" Tak tahu la ini bala ke apa bila Mina yang berdiri di hadapan aku,
"Tak sekarang ni kau tahu tak air aku tumpah kau langgar."
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...