Jangan suka sangat.
"Atok ke yang sewa semua motor ni?" Terkejut aku bila empat buah motor Honda Ex5 warna hitam sampai di hadapan rumah, dekat kampung ni memang ada seorang pakcik tu buat sewa motor bagi pelancong. Boleh la jalan-jalan kampung macam tu.
"Haah, papa Farra suruh. Katanya nanti sonang ler ekorang sumo jenjalan kek sini." Aku memendang jam yang tergantung di dinding rumah ini. Pukul 5:30 petang dah.
"Jom jalan jalan!" Melatah kecil Wais yang sedang syok baring lepas melantak tiga pingan masak lemak ikan sembilang yang nenek masak, mulanya tak sangka dia makan ikan sembilang sebab mana la tahu dia bodo. Rupa-rupanya itu makanan kegemaran atok dia.
Kalau nak cerita hal makan tadi, mahu 2 bab tak habis.
Tapi tak apa kita cerita juga.
"Kenapa ada ular dalam pinggan ni!" Menjerit satu meja makan ni dengar jeritan Amsyar, nenek yang tengah cedok nasi terus menggelabah semacam. Segala teknik silat dia buka demi pertahankan diri dari dipatuk ular.
"Mano ular mano!" Atok melompat dari duduk, matanya meliar memandang segenap dapur, Amsyar pula dah menjerit-jerit dengan pitches suara perempuan. Bingit betul.
"Itu! Ituuuu!"
"ITU IKAN SEMBILANG BODO!" Kuat Harras menapar kepala Amsyar, bengang lain macam dengan dia ni. Ada ke patut dia menjerit macam tu sekali?
"MACAM ULAR!" Amsyar masih menjerit, papa cuma geleng-gelengkan kepala mungkin semua ni dah diteka awal-awal lagi sebelum dia ajak budak bandar yang tak pernah ada kampung ni ikut balik Negeri Sembilan.
"Kenapa kita makan sambal yang tak masak ni nenek?" Kini giliran Danie untuk tayang kebodohan, satu mangkuk sambal belacan dia pandang dengan penuh curiga. Harras yang baru lepas settlekan Amsyar pula cuba untuk mengawal amarah yang membara,
"Itu sambal belacan Danie, sambal belacan." Dengan nada yang pasrah Harras membalas, tangannya mengusap-usap dada nampak macam duta iklan Gaviscon.
Macam biasa, tiba untuk waktu baca doa. Akan ada babak di mana Amsyar kena suruh tapi dia taknak lepas tu dia suruh Khai yang baca doa.
Tapi khai tak ada, sekali lagi Amsyar kena hempuk dengan Harras.
"Ekau yang handsome ni lah baco," Nenek ni dari tadi cuba untuk mengurat Riyaan, nenek lupa ke yang dia dah ada suami ya? Atok pandang nenek kecik besar-besar sekali lagi lepas tu kecik je.
Doa makan dibaca oleh Riyaan, baru nak suap nasi masuk mulut-
"Sudu mana sudu?" Terhenti upacara suap nasi, Harras sekali lagi tarik nafas dalam, sedalam yang boleh bila dengar soalan Damien.
"Makan guna tangan." Tangan kanannya diangkat dan tayang depan Damien, muka jijik Damien tayangkan.
"Prendre un repas. (eat)." Danie bercakap dengan Damien, apa benda yang diorang borak ni? Dia fikir aku faham la tu? Hah kau ingat aku faham?
"Que? (how)" Damien membalas sambil dahinya berkerut-kerut, dia tengah mengumpat aku ke macam mana? Satu meja pandang diorang dua pelik,
"Utilise ton cerveau. (Use your brain)" Apa benda do? Amende yang diorang cakap ni? Lawak la tu buat aku macam ni? Damien mengeluh, kemudian memandang tangan kami semua. Nampak kekok betul cara dia gaul dan suap nasi masuk mulut tu.
"Pedas!" Kali ini giliran kebodohan Riyaan pula, memang semuanya nak tunjuk bodoh bergilir-gilir ya? Dah ambil angka giliran belum ni? Lepas ni mesti turn Farhan- eh tak payah, Farhan always bodoh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Fiksi Remaja2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
