2020
UA Highschool series
"Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan."
[Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...
Aku memerhati tiket wayang aku ni, sejak bila aku terbeli yang Family Friendly ni. ke sebab tadi aku nak yang paling cepat, aku pakai oder je? Tersama pulak tu dengan keluarga Riyaan.
"Farra kawan dengan Riyaan dah lama ke? Akak tak pernah jumpa Farra pun sebelum ni." Akak kepada Riyaan atau lebih selesa dipanggi Kak Yani menyoal. Terkejut aku yang sedang leka berangan kenapa tiket aku dekat family friendly ini dibuatnya.
"Saya baru je kawan dengan Riyaan kak, kami satu team bola tampar."
"Ke sebenarnya Farra ni girlfriend Yaan?" Ha sudah, menyakat pulak akak ni. Cubit karang apa tak dapat.
"Ei kakak ni, ada je benda nak diguraukan ye?" Riyaan yang dah berada di hadapan bersama Princess yang dia dukung terus pusing belakang, Kak Yani hanya ketawa kecil melihat gelagat Riyaan,
"Manalah tahu, Farra pun cantik kot?" Fuhh, kembang lubang hidung aku kena puji ni, banyangkan Kak Yani yang cantik dua kali ganda dari aku ni puji aku cantik. Aaaaaa malunya!
"Yang sayang sibuk pulak ni kenapa?" Suami Kak Yani atau Abang Khairul bercekak pinggang memandang isterinya, "biarlah Riyaan tu pun, dia dah besar dah."
"Ala gurau je..." Riyaan menolak pintu panggung, kami semua melangkah masuk bersama-sama kedalam panggung tersebut.
"Farra duduk dekat sit mana?" Emak kepada Riyaan menyoal,
"Farra odernormalsit je unty."
"Jom duduk dengan aku, aku tempah tiga family bed, satu untuk Kak Yani dengan Abang Khai dating, satu untuk mama dengan papa dan satu lagi untuk aku dengan Princess Acu nii.." Riyaan melagakan kepalanya dengan kepala Princess, diorang punya rapat ni nampak macam anak dengan bapak dah.
"Haah Farra duduklah dengan Riyaan, tolong jagakan Princess hehe." Kak Yani mengsetujui pendapat Riyaan, Abang Khairul yang nampak perangai isterinya yang menyakat aku lagi itu hanya menggelengkan kepala.
"Incess nak sit dengan Cu Arra!" Princess mendepakan tangannya untuk aku dukung dia pula, Riyaan dah hulur Princess pada aku.
"Meh sini aku pegang popcorn tu." popcorn dan Princess bertukar tangan, tangan kecil Princess merangkul bahu aku kemudian pipi aku dikucupnya.
"Yeay! Jom kita tengok Ejen Ali!"
"Jadi itu maksudnya kau kena duduk dengan aku, jom." Riyaan berjalan dahulu kehadapan diikuti yang lain, aku dan Princess berjalan paling belakang sekali beri laluan pada orang lain untuk jalan dahulu.
"Cepat duduk sini, Princess duduk tengah."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku duduk bersila di atas family bed tersebut, Princess pula elok je duduk dekat tengah-tengah sambil tangan kecilnya masuk dalam bekas popcorn aku, padahal dekat Acu dia pun ada popcorn eish, nasib comel ye.