Prolog

2.4K 128 12
                                    

        "Defibrilator!200 joules!"arah doktor kepada mereka yang ada di sekeliling katil sewaktu dia sibuk menekan dada pesakit yang tidak sedarkan diri di situ. Tiub berada di dalam mulut, wajah pucat tidak berdarah. Alat pembaca detak jantung tidak bergerak.

         "Caj!" beritahu jururawat kepada doktornya selepas set up dengan lengkap mesin defibrilator di situ.

Doktor itu capai dua pengecaj yang berada di mesin lalu di tekap ke dada pesakitnya. Renjatan dari eletrik tersebut buatkan tubuh pesakit itu terangkat ssedikit. Tetapi ianya tidak memberi sebarang reaksi.

           "Nurse...caj!" arah doktor lagi sambil gosok kedua-dua alat dengan lekas sebelum di tekap semula ke dada pesakit.

Tersentak saja tubuh itu, semua yang ada di situ terdiam. Beberapa saat berlalu, bunyi bip pun kedengaran dari mesin pembaca detak jantung. Dada pesakit itu mula naik turun dengan perlahan tetapi mata masih terpejam rapat.

        "She back doc!"beritahu jururawat yang ada di sebelah mesin tersebut.

Doktor yang sejak tadi berada di atas katil itu lepaskan hela nafas lega lantas gerak turun dari situ. Dadanya naik turun hendak dapatkan nafas kerana bertungkus lumus sejak tadi menyelamatkan pesakit komanya yang tiba-tiba di serang cardiac arrest. Mujurlah sempat! Kalau tidak kasihanla gadis ini.

         "Bagaimana dengan parents mangsa? Adakah mereka berdua terselamat? "

         "Tidak doktor...kedua-duanya meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas di bawa masuk ke dalam bilik bedah kerana pendarahan dalaman di organ dan otak."

        "Poor kid.."Wajah remaja perempuan yang bertampal dengan pembalut dan lebam kerana luka dek kemalangan di tatap oleh doktor.  Berasa simpati kerana muda-muda lagi sudah yatim piatu.

        "Bagaimana dengan penjaga atau saudaranya pula? adakah kamu sudah dapat menghubungi mereka untuk memaklumkan kejadian ini? " tanya doktor lagi.

        "Sudah doktor. Mereka dalam perjalanan sekarang ini.. "

Staf perubatan yang lain bantu untuk meletakkan topeng oksigen dan menguruskan pesakit tersebut.

Wayar berjela-jela mula dilekatkan pada dada dan tepi tulang rusuk tubuh pesakit yang hampir saja menemui ajalnya beberapa minit yang lepas. Wajah pucat tidak berdarah itu perlahan-lahan mula menjadi merah hidup semula.

         "Kalau begitu tempatkan pesakit ke wad ICU. Selain doktor dan jururawat. Penjaga dan orang lain tidak dibenarkan melawat."

         "Baik doktor."

Dekat 10 minit di dalam wad kecemasan, pesakit yang siap dipasang dengan alat bantuan pernafasan itupun di sorong keluar dari situ.

Pada masa yang sama ketika katil itu ditolak,  seorang remaja lelaki berjalan melewati katil tersebut. Bersama muka dingin tiada perasaan, dia yang jalan di samping ibubapanya hanya jalan memandang ke depan dan tangan di dalam poket. Renungan dingin terarah pada hujung koridor. Seakan mahu memberitahu yang dia dipaksa untuk ke situ.

         "Nanti kalau kamu temui doktor jangan merepek yang bukan-bukan... Kamu ingat tu? " pesan si ibu kepada anaknya di sisi.

Remaja lelaki itu hanya melepaskan renggusan kasar. Dia malas hendak komen apa-apa. Sebab dia tahu,  kalau dia katakan sesuatu ibubapanya tidak akan mempercayainya. Entah berapa kali dia perlu ulang yang dia tidak sakit. Tapi orang tuanya tidak pernah mahu dengar.

Tidak lama mereka berjalan,  akhirnya langkah mereka berhenti di depan sebuah pintu dimana kanan dan kiri koridor itu terdapat kerusi untuk duduk menunggu. Dan setiap kerusi itu dipenuhi dengan orang berwajah pucat dan mata hitam tidak bernyawa.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now