『You can't do epic shit with basic people』
"Padu betul kena panggil dengan cikgu displin." Aku yang baru berjalan keluar dari bilik displin ini disapa oleh tiga orang jejaka, dah lah baru kena bebel dekat dalam dekat luar ni pula mata aku sakit.
"Bukan kena apa pun." Aku berjalan meninggalkan Harras, Amsyar dan Riyaan. Ya, hari ini hari jumaat yang sangat barakah ini aku telah dipanggil masuk dalam bilik displin. Semua sebab aku pukul budak-budak junior kurang ajar tu tempoh hari.
"Kau kena denda ke apa Farra?" Aku memandang Harras sekilas,
"Kena bayar phone budak yang aku pecahkan tu, gila apa bodo iPhone 6 RM250 je sekarang dia minta sampai RM500, aku terus buka google search harga iPhone. Terdiam budak tu jadinya." Geram kot aku, dia punya putar-belit cerita macam ular sawa belit mangsa. Nak je aku tampar muka dia berkali-kali.
"Lepas tu apa lagi kau kena?" Riyaan meyoal,
"Kena bersihkan dewan sukan sepanjang minggu depan." Serentak mereka bertiga ketawa, "apa bodo aku tak da mood ni."
"GG aaa sis jadi cleaner." Amsyar ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Harras, seronok betul ketawakan member.
"Tapi cikgu tu bagi aku bawak member, so aku pilih Harras dengan Amsyar." Ketawa Harras dan Amsyar berhenti serentak, "hehe, sayang korang."
"Kenapa aku kenapa bukan Riyaan ke Wais ke, kenapa aku?" Amsyar nampak sedih bila dia terpaksa jadi mangsa keadaan, kenapa dia ditakdirkan dapat kawan macam ni? Kenapa?
"Sebab kalau aku ajak Wais atau Riyaan atau Danie, lagi panaslah bontot secret admirers diorang. Kang tak naya je aku membunuh pulak lepas ni sebab kena buli."
"Kau nak kata kitorang ni paling tidak digemari ke?" Harras nampak macam nak terkam aku,
"Tak cakap, tapi kau yang cakap. Papepun aku setuju apa yang kau cakapkan." Harras nampak redha, "masalahnya sekarang ni, budak basket buat latihan dekat situ setiap hari-"
"Aku ikut." Laju Riyaan membalas,
"Setiap hari, minggu depan, lepas sekolah."
☆彡✨☆彡
"Apa jadah korang semua dekat sini?" Aku melangkah keluar dari stor dewan sukan ini teranjat bila nampak muka semua budak bola tampar dekat sini, dengan yang junior dia heret sekali.
"Entah Riyaan ni, dia kata nak buat amal kebajikan sebab pahala dia sikit." Adam menjawab dengan penuh bosan, kemudian dia menguap kecil sambil lehernys dililit dengan headphone yang sentiasa menemani dirinya. Acewah padu ork ayat author.
"Yang bab pahala kebajikan tu tak ada okay?" Riyaan meluku kepala Adam yang lebih tinggi darinya, nampak sangat Adam join bola tampar untuk jadi blocker je sebab dia tinggi nok harom.
"Kenapa kita dekat sini?" Khai selaku junior paling muda menyoal, dia memerhatikan sekeliling dewan ini.
"Kau tak tahu ke coach kesayangan korang ni kena denda sebab pukul tiga orang budak dekat cafe sekolah?" Harras menambah, ah malas aku dengar apa yang dia nak cakapkan ni sakit hati jew.
"Sekarangni yang patut ada dekat sini Amsyar dengan Harras je, korang buat apa sekali dekat sini? Fikir sekarang hari raya? Datang menziarahi?" Aku mula menyapu dewan sukan ini, budak-budak lain dah mula buat kerja yang sepatutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Fiksi Remaja2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...