Siapa tadi sembang nak buat homework?
Aku duduk termenung dalam kelas sains yang aku tak ada kawan ini, ada Nabil je tapi aku tak kelaskan Nabil dalam golongan kawan Farra Hanani sebab aku memang tak boleh terima dia untuk jadi kawan aku.
"Memandangkan bab 3 ni senang, kita akan buat presentation." Sudah, kenapa apa yang aku monologkan akan jadi masalah buat perenggan yang ke dua? Entahlah penat betul.
"Satu kumpulan enam orang, ada kumpulan yang lima. Lima minit saya bagi masa untuk bina kumpulan, nanti ketua kumpulan datang hadapan ambil tajuk." Aku terkaku, terkelu, terkentut dan tercyduk. Mata aku memerhati sekeliling, cantek semua dah buat kumpulan tak ada sorang pun nampak aku yang sorang-sorang dekat sini macam kucing kehilangan anak.
"Err hai, ada kosong tak?"
"Ada tapi kitorang tak nak kau." Wow perit betul ni, perit sangat ni aku tak mampu kena tindas sebegini sekali, aku dah la tengah cacat macam ni dia boleh lagi nak cari gaduh ye? Perit tahu? Perit.
"Kau tak nak dia bagi aku yang ambil dia." Bahu aku dipegang dari belakang, budak perempuan yang baru tolak aku tadi terdiam,
"Farra jom la masuk sini!" Eh tiber-tiber ada orang ajak pula, dari tadi aku terkial-kial tak ada siapa nak panggil pula. Kali ni je kali ni je aku terima Nabil kali lain aku tak terima.
"Tak payah, dia team aku." Nabil menarik aku pergi belakang kelas, dah semuanya muka team bola keranjang dia je. Dah aku sorang-sorang perempuan dekat sini. "Dia team kita."
"Bukan budak ni, budak bola tampar ke? Kau sure tak demam?" Seorang kawan Nabil meraba-raba kepalanya untuk periksa suhu badannya, "tak panas pun."
"Aku cakap dia masuk sini, dia sini je lah." Nabil tolak aku duduk atas kerusi, tak tahu aku nak kena buat apa ni. Ke sekarang aku kena buli? Tapi kalau tak join group Nabil nanti aku nak join mana pulak.
"Aku buat slide." Tajuk apa semua tak dapat tahu lagi Aimin dah volunteer nak buat slide, yang lain abaikan je dia sebab mungkin tahu dah Aimin nak mengelat dari kena present.
"Okay ke aku masuk group korang ni?"
"Kalau Nabil kata ya, apa lagi yang kitorang boleh buat?" Okay group aku ada lima orang, Aimin, aku dan Nabil. Lagi dua orang ni aku tak kenal. "Aku Zafran, 17, username ig @/zafranjew"
"Aku pulak Wan, paling padu slowmo." Tanpa diminta, diorang intro diri sendiri, dah la rempitsz naw naw. Lain macam betul member Nabil ni, no wonder la kenapa lagi ramai yang minat volleyball dari diorang.
"Ran kau pergi ambil tajuk dekat cikgu." Tanpa banyak cakap Zafran terus bangun dan menuju kearah hadapan kelas,
"Hari Jumaat rumah Aimin, settlekan ni." Nabil ni sengaja ke apa? Atau dia betul-betul tak tahu? Aku patut biar je tak ada group dari satu group dengan dia ni tadi.
"Jumaat aku tak ada," Nabil memandang aku sekilas, kemudian dia ketawa kecil.
"Jumaat, rumah Aimin, lepas solat Jumaat."

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...