2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Wow Mika! Awek ke?!" Aku ni dah lah lambat sampai, datang datang tak bagi salam macam kapir, menabur fitnah lagi tu. Dosa aku macam dapat triple kills.
"Mana ada kak, ini adik Mika. Abang Riyaan suruh bawa dia temankan akaklah." Adik kepada Mika itu hulurkan tangannya untuk bersalaman. Astaghfirullahalazim terkaku aku dekat sini bila adik dia ni dua kali ganda lagi cantik dari aku, muka ada iras-iras model arab. Cantik betul. Insecure teruk seorang Farra Hanani.
"Hai kak Farra, nama saya Hayfa." Hayfa tersenyum manis, aku yang tengok dia ni pun boleh mempersoalkan sexual orientation aku, kaw kaw punya cantik budak ni.
"Hayfa ni form berapa?"
"Hayfa form 2." Malaslah aku, budak bawah lagi cantik dari aku ni. Aku syak aku boleh dah beli pulau duduk situ sampai mampos. Sebab orang cantik dah concur dunia ni, yang hoedoe macam aku tak patut tinggal di sini lagi.
"Oh, sesi petang? Akak tak pernah nampak pun."
"Hayfa tak sekolah sini, sebab tu kak Farra tak pernah jumpa."
"Farra okay tak Hayfa teman?" Riyaan yang dari tadi sibuk mengira segala barang yang perlu dibawa menegur aku,
"Okay je, tak adalah aku alone nanti."
"Eeeeee! Tak sabarnya!" Amsyar menjerit kegembiraan bila van UA sudah berada di hadapan kami. Barang-barang kami selama dua hari telahpun diangkat bawak masuk van.
Tipu je, Danie dengan Riyaan dua orang bagai nak mati tolong angkatkan, Amsyar dengan Harras jangan haraplah. Diorang lagi suka main kejar-kejar dulu.
"Harras! Amsyar! Cepatlah angkat barang ni!" Riyaan yang macam bapak untuk mereka berdua, bila diorang cuma harapkan dia sahaja untuk angkat barang, dengan perkakas volleyball dia kena angkat, bag aku lagi bag diorang semua lagi.
"Wekk!" Amsyar melawan, kalau Riyaan ni bapak dia mesti dah masuk neraka ni. Dasar anak kurang ajar.
"Amirul Amsyar!" Riyaan menjerit nama penuh Amsyar bila budak tak cukup masak itu masih berdegil, macam trip perkhemahan keluarga dah sekarang ni nampaknya, huru-hara lain maciem.
"Tak dengar aku dah pekak tak dengar!" Amsyar menutup kedua belah telinganya sambil menjelir lidah kearah Riyaan, eh budak ni degil betul. Baik lagi junior yang tolong angkat barang ni dari dia.
"Amsyar! Cepatlah! Jangan harap kau dapat dinner!" Mikael memanggil Amsyar yang masih lagi bermain-main, dengar je perkataan dinner Amsyar terus berlari kearah kami yang masih menyusun barang, entahlah roh budak lima tahun mana tah yang masuk dalam jiwa dia ni, mengada-ngada betul.
"Semua dah siap ke?" Cikgu Amri datang untuk memeriksa para pelajarnya, barang-barang semua dah siap dimasukkan kedalam van tinggal nak masukkan diri sendiri je ni.