Selepas cari dekat peta sekolah mana satu bilik kaunseling akhirnya kami berdua jumpa juga, aku boleh harapkan Amsyar, yang Amsyar pulak tak tahu bilik kaunseling yang mana satu dia boleh merayau sampai ke dobi.
Simbol pull di pintu ini membuatkan aku dan Amsyar bergaduh seketika,
"Pull buat apa dekat sini!" Amsyar melambai pintu tersebut, malas nak layan perangai memalukan Amsyar yang dari tadi buat hal aku menyoalkan pendapat yang bermain difikiran.
"Pull tu tolakkan?" Amsyar memandang aku pelik,
"Push la yang tolak, masa kita teran baby ada ke doktor kata pull! Pull!" Sekarang ni kenapa dia sebut kita? Walau aku sorang je perempuan. Yang seterusnya kenapa dia tolak pintu ni walau dia dengan yakin kata pull tu tarik?
Kami berdua memasuki bilik kaunseling tersebut, mata aku diisi dengan beberapa orang pelajar dan seorang cikgu lelaki sedang duduk berkumpulan dekat satu meja bulat sambil duduk bersila.
"Kata kena jumpa Cikgu Farid, kenapa Cikgu Amri pulak yang ada dekat sini?" Amsyar kemudiannya duduk diantara cikgu dengan seorang junior bola tampar, aku pula hanya berdiri kaku tak tahu nak buat apa. Jadi aku tak buat sebarang masalah? Cuma ini adalah perjumpaan bola tampar?
"Farra sini." Riyaan menunjukkan tempat kosong yang berada di sebelahnya, terus aku berjalan mendekati meja bulat tersebut dan duduk disebelah Riyaan, sebelah kiri pulak ada Wais dengan muka tiada riaksinya,
"Tadi Wais yang bagi announce, sebab tu lah huru-hara." Riyaan menjawab soalan Amsyar tadi, jadi dialah orang yang suara garau tak tahu sebut nama aku tu? Aku memandang Wais dengan mata yang sengaja dikecilkan, pandangan aku dibalas dengan riak wajah kosong miliknya.
"Dah kalau captain nak cakap dekat mic pun malu." Kini kepala aku beralih pula kearah Riyaan yang berada di sebelah kanan aku, Riyaan tersengih-sengih malu.
Okay soft betul dia ni, nak bercakap dengan mic pun malu? Protect Riyaan at all costs please.
Aku memerhatikan meja bulat ini, ada lagi dua tempat kosong yang belum dipenuhi, meja ini telahpun dikelilingi dengan lapan orang termasuk aku dan cikgu lelaki yang sedang sibuk mencatatkan sesuatu pada buku.
"Ada orang tak masuk lagi ke?" Cikgu tersebut memandang Riyaan yang berada di sebelahnya, Riyaan kemudiannya memandang dua lagi tempat kosong yang masih belum dipenuhi.
"Danie dengan Harras." Sebuah senyuman hambar terukir pada bibir merah jambu milik Riyaan, cikgu yang bernama Amri itu hanya menganggukkan kepala.
"Jadi korang semua betul-betul, true-true pilih Farra ni masuk kelab kita?" Serentak enam ketul kepala tersebut menganggukkan kepala mereka mengsetujui kenyataan Cikgu Amri. "Ke korang saja je nak buli dia? Mentang-mentang dia cantik."
Aku terdiam, cikgu ni perli ke atau aku betul-betul cantik? Ke dia saja je perli? Ke aku betul-betul cantik?
"Kalau kitorang nak yang cantik buat apa pilih dia ni cikgu." Mulut tanpa insurans Wais bersuara, aku yang tadi bangga dengan diri sendiri terus menarik balik hasrat untuk berbangga diri. Confident yang tadi sudah dibina hancur begitu sahaja.
"Wais kau diam je lah." Riyaan menampar bahu Wais, kemudian dia menghadiahkan sebuah senyuman kearah aku bila nampak muka aku telah berubah menjadi cekodok.
"Kamu pulak Farra, setuju ke nak train diorang ni?" Aku kemudiannya memandang satu persatu muka budak yang sedang meminta simpati kearah aku ini, satu keluhan berat aku lepaskan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...