+special

4.4K 459 336
                                    


(Awalkan dapat special chapter? Sebab sumpah naim daniel kalau aku readers aku pun sakit hati mat)



13 tahun kemudian,

Aku melangkah turun dari kereta, bangunan sekolah ini aku tatap dengan penuh kagum.

Masih sama cuma mungkin adalah sikit berubah, cat dan bunga-bunga begitu. Aku melangkah masuk ke dalam sekolah yang masih nampak kukuh ini.

Sedikit lupa di mana ya dewan bola tampar, baru 13 tahun tak jejak sini auto otak jadi bangang. Okay sabar Farra Hanani sekarang kau dah jadi pensyarah muda. Awak tak bangang, awak cuma lupa sikit je.

Lepas aku cuba guna otak aku untuk flashback dekat mana dewan bola tampar akhirnya aku jumpa juga, sedikit tercengang sebab tempat ni tak berubah langsung. Sama macam dulu, sama macam waktu pertama kali aku jejak sini dan aku tinggalkan tempat ni.

Kelibat sekumpulan lelaki menjamah mata, kenal sangat. Susuk tubuh yang masing-masing tinggi lampai itu aku terus melangkah ke arah kumpulan itu.

"Assalammualaikum!" Serentak empat ketul kepala itu menoleh pandang aku, "lama tak jumpa bos, masing-masing asyik sibuk je."

"Sekarang dah tak sibuk kan?" Harras memeluk tubuh, aku tak tujukan soalan ni dekat dia pun? Hari-hari aku jumpa dia naik muak dah tahu? Muak!

"Saya tak cakap dengan encik Harras Naufal?" Harras menggulingkan anak matanya, meluat konon. Dapat anak muka macam aku nanti baru tahu. Lahh tiber ya, yang mengandung bini dia. Dia pula nak terkenan.

"Danie mana Damien?" Danie menundingkan jari ke arah taman kecil yang terletak di taman bunga ini, beberapa orang wanita bersama seorang budak kecil menjamah mata. Yang pasti dekat situ ada Dila, yang sekarang isteri Amsyar,

Shafrina wanita kacukkan korea dan arab selamat jadi isteri Danie dan dah ada anak satu.

Ayesha, isteri kepada Harras. Terkejut juga tengok perempuan cantik nak dekat Harras ni.

Dan Maria, gadis asal korea menjadi isteri buat Riyaan. Riyaan sumpah terpaling og, isteri dia import mat. Bukan main-main.

Jadi diorang semua dah kahwin dalam lingkungan empat ke satu tahun lepas dan aku?

"Tengah duduk dengan mama dia, kejap lagi lah jumpa dia. Ni settle kan benda ni dulu." Aku mengangguk faham, nampak Damien, anak Danie yang berusia 2 tahun sedang duduk bersama ibunya Shafrina. Antara kami semua Danie ni lah kahwin paling awal, masa umur 26 tahun dah kahwin padahal waktu tu kami yang lain masih single. Tak perlu pertikaikan, doktor Danie Iskandar. Siapa je tak mahu?

"Farra suami kau mana? Kenapa datang sorang je?" Riyaan bercekak pinggang, aku mula terkejut. Kejap, aku ada suami? Eh? Bukan tadi aku datang sini sorang-sorang ke? Bukan aku ke yang cari dewan ni sorang-sorang tadi.

"Eh! Haah! Rasanya tadi dia ikut aku sekali! Mana dia?"

"Kau biar betul Far, laki sendiri kau lupa?" Amsyar nampak terkejut, begitu juga aku. Jadi aku ada suami? Lah macam mana aku boleh lupa aku ada suami ni?

"Baru kahwin sebulan Farra dah lupa, boleh bayang dah 20 tahun nanti." Riyaan ketawa kecil melihat perangai aku yang lupa akan suami sendiri. Dia dari tadi dah get ready nak cangkul tanah ni, boleh pula ada adegan lupa suami dekat sini?

Fight or Flight? ©Where stories live. Discover now