24

4.4K 460 34
                                        

"Farra." Baru aku ingin melangkah masuk kedalam kereta Harras, nama aku dipanggil membuatkan niat tersebut terbantut.

"Hah?" Aku memalingkan kepala kebelakang, Wais sedang berdiri tidak jauh dari aku, memandang aku dengan muka tidak bersalah. Ayoo dia nak apa pulak ni.

"Harras bagi aku borak dengan Farra jap."

"Aaah—"

"Nanti aku hantar dia balik." Belum sempat Harras nak membantah Wais sudah menarik aku untuk mengikutinya, "aku nak borak je Ras, nanti aku hantarlah budak ni balik."

"Calar sikit adik aku kau mati ye." Wais hanya mengabaikan amaran Harras, kakinya melangkah keluar dari parking lot UA. "Aku malas naik rooftop, kita lepak cafe je."

Malas konon, padahal kaki dia cacat payah nak naik tangga, dia bagilah alasan tak nak naik sebab malaslah itulah inilah.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku belikan." Wais duduk di kerusi cafe, dia hanya menggelengkan kepalanya, "aku beli makanan jap."

Aku berjalan meninggalkan Wais dan pergi beli makanan, sebab dah kenyang aku cuma beli dua manggo float satu lagi Wais punyalah tak akan aku tamak sampai dua. Walau aku kuat makan, tapi aku jenis ingat akan kawan. Satu dalam sejutkan? Kau kena cari sejuta seterusnya baru jumpa yang sama dengan seorang Farra Hanan.

"Ambil ni jangan banyak cakap." Satu cup mango float aku hulur kepada Wais, tanpa banyak songeh dia terima. "Kau nak ajak borak apa?"

"Aku nak terangkan A sampai Z."

"Aku kenal alphabet tau Wais." Wais menggulingkan anak matanya,

"Kau memang lahir-lahir hambar ke?"

"Yelah, kau nak terangkan apa? Kalau pasal kaki kau aku serius minta maaf aku tahu aku dah menyusahkan kau, aku..aku tak tahu—"

"Diam, aku tak nak dengar." Aku terus berhenti bercakap, Wais menyedut air mango float yang aku belikan untuknya tadi. "Kita dah kenal lama."

"Hah?" Aku rasa aku baru je kenal dia dalam dua minggu, tiba-tiba dah kenal lama pula.

"Ingat tujuh tahun lepas, kau pernah selamatkan budak yang cuba nak terjun rooftop hospital?" Aku terdiam, tujuh tahun lepas..

Tujuh tahun lepas..












Aku pusing satu hospital untuk mencari tandas, entah mana tandas ni pun tak tahulah. Sebab aku tak cukup umur untuk masuk dalam wad yang mama dengan papa masuk jadi aku kena duduk dekat luar dengan Farhan. Farhan pula busy dengan game Clash of Clan dia, aku dekat sini cari tandas pula tak jumpa-jumpa.

Kaki aku melangkah masuk pada pintu yang ada tulis tanda keluar, mungkin dekat luar ni ada tandas, pintu yang berat tersebut aku tolak. Punyalah payah nak tolak pintu je pun.

Eh, ini tingkat atas sekali hospital. Rooftop ini kosong, tak ada orangpun tapi tempatnya nampak macam tempat berehat atau ruangan khas bagi perokok.

Bila nampak sahaja pintu yang ada tulis lambang tandas aku terus berlari masuk, nak terkucil dah ni jenuh cari tandas je.

Lepas selesai melepaskan hajat aku keluar dari tandas tersebut, keadaan rooftop masih sama. Kosong tak ada orang cuma ada satu jelah orang yang tengah berdiri atas dinding rooftop ni.

Eh, aku cakap ada orang ke tadi? Aku pandang betul-betul tak tipu-tipu kali ni, budak lelaki yang tengh berdiri atas dinding rooftop tu dah hulur sebelah kaki dia keluar.

Fight or Flight? ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang