14

4.3K 493 72
                                    

"Kau ni memang tak tahu nak dengar cakap ke? Nasib terseliuh sikit je kaki kau tahu? Kalau patah ke apa ke macam mana? Kau nak aku jawab apa dengan Farhan?" Aku yang baru keluar dari bilik rawatan disembur dengan kata-kata yang menyakitkan hati dari mulut Harras, dengan membayangkan Harras adalah seekor ayam jantan yang sedang berkokok aku terus jalan terhinjut-hinjut kearah katil yang ada dalam mini clinic yang nurse dalam bilik tadi katakan.

Katil yang berada di tengah-tengah bilik ni aku duduk, sebelah kanan katil aku ada Danie yang sudah tertidur sambil tuam mukanya dengan ice-bag, sebelah kiri pula ada Amsyar yang masih tidak sedarkan diri,

Budak yang paling teruk kena pukul tadi pula masih dalam bilik rawatan,

"Harras diamlah, orang tu sakit kau bising pulak." Riyaan yang sedang duduk di atas kerusi rehat di dalam mini wad ini bersuara, Harras hanya membalas dengan satu jelingan.

"Masalahnya dia ni degil! Orang cakap tak nak dengar, nasib kaki kau sikit je terseliuh, tahu?"

"Kau ni bisinglah macam nyamuk."

"Aku nasihat supaya kepala kau yang keras ni jadi lembut!" Lepas penat membebel Harras terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Riyaan,

"Jadi Amsyar kenapa tiba-tiba mengamuk?" Riyaan memandang Amsyar yang sedang terbaring, kemudian dia mengalihkan pandangannya kearah aku.

"Dia ada DiD." Aku terdiam, nama kuih apa yang si Riyaan ni sebutpun aku tak tahu. Dia fikir aku ni budak sains tulen ke? Aku budak account tahu? Pasal masak, basic perniagaan tu aku fahamlah.

"Apa benda tu?"

"Split personality." Kali ni Wais pula membalas, sejak bila dia ada dejat sini pun aku tak tahu. Tetiba je dia ada, dah la aku kalau pandang je muka dia auto sakit kepala, tengok muka dia tak buat apa apa pun dah annoyed.

"Jadi yang tadi tu bukan Amsyar? Macam tu?" Riyaan hanya menganggukkan kepalanya,

"Dia ada dua personality, satu yang selalu dengan kita ni. Satu lagi bila dia marah atau terlampau penat, nama Amirul." Riyaan diam seketika, "setakat ni memang ada dua personality je, Amirul ni baran dia lain macam Wais berapa banyak kali dah kena pukul dengan dia. Cara nak bagi Amsyar sedar kena buat dia tidur balik, tapi tadi Wais pukul dia macam tak ada hari esok pulak."

"Dah kalau seminggu straight ni aku asyik serve bola je." Wais cuba untuk back up dirinya yang bersalah, kemudian dia sambung diam.

"Sebab tu tadi Danie tak berani nak dekat sebab kau tahu lah kan, Danie ni nampak je kasar padahal dia lembut, dia tak sanggup nak pukul Amsyar dia lagi rela kena pukul." Danie yang lena dibuai mimpi itu aku pandang,

"Budak yang dia pukul tu buat dia marah ke?"

"Mungkin, itu budak bola keranjang. Kau tahu lah kan kita dengan diorang langsung tak ngam. Adalah benda yang dia cakap sampai Mirul yang keluar tu." Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham, lepas penat berborak dengan Riyaan terus aku baring untuk rehatkan badan.

"Farra kitorang tiga keluar dulu eh, ada kelas sekarang ni, korang semua dapat surat skip kelas sampai balikkan? Nanti waktu balik kitorang datang sini." Riyaan dan Wais berjalan keluar dari mini wad ini untuk keluar masuk ke kelas, Harras tak berjalan, dia kena angkat dengan Riyaan sebab nak pergi ponteng kelas.

Dari aku leka tengok anime dekat telegram entah bila aku tertidurpun aku tak tahu.

🥇🏐🥇

"Perlu ke kita kejut dia?"

"Jangan kacau Farra tidur do, dia pernah nak rendam aku dalam swimming pool rumah aku sebab aku kacau dia tidur."

Fight or Flight? ©Where stories live. Discover now