"Dia tak pukul kau ke."
"Seriously macam mana kau handle."
"Dah nak kiamat ke."
"Aku tak pekak tau bodo." Amirul yang sedang menyuap nasi goreng bersuara, langsung terdiam Harras, Riyaan dan Wais dibuatnya.
"Tapi how come dia end up ajak kau makan." Harras macam tak percaya nampak Amirul sedang makan dan tidak mengamuk-ngamuk macam biasa.
"Manalah aku tahu, mungkin aku cantik." Amirul yang sedang makan tiba-tiba tersedak, kemudian dia memandang aku dengan muka bengis yang tak pernah lekang dari wajah nya, balik la Mirul aku nak Amsyar aku balik.
"Kau cantik? Mukapun macam langsir." Wais yang sedang meneguk air hot chocolate miliknya hampir tersembur,
"Know what? This version of Amsyar more better do." Aku mengecilkan mata memandang Wais yang leklek dia punya mulut je cakap aku tak cantik. "What? Aku cuma jujur."
"Tak perlulah jujur part tu." Harras tersengih sambil menyiku perlahan bahu Wais, lalu mereka buat high-five dekat depan aku, entah la rasa macam nak membunuh hari ni, any suggestions siapa yang patut aku bunuh dulu?
"Farra cuba cerita apa yang jadi sebenarnya." Aku terdiam, entah lah aku pun tak faham sangat apa yang jadi.
Bila aku yakin yang itu Mirul terus aku lari kearah Nabil, walau muka dia ni aku benci teruk tapi kalau aku tak halang Amirul mahu pecah muka baby face Nabil dibuatnya.
"Bla Nabil bla."
"Apa je budak pendek ni boleh buat?" Nabil berdiri, dia tak sedar agaknya bibir dia dah berdarah makan penumbuk Amsyar, boleh berlagak lagi.
"Jangan Nabil!" Nabil dengan bongkak sekali berdiri di hadapan Amsyar,
"Cepat la gaduh, lai." Belum apa apa lagi kaki Amsyar dah mendarat atas muka dia, berguling-guling Nabil jatuh.
"Amsyar dah tu dah!" Aku berdiri di hadapan Amsyar sambil mendepakan tangan tak nak bagi dia pukul Nabil sekali lagi,
"Kau panggil budak bodoh tu kenapa?" Amirul marah bila aku sebut nama Amsyar, amboi dia tak sedar agaknya dia menumpang badan orang je.
"Okay maksud aku Amirul, jangan pukul dia lagi. Cukup." Isyarat suruh Nabil keluar aku berikan, dengan bengis sekali Nabil bangun dan keluar dari Dewan, Amsyar atau Amirul memandangnya penuh tidak puas hati.
"Dia ada buat apa apa dekat kau ke?" Amirul bertanya, aku hanya gelengkan kepala. Garang betul Amirul ni, Wais pun boleh kalah.
"Dia tak buat apa apa pun," aku hanya tersengih kearah Amirul, dia kemudiannya menggulingkan matanya.
"Kau ni menyusahkan aku betul."
"Aku minta maaf, nak pergi clinic? Bibir kau pecah tu." Amirul hanya menggelengkan kepalanya,
"Jom pergi cafe, kau dah menyusahkan aku kau belanja." Belum sempat aku cakap apa apa dia dah jalan keluar dari dewan, "cepatlah kau tunggu apa lagi?"
Patutnya aku tampar je dia sampai mampos tak adalah aku kena habis duit belanjar Amirul yang muka macam Amsyar tapi bengis ni.
"Seriously macam tu je?" Aku mengangguukkan kepala bila muka Danie nampak macam tak percaya, punyalah payah diorang sebelum ni nak tenang kan Amirul, aku senang-senang je dia ajak pi makan.
"Aku dah malas nak pukul orang je." Amirul menambah,
"Konon, budak-budak Nabil tu tak sedarkan diri lagi sampai sekarang kau pukul." Harras membalas,

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Novela Juvenil2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...