『I'm not that lazy, it's just I don't care』
"Yaallah Peah, sure ye ni bukan hari Jumaat? Ghisau je aku nak kiamat ni Peah." Suara makcik kantin kedengaran, penuh dah satu cafe ni orang keluar masuk keluar masuk semata-mata nak tengok dengan mata kepala sendiri kejadian yang mungkin berlaku hanya 100 tahun sekali ini.
Mana tak nya, 5 tahun dekat UA buat kali pertama dalam sejarah, Nabil dengan Riyaan duduk satu table, gila tak terkejut dia punya terkejut macam Ariana Grande makan tempoyak kau tahu? Tak pernah dapat diterima dek akal.
"Jadi apa cerita?" Riyaan terburu-buru betul nak tahu, tak boleh relax agaknya Nabil ni baru je duduk.
"Sabar, aku baru je nak duduk ni." Nabil kemudiannya membuka bag yang dia galas tadi, sebuah mac book dia keluarkan. "Aku dah check dah, memang ada pun clip tu yang jadi masalahnya satu je."
"Apa masalahnya?" Amsyar bersuara,
"Aku tak kenal budak tu, in case korang kenal senanglah kerja kita." Nabil memusingkan skrin mac book nya kearah kami, satu video yang berdurasi 30 saat dia tayangkan.
"Damn, tak ada otak ke tolak orang macam tu?" Berkerut-kerut muka Harras melihat rakaman cctv tersebut,
"Know right? Aku yang tengok ni pun rasa sakit." Begitu juga Danie yang duduk berhadapan dengannya,
"Kalau kepala dia terhentak tu, mati dah weh siyes." Amsyar memegang kepalanya dengan muka feeling macam dia yang jatuh tangga.
"Ni aku dah pause dekat part yang nampak muka dia dan aku dah clearkan yang blur tu." Nabil tekan slide seterusnya, tiba-tiba keluar gambar dia dengan mungkin emaknya. "Eh salah."
"Kau nak tunjuk yang kau handsome ke?" Amsyar menyindir Nabil, Nabil pula hanya ketawa mendengar sindirannya.
"Tak tunjuk pun itu dah memang kenyataan." Sempat lagi tu diorang bergaduh dekat sini, aku nak tengok muka budak bodoh yang tolak aku ni. "Ni dia, korang tengok la dengan mata hati mana tahu kenal."
Seorang budak perempuan dengan rambut yang diikat gaya ponytail, cermin mata bulat yang pasti ada tahi lalat di dagu belah kanannya,
"Kejap.." Amsyar mendekatkan mukanya pada skrin mac book Nabil. Betul-betul punya nak scan ni.
"Budak ni yang minat Am tu kan?" Amsyar memegang dadanya terkejut bila aku tanya soalan sebegitu meluru,
"Apa dia?"
"Dia ni pernah bagi kau kinder bueno, masa kita dua nak masuk kelas Bahasa Melayu, lepas tu kau jenis tak makan benda stranger bagi, kau bagi coklat tu dekat aku." Amsyar diam cuba mengingati apa yang aku ceritakan ini,
"Nama dia Dinie ke?" Wais bersuara, kini semua kepala tertumpu kearahnya pula.
"Yes! Betul aku ingat dah! Nama dia Dinie!" Wais mencari sesuatu dalam tote bag bewarna putih yang dia bawa sentiasa,
"Aku pun ada dapat, take it." Satu bungkusan coklat kinder bueno Wais hulur pada aku,
"Aku pun pernah dapat, aku fikir tu Danie punya jadi aku makanlah. Tak ada masa aku nak belek tengok tulisan dekat plastik tu." Riyaan bersuara,
"Nama dia Dinie, dekat je dengan nama kau Dan. Adik kau ke?" Laju Danie menggelengkan kepalanya.
"Aku mana ada adik perempuan."
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Novela Juvenil2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...