2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
"Aku nak keluar ni Farhan kau tak nak temankan adik kau yang comel ni ke?" Farhan yang sedang tidur atas sofa dekat ruang tamu atas aku tolak-tolak. Namun tiada sebarang pergerakkan yang terjadi, "kalau nak mati pun, tunggulah cerita ni tamat dulu Han, nanti siapa nak jadi tarikkan?"
"Kau bising apa ni? Diamlah aku tak sihat ni." Aku terus meletakkan tapak tangan dekat dahi Farhan.
"Tak panas pun."
"Memanglah, aku tak demam."
"Dah tu kau sakit apa."
"Sakit otak."
"Kau tahu tak otak kita tak ada otot kesakitan pun? Jadi macam mana kau boleh sakit otak." Otak aku yang cetek ni pakai cakap je apa yang aku tak tahu, Farhan yang masih berbaring hanya tolak aku untuk menjauhi dirinya.
"Jangan kacaulah dik, aku serius ni aku sakit kepala." Bila dengar nada yang lain dari yang lain keluar dari mulut Farhan, aku terus mengalah,
"Nak akh belikan bubur tak?"
"Kalau kau baik kau belilah, aku tak paksa." Aku terus bangun dan turun dari tingkat atas, baru je nak ajak Farhan jalan-jalan cuci mata dekat mall sebab petang ni aku terlalu bosan, dia dah tolak awal-awak dah.
"Along nak ikut-" baru je aku nak ajak Along dia dah halau aku macam anak kucing dulu,
"Along busy banyak assignment ni Farra, shuh shuh." Along kemudiannya melangkah naik tingkat atas bersama satu gelas cawan berisi hot chocolate dan matanya sibuk memerhati handphone di tangan. Nampak sangat busy tu.
Siyes lah bila aku nampak soft macam ni diorang tak nak ikut aku, aku pakai baju terang kot. Bukan selalu Farra Hanani nak pakai baju seterang ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Comel kot aku pakai sweatshirt ada sulam sulam awan warn biru, lepas tu aku tuck in dengan seluar jeans straight cut warna putih, tudung pula aku pakai shawl putih kot. Cantik kot aku diorang tak nak keluar dengan aku pulak. Baik aqoe matey.
Aku terus melangkah keluar dari rumah, kereta Audi A-4 milik aku dipandu dengan cermat menyusuri jalan raya, aku tak ada sebabpun keluar ni. Eh sekejap rasanya ada.
Aku nak keluar pergi beli hadiah hari jadi Danie! Diorang kata birthday dia 27/2 ni jadi dalam lagi dua hari birthday dia. Ingatkan nak suprise dia tapi haritu si budak bodo Amsyar dah kantoikan.
Plan birthday suprise Danie
Amsyarpendek created the group
Amsyarpendek added you, Hoeharras, Riyaan, Danie and Wais +3 others
Amsyarpendek: Kita nak buat apa ni birthday Danie nak dekat? Hoeharras: Kita sambut dekat kedai bapak Farra jom? Farra ajaklah paklong balik. Riyaan: Korang serius la Amsyarpendek: Nak main main kenapa Riyaan, birthday Danie ni! Wais: Amsyar bodoh. Riyaan: Jangan lupa Harras pun bodoh.