Welkom to bab yang menyakitkan hati, jangan maki saya saya kan denesor
7 tahun sebelum
"Tapi bukan ini caranya Zana." Tanpa menghiraukan amaran rakannya tadi Zana terus menelan tiga biji pil bewarna putih,
"Aku tak boleh kurang dari kau Al,"
"Cukuplah Zana, fikir masa depan anak-anak kau." Zana meneguk satu botol air mineral, botol air tersebut dicampakkan pada muka Alia,
"Tak payah beria nasihat aku lah, kau cuma takut aku rampas position kau je."
"Kalau kau nak gelaran captain ni ambil lah Zan, aku tak kesah. Tapi jangan ambil steroid kalau kantoi nanti kau kena buang." Zana ketawa, satu plastik kecil dia hulurkan Alia,
"Dia tak akan kantoi selagi tak ada yang barua." Dia kemudiannya meletakkan plastik kecil tadi pada tangan Alia, tangan rakannya itu digenggamkan kemudian dia menepuk bahu Alia beberapa kali sebelum keluar dari bilik persiapan, mengabaikan amaran Alia tadi.
🏐
"Maaf Zana, tapi mengikut undang-undang kami memang terpaksa membuang kamu dari pasukan." Ujian air kencing yang diambil telah mengesahkan bahawa Zana positif dadah jenis steroid, Zana terkaku mendengar arahan pengurusnya tadi,
Dalam masa yang sama amarahnya terhadap Alia semakin membara-bara ibarat dititiskan limau pada luka yang berdarah. Astaghfirullahalazim macam jauh betul peribahasa tu pergi ye?
"Semua ni sebab kau!" Alia yang berada di sebelahnya ditampar secara mengejut,
"Aku dah nasihatkan kau Zana, tapi kau yang degil." Sambil memegang pipinya yang berbirat Alia cuba untuk membela dirinya sebdiri, "setiap tahun kita akan buat test ni, kenapa aku juga yang kau salahkan?"
"Sebab kau busuk hati!" Ahli pasukan yang lain sudah memegang Zana yang mula naik angin, Alia pula hanya berdiri memandangnya kosong,
"Lepaskan aku lah!" Zana merentap kasar bandannya, dia merengus kasar sebelum masuk bilik persiapan untuk mengemas semua barangnya.
Sekelip mata semua harapan dari kecilnya hancur, apa yang dia impi-impikan berkecai macam tu sahaja, semuanya salah diri sendiri. Terlalu mengejar nama sehingga sanggup mengambil bahan terlarang.
Namun Zana,
Menyalahkan sepenuhnya kepada Alia, perempuan yang kononnya tamak akan gelaran, yang selalu menjadi halangannya untuk mengcapai nama.
Zana menelan kesemua pil stereoid yang berada dalam lokernya, baginya dengan cara ini dia mampu melepaskan segala stress yang dialami,
"Zana, bahaya kalau kau balik macam ni." Badan Alia yang cuba menghalangnya untuk pulang dia tolak ke tepi, terhuyung-hayang Zana keluar dengan bag yang berisi segala barangnya untuk pulang.
Orang tak nak kita, kita lagi tak hingin.
Kononnya sewaktu itu, kunci kereta dia capai dengan keadaan yang sedang mabuk itu Zana memembelah jalan raya dengan laju sekali.
Berpuluh-puluh nyawa hampir terkorban kerana sikap pentingkan dirinya itu,
Pemandangan Zana menjadi gelap, dia jatuh pengsan dengan keadaan keretanya yang memecut 140 KM/J itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
