"Amirul Amsyar bin Haji Rafiq!" Budak lelaki yang Amsyar langgar lalu jatuh bersama-sama itu melaungkan nama penuh Amsyar.
"Ye saya Riyaan Haziq Bin Dato Ismail!" Amsyar membalas dengan nama penuh budak lelaki tu jugak,
"Kau ganti balik cococruch aku!" Lelaki yang bernama Riyaan tadi menunjukkan mangkuk cococrunch dia yang sudah kiss dengan lantai,
"Aku ganti dengan milocruch la!" Riyaan menggeleng-gelengkan kepala,
"Aku nak cococruch jugak!" Cococruch yang bersepah tersebut Riyaan ambil dan campak kearah Amsyar,
"Kau tahu tak aku tak ada baju tukar wahai si bodoh?" Riyaan mengjeling Amsyar,
"Kesah pulak aku?" Amsyar memegang bahu Riyaan, kemudian dia menyatukan dahi mereka,
"Aku bagi tahu mak kau." Riyaan mengjeling,
"Tak sekarang ni sampai bila korang nak duduk dekat lantai ni." Penat aku dengan drama dua orang budak ni, Riyaan kemudiannya memandang aku pelik,
"Siapa ni?"
"Fuh kau mesti teruja weh kalau dengar!" Amsyar dan Riyaan duduk bersila, diorang boleh nak bercerita dalam keadaan diorang tengah selekeh macam ni ke?
Dekat tengah-tengah cafe ni?
Dengan ada mangkuk cococruch yang tumpah?
Dengan orang ramai yang tengah pandang diorang?
"Korang dua bangun sekarang!" Aku memulas telinga kedua-dua mamat yang mempunya wajah yang kacak ini, terus mereka berdiri tanpa banyak cakap,
"Adoi! Adoi! Adoi!" Tertunduk-tunduk diorang berdua berjalan memandangkan aku yang pendek tengah pulas telinga diorang,
"Lepas la! Nanti kurang hantaran aku macam mana?" Riyaan membalas selamba, benda sekarang ni apa kena mengena hantaran dengan dia yang lelaki?
"Farra! Sakit tahu tak sakit!" Amsyar pula meminta simpati, sampai sahaja depan sinki cafe aku lepaskan telinga mereka berdua,
"Sakit tau!" Amsyar memegang telinga dia yang sudah merah,
"Aku bagi tahu mak aku." Riyaan pula memandang aku dengan muka yang 'kau-tahu-tak-mak-aku-boleh-sebat-ontot-kau'
"Cepat bersihkan muka tu dulu." Malas nak layan rintihan mereka dua, aku hanya suruh diorang bersihkan diri, benda datang cafe sebab nak makan free sekarang aku kena jadi baby sitter untuk budak dua ekor ni?
"Riyaan sekarang ni aku betul-betul tak ada baju, kau tahu kan hari ni first day?" Lepas siap bersihkan muka, Amsyar bercakap sambil memandang Riyaan.
"Kesah pulak aku?" Riyaan masih membalas dengan ayat yang sama,
"Aku ada hoodie dalam loker." Amsyar memandang aku dengan mata yang penuh bersinar-sinar. Mujur aku dah siapkan semua awal-awal lagi takut-takut hujan je sebenarnya tapi dah kalau benda jadi macam ni, apa aku boleh buat.
"Hah, dia ni siapa?" Riyaan memandang aku dari atas sampai bawah, kemudian dia menghadiahkan aku sebuah senyuman,
"Hai! Aku Farra." Aku melambai kearah Riyaan,
"Aku Riyaan, mana kau jumpa dia ni Am?"
"Dia sambut serve Wais tadi." Mata Riyaan terbutang mendengar apa yang keluar dari mulut Amsyar, terus dia memandang aku seperti tidak percaya.
"Kau sumpah tak tipu?" Amsyar menganggukkan kepalanya dengan yakin sekali, jari empat dia keluarkan
"tiga kali, kau tengok ni tiga kali Wais serve tiga-tiga dia dapat sambut."

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...