Warning: Banyak carutan macam terlupa neraka otu wujud
Uwais Mustaqim's pov
"Macam mana dia boleh hilang?" Farhan yang baru tiba di parking lot ini nampak serabut, segala benda dalam stadium kami tinggalkan semuanya kitorang suruh cikgu Am uruskan,
"Kitorang baru habis game Han, habis satu stadium ni dah pusing tak jumpa jugak." Riyaan membalas dengan penuh tenang, Farhan pula sudah mundar-mandir sambil tangannya ligat mendail nombor Farra.
"Weh! Weh! Weh!" Amsyar yang dari tadi khusyuk menekan-nekan skrin telefon bimbitnya bersuara, lantas kami memberikan tumpuan kepadanya.
"Aku ada bagi hidden gps dekat Farra tadi, no worries kita boleh detect location dia dekat mana." Mata Amsyar masih tertumpu pada skrin telefon bimbitnya, "weh-"
"Dia dekat mana Am?" Farhan mendekati Amsyar, bahu Amsyar yang pendek itu dipegangnya untuk melihat isi telefon bimbit tersebut,
"Kilang Dairy Ice-cream." Tiba-tiba telefon bimbit Farhan berdering, nama Farra terpapar.
"Ahan tolong, aku sejuk."
"Kau dekat mana Farra!"
"Aku tak tahu Farhan, aku dalam peti ais, aku sejuk."
"Kitorang on the way."
"Jangan datang, bahaya! Dia nak apa-apakan korang."
"Farra, kalau untuk kau aku patut mati, aku buat."
"Hold on dik, aku pergi sana." Amsyar menghulurkan tangan kepada Farhan untuk bercakap dengan Farra, telefon bimbit bertukar tangan.
"Farra, cip kecik aku bagi kau tu ada lagi?"
"Ada dalam poket."
"Okay, itu tracker kau simpan je dalam poket, aku dah dapat location kau. Sabar okay?" Telefon Farhan dipulangkan,
"Kenapa dulu tak ada siapa yang percaya bila aku cakap dia nak culik Farra masuk dalam peti ais?"
"Diam amAn, habis ni baru gaduh."
"Amsyar naik dengan aku." Farhan berjalan masuk kedalam kereta Audi R8 V-10 miliknya, memandangkan hanya aku, Harras dan Farhan sahaja yang datang stadium naik kereta dan kereta masing-masing cuma ada dua seaters kami berempat terus berpecah kepada tiga kumpulan.
"Yan kau naik aku, Danie dengan Harras. Follow Farhan, nanti tertinggal." Aku melangkah masuk ke dalam Lamborghini Veneno ini bersama Riyaan, kami berdua senyap sepanjang perjalanan, masing-masing risaukan keselamatan Farra.
☆彡✨☆彡
"Aku dah bagi location dekat Fai, dia suruh settle kan apa yang patut dulu sebelum dia sampai." Kami berenam telah selamat sampai di hadapan kilang terbiar ini, jam di tangan aku pandang sekilas,
"Weh dah pukul 6.30, baik cepat sebelum gelap." Terus kami melangkah masuk ke dalam kilang ini, beberapa tapak kami melangkah terdengar bunyi tembakkan kuat.
"Farra!" Farhan menjerit, namun tiada sebarang sahutan. Kami semua mula gelisah, laju kaki lari naik tingkat atas kilang ini,
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...