2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
I know it's getting late now baby, maybe you should stay here with me?
Pagi-pagi dekat UA dah bising, diorang ni tak tahu penat ke macam mana? Letih kot pagi-pagi ni menjerit-jerit macam kena histeria ni kenapa agaknya? Gila dah? Aku tutup pintu loker lepas dah siap ambil barang sebab lepas ni aku nak pergi cafe.
Bahu aku dicuit dari belakang, kelibat Aisyah tersengih-sengih menjamah mata.
"Hello dan selamat pagi!" Aisyah nampak ceria dengan baju dia yang sentiasa bewarna cerah ini, dia tersenyum menampakkan giginya kemudian melambai tangannya kearah aku.
"Asalammualaikum." Senyuman comel Aisyah mula memudar, terus dia pukul bahu aku. "Adoi! Sakitlah."
"Kau kenapa nampak murung? Dah nak mati?" Mulut dia ni betul-betul kurang ajar ye? Mahu je aku siat-siat bagi anjing makan.
"Aku tak tidur malam tadi, folio perniagaan harini kena submit." Jeritan budak perempuan UA semakin kuat, aku mula bengang kemudian menutup telinga, bingit wo...bingit! Memang aku kena hadap benda macam ni dalam seminggu dua kali kan!
Aku pusingkan badan untuk melihat apa yang dijeritnya dari tadi, tak ada apa yang menarikpun,
Oh sekejap...
Wais ni gila ke, ke dia dah nak matey?
Wais entah kena rasuk dengan hantu mana hari ni dia pakai turtleneck warna hitam sekali dengan coat labuh bewarna hitam, seluar pula dia pakai straight cut warna cream sambil lipat sampai atas buku lali dengan kasut boot warna hitam,
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia fikir dia idol korea ke macam mana ni?
"Jangan tanya, atok aku suruh atau duit bulanan aku sikit." Wais yang tahu sahaja aku akan bertanya kenapa dia buang tebiat hari ini dah jawab dulu, dia berdiri di sebelahan aku sambil tangannya dimasukkan kedalam saku seluar.
"Tak payah duduk sinilah Wais, Farra kena buli dengan peminat setia kau nanti, lagi panjang cerita ni dibuatnya." Riyaan yang baru tiba menegur, Wais hanya membalas perlian Riyaan dengan menggulingkan anak matanya.
"Aku nak pergi cafe dengan Aisyah, korang nak ikut?"
"Terlalu bahaya untuk aku nak merayau dengan pakaian aku macam ni, next time." Wais berlalu meninggalkan kami semua, tak lain tak bukan dia nak pergi rooftop lah tu. Dia mesti fikir dia macho sepuluh kali ganda dari biasakan hari ni? Kerek bukan main.
"Aku ada homework tak siap lagi, jadi aku nak pergi library dulu."
"Kau tak gila ke Riyaan? Siyes lah kau lepak library?" Riyaan hanya ketawa hambar,
"Kalau aku failed bio mak aku tak akan bagi aku keluar lagi. Pergi dulu ah, nanti tak sempat siap homework aku ni." Riyaan juga berlalu pergi, tak apa at least aku aman dating dengan Aisyah.