2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
Loghat kedah yang hancur itu semua disengaja kanggg kalian shemua jangan ambil seriesss. (Tipu je ni cubaan cover, padahal tak sengaja.)
Idk chapter ni sedikit hambar. Oh dan selamat hari raya haji ya semua! ;3
"Hah Prince Howls?" Tanji angguk kepala, jadi sekarang kami berdua ada dekat rumah dia tengah makan lemang dengan rendang daging. Memang hidup dia makan lemang je agaknya dari petang tadi. Buluh dia punya belambak sampai boleh buat rumah nyah.
Lepas dia nampak kami basah-basah terus dia bagi kami mandi dan pakai baju diorang dua.
Jadi buat pertama kalinya Wais dan Farra Hanani pakai Kimono. Tapi aku pelik lah, baju diorang semua memang sama pattern je ke? Tanji bukak je almari dia semua baju warna hijau yang dia pakai tadi je tak ada yang lain.
Cuma Nezuko ada kimono yang tak ada corak jadi dia bagi aku pakai yang tu. walau warna pink tapi saya redha.
"Dia satu-satunya ahli sihir yang boleh tolong hangpa semua. Tapi chek tak pernah jumpa dia lagi la."
"Lah dahtu macam mana kau tahu dia boleh tolong kami?" Wais menyoal, betul apa dia tanya ni. Macam mana dia tahu kalau tak pernah jumpa.
"Eish! Sekarang kita ada handbook, semua dihujung jari."
"Handbook?"
"Sounds like facebook."
"Handbook." Tanji menghulurkan tangannya pada Nezuko, kemudian budak kecik tersebut menghulurkan sebuah buku yang kelihatan unsang.
"Ini ke dia punya di hujung jari?"
"Tempat orang ni Wais, kita tengok aje." Kami berdua memerhatikan Tanji yang sedang khusyuk membelek-belek buku unsang dia tersebut. 'Handbook.' Dia kelihatan macam kamus dewan bahasa edisi pertama ya, macam masa awal-awal dia cetak tu.
"Hah, tengok ni." Tanji memusingkan 'handbook' nya pada kami, yang kami nampak cumalah burung gagak gergasi berkepala orang, eh mungkin bukan burung gagak, sebab dia nampak macam orang yang ada bulu satu badan dengan kepak yang besar. Big no for burung puyuh.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ini Prince Howl tu? Sure ke dia tak akan makan kami. Kitorang ni dah la tak kahwin lagi Ji." Wais memeluk tubuh, lahh budak ni dari tadi kerja sambilan aku menampar dia je nyah. Perangai tak elok betul. Tahu nak bergurau je.
"Dia penjaga pintu keluar dunia ni, hangpa jangan risau, dia baik tak makan orang noh. Tapi sebelum tu hangpa kena pi ambik daging dekat Prince Haru dulu." Lah tiber betul kena ambik daging pulak, si Tanji ni betul ke tak gila ni?
"Untuk apa daging?"
"Lah hang nak Prince Howls makan hang ka?"
"Eh tadi kata dia tak makan manusia." Wais menyoal hah pelik dah ni,