『Wondering what can we do now?』
"Kalau Farra ni degil, you guys bagi tahu uncle je. Uncle sebat dia." Aku membuntangkan mata, amboi, dia sejak dapat anak-anak angkat lelaki sekali pakej empat orang ni dia dah lupa mungkin mana satu anak sebenar dia.
"Terima kasih uncle belanja kami! Nanti belanja la lagi hehe." Amsyar menutup mulutnya sambil ketawa kecil, dia fikir dia comel ke macam tu? Dia tak sedar ke dia dah besar dah boleh kahwin. Tak ada masa orang nak fikir dia kanak-kanak Ribena lagi
"Hahahahaha..boleh je nanti rajin-rajinlah datang rumah uncle. Kita boleh borak-borak lagi." Danie mengetuk kepala Amsyar perlahan, macam mak yang memarahi anaknya yang baru lepas minta gula-gula dekat bapak orang lain.
"Terima kasih ya uncle, kami balik dulu kesian dekat Riyaan ni." Danie menghulurkan tangannya untuk bersalaman, Riyaan yang sudah lembik macam sotong hanya tersenyum lemah,
Nasiblah si Danie sempat bawa dia pergi klinik kalau tidak mungkin bengkak dah muka dia dibuatnya.
"Ini bagi kawan kamu tu, uncle bungkuskan dia chicken chop guarantee tak ada seafood." Papa menghulurkan satu plastik makanan kepada Wais, peh sumpah rasa macam aku dipinggirkan teruk ni. "Kesian dia tadi makan sikit je."
Mereka bertiga berjalan memasuki kereta Subaru Legacy milik Riyaan, perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh Danie itu keluar dari perkarangan restoran.
"Driver Amsyar dah sampai tu uncle, pergi dulu ye. Assalammualaikum." Amsyar bersalaman dengan papa dan along, Farhan pula entah mana pergi katanya tadi nak pergi toilet tapi gaya dia pergi toilet macam dia kena menimba air dari perigi, lama betul. Lepas sahaja bersalaman dia masuk kedalam kereta roll-royce ghost yang baru tiba.
Tak tahu lah.
Cerita ni tak boleh clishe lagi ke, kenapa semua orang kaya macam tak ada hari esok je ni. Tahu tak harga roll-Royce tu nak masuk billion.
"Harras kamu tak balik ke?"
"Harras nak tidur rumah paklong." Papa menganggukkan kepalanya,
"Kalau korang nak balik dulu pergilah, papa ada kerja sikit dekat sini." Papa terus berjalan memasuki restoran, Farhan pula baru muncul selepas lama pergi toilet.
"Kau naik apa hari ni Ras?"
"Camry."
"Ok jom balik dulu, kita fight fifa." Farhan memukul belakang badan Harras, nasib tak terjatuh budak tu dibuatnya.
Σ(-᷅_-᷄๑)
"Korang tak tidur lagi ke do?" Jam dah menunjukkan pukul 4 pagi, Farhan, Harras dan Along Faidil masih bising dekat ruang tamu tingkat atas. Masalahnya ruang tamu ni betul-betul depan bilik aku, suara garau diorang menjerit serentak macam boleh pecah rumah ni tahu?
"Yo dik, pahal bangun."
"Dah kalau suara korang ada iras-iras tiupan sangkakala maut." Boleh lagi tanya kenapa aku bangun? Gila aku tak bangun kalau suara Harras menjerit dapat jaringkan gol macam bini dia selamat bersalin.
"Aku nak makan lapar."
"Tak ada makanan tau." Along bercakap, creal aku pula dah habis sebab Farhan rembat. Aku yang tadi nak turun tangga terus terbatal niwaitu.
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...