『When worst comes to worst, squad comes first 』
Pagi aku berjalan dengan lancar, tanpa sebarang gangguan, pertemuan, dan segala an yang lain. Tak ada Mina yang nak datang kacau, tak ada Nabil yang datang-datang nak peluk, tak ada Amsyar yang menjerit dan tak ada juga kulit pisang yang tiba-tiba ada dekat tengah jalan.
Aku rasa aman dan damai, tapi otak aku celaru sikit memandangkan masa dua bulan yang Farhan bagi tinggal lagi dua minggu. Tapi aku yakin dengan pasukan aku, diorang pun berlatih macam kiamat dah nak dekat.
"Perhatian kepada semua pelajar, anda di kehendaki berkumpul di padang kokurikulum mengikut permainan masing-masing sekarang."
Terus satu sekolah huru-hara lepas mendengar pengunguman itu, aku tak patut cakap aku aman pada awal-awal bab. Sekarang aku dah tak aman dah.
"Kita boleh jumpa semua pasukan volleyball dengan basketball! Omg! Cepat Bedah kita pergi beratur sekarang!" Bahagia betul diorang ni, kalah dapat jumpa dengan Aiman Tino.
"Maaf, sila beri perhatian sekali lagi. Pelajar dikehendaki memakai pakaian permainan masing-masing."
Ha sudah, aku mana dapat baju bola tampar lagi. Hari tu aku nampak Riyaan pakai baju dia warna putih belang belang merah. Dengan lambang UA dekat dada. Dah tempah, ambil masa sebulan pula tu.
"Oi kau ada baju tak?" Harras yang seperti tahu sahaja aku ada dalam masalah datang kearah aku, kepala aku digelengkan memandangkan aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. "Jom masuk bilik perjumpaan, banyak baju budak-budak ni diorang tak pakai."
Kami berjalan menuju ke bilik perjumpaan yang tersorok dari bilik-bilik yang lain, bilik pertama kali aku kena pujuk masuk team diorang untuk jadi coach dan pandangan mata suci aku dicemari dengan mereka yang tak pakai baju.
"Ketuk dulu, aku pernah masuk diorang dalam ni separuh bogel tahu? Amnesia aku satu minit." Aku menarik tangan Harras yang ingin memulas tombol pintu itu, baru saja aku nak ketuk pintu. Tiba-tiba ia dipulas dari dalam..
"Amsyar bagi sini baju aku!" Amsyar berlari keluar dengan baju Riyaan di tangannya,
"Wek! Tak nak!" Diikuti Riyaan yang cuba untuk mengejarnya,
Masalahnya diorang dua tak pakai baju,
"Arghhh! Riyaan! Amsyar! Pakai baju!" Aku menunduk sambil menutup mata, buat kedua kalinya mata aku hilang dara. Watak anime aku terima lagilah diorang tak pakai baju! Ini member sendiri dengan badan ketak-ketak kau fikir aku rela ke?!
"Arghhh! Kenapa Farra dekat sini!"
"Arghhh! Aurat aku!"
Tak payah bagi tahu siapa punya dialog, yang paling bodoh tu mesti Amsyar,
"Amsyar! Riyaan! Masuklah!" Mereka bertiga masuk dalam bilik perjumpaan bila Danie kaup diorang semua bawa masuk serentak, boleh gila aku kalau macam ni. Inilah masalah kalau satu team dengan lelaki diorang selalu lupa aku perempuan agaknya.
"Farra masuk, semua dah pakai baju dah." Aku akhirnya melangkah masuk kedalam bilik perjumpaan, mereka semua pandang aku penuh ketakutan, aku nak marah ni boleh pula main kejar-kejar.
"Hehe, Farra sorry.." Riyaan tersengih-sengih kearah aku,
"Abah aku kata kalau pandangan pertama tu rezeki. Nampak tak abs aku tadi?" Amsyar macam tak bersalah memegang perutnya, entahlah aku nampak dia flat je tadi yang ada abs pun Riyaan je.
"Sini Farra, baju diorang kau pilih je nak pakai yang mana muat." Harras membuka almari kayu yang berada di hujung bilik ini, ambik kau selonggok baju player bola tampar dalam tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...