Hancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Syaheera. "Saya mintak maaf." -Aqhif Arian Kerana terlalu memikirkan hubungan kekeluargaan, Airis akhirnya merelakan majlis perkahwinannya menjadi majlis perkahwinan sepupunya dan tunangnya sendiri. Sedih! Kecewa! Marah! Semuanya hanya mampu dipendamkan di dalam hati. Demi merawat hati yang luka, Airis membawa diri jauh ke negara orang. Pertemuan tanpa sengaja antara dia dan Aiman Seth seorang photographer di tempat kerjanya perlahan- lahan mula menerbitkan kembali rasa cinta di dalam hatinya. Namun siapa sangka, semuanya tidak bertahan lama. Satu demi satu ujian melanda Airis. Persahabatan? Kekeluargaan? Percintaan? Semuanya diuji serentak. Dan dia hanya mampu berserah. Mampukah Airis bertahan dan berjuang untuk cintanya? Atau sebalik?
57 parts