Hallo everyone dah follow kew acc ig wattpad saya @/wpfartiraz.
Awal awal chapter dah self promote dasar tak tahu malu 😠
"Siyes lah Ahmad tu? Tak boleh jadi ni." Riyaan memeluk tubuh, tak senang duduk betul dia lepas Wais cerita hal semalam dekat dia. Tu la, orang call banyak kali tidur mati tak nak bangun sekarang nak bising pulak dah. Macam ni la lelaki macam ni lahhh.
"Ye la Yan, dia minta nombor Farra masa tu—"
"Kau biar betul?!" Riyaan mula berdiri, kemudian dia berjalan mundar-mandir sambil bercekak pinggang. "Lepas tu dia dapat ke?"
Wais geleng kepala,
"Tak kau kenapa gelabah sangat ni." Wais tersenguh kemudian dia menjungkitkan keningnya memandang Riyaan yang sedang tak tentu hala tadi, Riyaan pula pandang Wais macam nampak hantu pocong versi lelaki kacak.
"HAH! Riyaan kan—pddttt puffff puuffttt puuffff!" Laju Riyaan menutup mulut Amsyar yang sedang bercerita, apa eh yang diorang rahsiakan sampai Riyaan sanggup peluk Amsyar yang berpeluh demi nak tutup mulut dia? Berguling-guling diorang dua sebab Amsyar nak lepaskan diri, Riyaan pula sibuk tutup mulut dia tak nak bagi budak pendek ni bercakap.
"Korang dah tahu nak pakai baju apa ke hari Khamis ni?" Seperti yang kita tahu, Danie yang sentiasa mengawal keadaan yang kelihatan seperti akan berlaku satu pembunuhan bersuara,
"Aku bogel je la." Harras membalas soalan Danie Itu dengan penuh hambar sekali, nak ketawa macam terlalu hambar tak ketawa pula macam tak sapot member acano ni.
"Kau tak bogel sumpah aku sendiri bogelkan kau Ras." Damien memandang Harras atas ke bawah, Harras pula tersengih-sengih macam tengah goda Damien. Macam ni ke cara lelaki gurau, atau diorang ni tak bergurah sebenarnya? Awkward moment for awhile krik krik...
"What the ef you memang sangat cute ceei key." Amsyar baling bola tampar yang ada dekat tangan dia ke arah Harras dan Damien lepas tengok dua ketul budak lelaki ni tengah flirt antara satu sama lain, Damien cepat sahaja tepis bola tersebut.
"Back to the topic, korang dah cari baju ke nak pakai Khamis ni?" Danie menekankan suaranya bila nampak ada ura-ura untuk pergaduhan antara budak pendek bersama budak tinggi akan berlaku, separuh dari kami menganggukkan kepala manakala sebahagian lagi geleng.
"Atok aku dah cari baju dah, formal suit kan?" Soalan Wais dibalas dengan anggukkan kepala Danie, kita nak harap apa je dari Wais? Dia tak ada event pun pakai formal outfit inikan ada event berkali ganda formal la dia punya baju.
"Aku fenin la nak pakai baju apa theme bola tampar kita warna apa? Hitam la kan?" Ditanya soalan pada kami kemudian dia jawab sendiri, Amsyar memicit-micit pelepis kepalanya tanda pening, eh sejak bila ya event ni ada theme pula? Baru aku fikir nak pakai baju warna warni.
Sembang Farra Hanani sembangggg!
"Black and white tapi more to black white tu as accessories." Riyaan membalas, bola tampar yang berteraburan dia kutip dan masukkan ke dalam bag memandangkan sudah waktu untuk kami semua pulang ke rumah.
"Kalau macam tu, yang belum ada baju jom la malam ni kita pergi butik mak Mika." Kami memandang Mikael pelik, bukan kami. Maksud aku, aku yang pandang dia pelik mungkin sebab aku sorang je yang baru tahu mak dia ada butik? Mungkin.
"Malam ni ek? Korang onsz tak?" Danie memandang kami semua yang sedang duduk membuat hal masing-masing untuk mendapatkan kepastian,
"Aku okay je, Harras pun tak ada baju lagi so aku naik dengan dia."

YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Novela Juvenil2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...