Mungkin sedikit dramatic
"Kenapa dia tak bangun-bangun weh?"
"Kau lah siapa suruh pukul kepala dia."
"Cuba bayangkan kak Farra mati sebab kena pukul dengan kamus dewan bahasa abang Wais."
"Okay apa dari dia menjerit-jerit? Farra ni bukan lembik macam perempuan lain, kalau aku tak ketuk kepala dia tadi mahu Harras lebam kena tumbuk dengan dia."
"Weh makanan dah nak sejuk ni, bila kita boleh makan?"
"Kau boleh sabar tak Dan?"
Kepala aku masih terasa berat, lama aku hadam situasi dengan mata yang masih tertutup, nak buka mata pun susah kesan kena pukul dekat kepala tadi. Bayangkan aku mati, tak tahu apa penamat cerita ni nanti.
"Aku dekat mana ni?"
"Dalam hati saya?"
"Sumpah tak kelakar Riyaan." Aku mengosok-gosok mata sedikit demi sedikit aku buka mata, perlahan-lahan cahaya objek memantul dan bergerak melalui kornea kemudian dibias ke gelemair lalu ke anak mata. Anak mata mengawal kuantiti cahaya ke kanta dan kanta memfokuskan sinar cahaya ke gelemaca dan cahaya dibias ke retina kemudian dibawa ke saraf optik dan dihantar ke otak, otak aku mentafsirkan bahawa depan aku ni ada budak-budak bodoh yang tengah tunggu aku bangun sebab baru lepas ketuk kepala aku dengan kamus dewan.
Tinggalkan dekat sini incase aku nak guna nanti, jadi cerita ni ada lah juga belajar sains kalau orang tanya pengajaran cerita Figh or Flight aku boleh jawab, dapat memahami cara mata mentafsir imej.
"Jadi kenapa aku ada dekat sini?
"SUPRISEEE!" Aku terdiam, ballon yang berbentuk huruf tergantung dekat dining stor rumah Amsyar ni aku baca.
W-E W-I-L-L G-O T-O
I-N-T-E-R-N-T-I-O-N-A-L"Betul ke tak scam?" Aku memeluk tubuh tiada langsung senyuman yang terukir di bibirku.
"Yea, lepas fikir balik. Apa jadah kau penat train kami semua kalau kitorang tak pergi international ni." Riyaan membalas,
"Lagi pun kitorang tak nak lah kau merajuk lama-lama! Boring!" Amsyar menepuk-bepuk bahu Riyaan yang duduk di sebelahnya, aku masih berdendam dengan naga pelangi upin ipin dia ni. Dia buat-buat tak berdosa pulak.
"Okay...tapi kenapa korang kena culik aku juga ya?"
"Kalau kitorang jumpa depan-depan kau lari." Dengan nada mendatar Wais membalas, betul juga apa dia cakap aku nampak kelibat antara diorang ni aku auto lari sejauh boleh.
"Okay bila boleh makan ya?" Danie dah duduk sorang-sorang dekat meja Jepun yang boleh muatkan 10 orang, pingan semua dia dah sediakan untuk semua orang makan.
"Aye sir! Jom makan, dia tunggu dari tadi dah ni."
"Sorry lambat." Kelibat Damien melangkah masuk dalam stor ini menjamah mata, okay tak adil kenapa diorang culik aku Damien dia datang sendiri?
"Nasib kitorang baru nak start makan, cepat Dam duduk sini." Harras memanggil Damien untuk duduk di sebelahnya, stor ini riuh dengan ketawa mereka semua.
Mybe this'll be the last time.
sa-yo-na-ra

YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...