Kaki aku melangkah masuk ke kelas Bahasa Melayu memandangkan subjek Bahasa Melayu adalah subjek pertama pada hari ini, pintu tersebut aku buka tanpa diketuk, siapa je nak ketuk pintu kelas kalau datang pagi-pagi?
"Good morning." Aku melafazkan ucapan selamat pagi perlahan, ini tabiat setiap kali aku masuk kelas mesti akan aku ucapkan selamat pagi, ye aku tahu kita patut bagi salam tapi UA ni bukannya semua budak islam, rasanya yang islam pun tak sampai separuh daripada bilangan pelajar dekat sini. Ada yang islampun kau tahu la, astaghfirullah Farra pagi-pagi dah buat dosa ye?
Dalam kelas cuma ada dalam lingkungan 10 orang beberapa orang pelajar memandang aku sekilas, kemudian mereka menyambung buat kerja masing-masing.
"Hai!" Seorang budak perempuan yang memakai cermin mata bulat melambai kearah aku, aku kemudiannya membalas lambaiannya, "dekat sini kosong, meh la."
Meja kosong yang ada bersebelahannya ditunjuk, tanpa banyak soal aku terus melangkah mendekati budak perempuan yang berkaca mata tersebut, dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalaman, "nama aku Aisyah."
"Oh, aku Farra." Aku terus duduk di meja yang Aisyah kata kosong,
"Farra? Yang semalam main tarik-tarik rambut dengan Bella tu?"
Aku sedikit terkejut, acane dia ni boleh tahu ni? Aku baru masuk sekolah ni untuk hari yang ke dua kot.. ke aku ni cantik sangat? Nampak macam tak ada kena mengenakan? Tapi sebenarnya inilah fakta.
"Hah, macam mana kau tahu?" Aisyah kemudiannya membetulkan tudung bawal kelabu yang dia pakai, eh minah ni, aku tanya dia boleh betulkan tudung dulu pulak ye.
"Bella tu kepoh, semalam dia upload dekat Twitter gambar kau." Aku terdiam, cantik tak aku dekat dalam gambar tu? Kalau tudung aku senget macam mana? Jatuh saham aku nanti tahu?
"Mana? Nak tengok!" Aisyah kemudiannya mengeluarkan iPhone 7 Plus miliknya, aplikasi Twitter ditekan,
"Ni, kau kan?" Aisyah kemudiannya menunjukkan satu Tweet kepada aku.
Bella The Pretties
@ bellaonetwothreeHari ni I kena serang dengan perempuan gila ni! Habis rambut pink kesayangan I dia tarik, dah la dia cuba nak rampas Danie dari I, eeee geram! 😤
[gambar Farra tengah makan nasi ayam]
4 like 4 retweet 10 comments
Aku memandang lama gambar aku tersebut, cantik juga aku ni, nasib lahir-lahir je dah photogenic. Tapi yang sedihnya si Bella ni lah, yang like dengan retweet semua kaum-kerabat dia je, komen ada sampai sepuluh tu orang kecam dia balik.
"Topi aku senget tu!" Aisyah memandang aku pelik, terus dia tutup handphonenya.
"Kau fikir pasal gambar tu je?"
"Ye lah, dah tu kau nak suruh aku buat apa? Potong rambut dia guna mesin rumput? Danie tu teammate kulinari aku je. Dia je yang over sangat." Aisyah ketawa mendengar bebelan aku,
"Brutal do kau ni, jom kita jadi kawan!"
"Kau kawan perempuan pertama aku setakat ni!" Aku menepuk bahu Aisyah disebabkan aku memang jenis yang ganas beranjak sedikit Aisyah dengan mejanya kebelakang,
Dengan ini, aku telah berjaya membuat kawan baru, macam ni je ke nak jadi kawan? Mudah juga rupanya.
"Lah? Semalam kau tak jumpa budak perempuan ke?" Aku menggelengkan kepala, baik betul Aisyah ni aku rasa tadi aku pukul dia kuat dia boleh usap bahu dia dan sambung bercerita kental betul Aisyah, aku dapat bayangkan yang kitorang jadi best friend forevah a.k.a bffff best friend forever fried fries!

ANDA SEDANG MEMBACA
Fight or Flight? ©
Teen Fiction2020 UA Highschool series "Terbanglah wahai sahabat, kejarkan kejayaan." [Niatnya masuk ke sekolah top 10 Malaysia untuk belajar memasak, entah kenapa boleh tersangkut kena mengajar bola tampar kepada sekumpulan budak lelaki yang annoying dan pelbag...