I can't stay here, trouble will find me
"Apa benda ni?" Aku yang baru nak ambil mood pagi ditenking oleh Amsyar, terdiam aku cuba memahami situasi bodoh ni. Pagi kot kalau ye pun nak buat perangai cubalah tengah hari sikit.
"Kau kenapa Am?"
"Aku tanya ni apa?" Skrin telefon google pixel miliknya ditayang pada aku,
"Gambar aku dengan Riyaan kan tu, kenapa?" Gambar Riyaan tengah suap kentang goreng pada aku semalam terpapar, apa benda yang Amsyar nak marah sangat ni? Patutnya peminat Riyaan yang marah, ke Amsyar marah sebab dia suka Riyaan? Mahu terbalik bumi ni nanti.
"Aku tak suka kau rapat dengan dia macam ni." Aku masih tak faham,
"Kau demam ke dah nak mati Amsyar."
"Amirul! Boleh tak lepas ni kau panggil nama aku dulu baru Amsyar?" Lah Amirul rupanya, patutlah selekeh dia dua kali ganda Amsyar. Serabut je.
"Harras marah aku rapat dengan Nabil boleh terima dek akal lagi, sekarang ni Amirul. Itu Riyaan, Riyaan Haziq. Captain kita." Amirul merengus geram, tiba-tiba dia memukul-mukul kepalanya sendiri.
"Aku cakap jangan tu! Jangan je lah!" Amirul menenking aku di hadapan orang ramai ini, kepalanya masih dipukul-pukul, nampak dia tengah bergaduh dengan diri sendiri. Mungkin Amsyar tengah try hard nak halau Amirul tapi entah baran apa tah Amirul ni sampai tak kasi Amsyar keluar.
"Kau kenapa marah-marah? Jealous?"
"Ye aku-" Danie yang entah datang dari mana menapar kuat muka Amirul, terus pengsan budak itu dibuatnya.
"Dia ada usik kau tak?" Danie angkat Amsyar yang dah jatuh pengsan, riak muka dingin Danie kali ni sama macam dia marah dekat Mina tempoh hari.
"Tak ada, kenapa kau tampar dia?"
"Sebab dia kacau kau? Aku pergi dulu." Danie berlalu pergi bersama Amsyar yang sudah terkulai akibat kesan tamparannya tadi, aish pelik betul Amirul kali ni apa yang dia marah sangat pun aku tak tahu.
"Danie tampar Amirul ke tadi?" Riyaan hanya memerhatikan dari jauh Danie yang berlalu pergi, aku hanya menjungkitkan bahu.
"Tak tahu lah, apa tah yang dia marah sangat."
"Aik, Danie marah Amsyar? Kejap lagi class math kan? Jom lah masuk kelas." Aku hanya mengikut Riyaan yang ingin berjalan masuk ke kelas,
"Weh Yaan, ada orang tangkap gambar kita do semalam." Riyaan memandang aku sekilas,
"Biar je lah." Amboi mudah betul benda yang keluar dari mulut dia ni ye, yang dapat hate comments semuanya Farra Hanani, dia boleh suruh biar je? Macam kena perhati tu sesuatu benda yang dah lali oleh Riyaan ni.
"Wow, sweetnya pasangan couple ni." Satu lagi masalah datang, aku penat betul dengan sekor lagi ni. Tak boleh agaknya kalau tak kacau hidup aku walau sehari. Boleh mati rasanya.
"Kau nak apa ni Nabil? Jangan semaklah." Riyaan menarik aku untuk duduk belakang badannya, aku memang malas dah nak layan Nabil ni, sebab dia aku gaduh dengan Harras macam nak putus siratulrahim semalam kot. Memang tak ler nak layan dah.
"Awal eh Yaan sekarang? Aku baru je nak masuk line. Takut betul aku rampas budak ni ye?" Nabil memandang aku yang masih duduk di belakang Riyaan. "Tapi aku tak boleh bagi kau lebih dari aku Yaan."
Dia kemudiannya ketawa penuh sarkastik, "terima kasihlah dekat anak buah kesayangan unty Anis ni, sebab anak buah kesayangan dia tolak perlawaan dia untuk join korang dating semalam."
YOU ARE READING
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...