10

5K 543 32
                                        

Aku memandang tayar kereta aku yang kempis sama seperti perut aku yang sedang kekurangan makanan. Kenapa masa nak balik jugak kau kena kempis? Kerja siapa yang pancitkan tayar aku ni? Jam telefon bimbit aku lihat, sekarang dah pukul 2:30 petang dan kebanyakkan budak UA sedang beransur pulang.

Masalahnya sekarang ni tayar aku pancit sampai empat sekali gus, kalau ye pun dengki buat je lah satu je, sampai empat ni mana aku nak cari bengkel ke pam minyak ke nak isi angin yang terdekat. Aku hanya berdiri tegak sambil mata memandang tayar yang pancit itu, memang otak aku kaku habis tak tahu nak buat apa ni.

Telefon bimbit berjenama iPhone X aku keluarkan, niat untuk call Farhan terbatal bila aku teringat yang dia ada training petang ni, Along Faidil pula ada hal katanya.

Aku duduk di atas jalan tar tersebut sambil mata masih lagi memandang tayar kereta yang pancit ini, kau expected apa? Aku perempuan kalau bab kereta ni aku failed sama macam aku selalu failed math la.

Nak call budak-budak bola tampar pulak, aku manalah ada nombor diorang. Tak terlintas langsung nak minta diorang punya nombor. Entah-entah diorang dah balik dah pun.

Aku cuba google apa benda yang aku perlu buat kalau tayar pancit, nampaknya semua orang dekat google suruh pam tayar, diorang mesti tak pernah hadap tayar sekali empat kena pancitkan kan?

Dari aku terus termenung, aku mengambil keputusan untuk bangun dan pergi minta bantuan, akhirnya sel otak aku berhubung dengan baik tak membazirlah papa beli susu setiap bulan masa aku baby untuk bagi sel otak berhubung nampaknya.

Kaki aku melangkah kearah dewan bola tampar, banyak kali aku berselawat agar adalah sorang dua budak bola tampar yang sesat tak balik lagi, mata aku disapa oleh kelibat Riyaan yang sedang mengunci pintu dewan, dengan bahagia yang tidak dibuat-buat aku berlari kearahnya.

"Riyaan!" Laju sahaja kepala Riyaan menoleh untuk memandang aku yang memanggilnya tadi, seperti biasa, Riyaan akan tersenyum apabila berjumpa dengan sesiapa sekalipun.

"Kenapa Farra?" Riyaan berjalan mendekati aku sambil membawa sebiji bola tampar di tangannya,

"Tolong aku boleh? Tayar kereta aku pancit la."

"Macam mana boleh pancit?" Berkerut-kerut dahi Riyaan, mungkin pelik tiba-tiba je boleh tayar pancit,

"Entahlah, ada orang buat mungkin. Pagi tadi elok je, dah la sekali empat tayar aku pancit." Kami tiba di hadapan kereta aku, Riyaan kemudiannya memandang tayar kereta aku yang tiada angin tersebut,

"Ah tak ada angin je ni, jom pergi pam dekat bengkel sekolah."

"Sejak bila sekolah ni ada bengkel?" Riyaan ketawa kecil mendengar soalan naif yang keluar dari mulut aku,

"Adalah, under matapelajaran vokasional UA memang ada ambil tambahan MPV untuk subjek sampingan je sama macam kulinari, meh sini kunci kereta aku bawakkan kau pergi bengkel." Tanpa banyak soal aku hulurkan kunci kereta pada Riyaan, kemudian aku berjalan masuk pada seat penumpang di sebelah pemandu.

"Kau jumpa geng Mina ke tadi Farra?" Riyaan bercakap sambil memandu kereta Audi A4 milik aku ini, kening aku dijungkitkan tak faham dengan soalan Riyaan.

"Siapa Mina?"

"Budak yang dekat cafe semalam tu?"

"Ohh! Aminah tu!" Riyaan ketawa kecil, kemudian dia menganggukkan kepalanya.

"Nama glamour dia Mina, biasalah budak famous kan? Mana la nak guna nama kampung ni."

"Haah aku jumpa diorang tadi." Riyaan memandang aku sekilas, nampak riak wajah risau terpampang di wajahnya,

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang