Suara hiruk pikuk menghuni kawasan padang semasa pasukan ragbi kolej sedang menjalani sesi latihan mereka. Di tepi padang kelihatannya Greyson sedang berdiri dengan tangan bercekak sebelah pinggang sementara sebelah lagi tangan memegang telefon di telinga. Dari wajah itu jelas-jelas beritahu yang dia serius mengatakan sesuatu.
Keputusan penilaian ulangan yang diambil olehnya keluar beberapa hari selepas penilaiannya di ambil. Dan seperti yang dijangka, Greyson dapat score markah yangbsangat tinggi dan dapat mengekalkan kedudukannya di pasukan akhir perlawanan ragbi.
Dan orang pertama yang dia maklumkan adalah ibubapanya. Gembira bagai nak apa, dia dapat jugak bebas dari desakan ibubapanya yang asyik mahukan dia kejar pointer. Yang mana telah berjaya.
"Serius? Bagus la kalau begitu. Kami ucapkan taniah... Tapi disebabkan ibu dan ayah masih outstation dan mempunyai beberapa lagi seminar yang perlu dihadiri kami mungkin tidak dapat meraikkannya bersama kamu akan kejayaan ni..." ucap ibunya di telefon.
Greyson yang sedang berdiri menghadap padang dengan pakaian ragbi perhatikan rakan sekumpulannya jalani aktiviti memanaskan badan.
"Semua ni disebabkan Norah... Sebab dia yang bantu Greyson halau semua hantu-hantu tu, Greyaon boleh fokus... Ibu dengan ayah patut temui dia.. "beritahunya dengan bersemangat.
"Sudah tentu... Ibu dan ayah sangat berbesar hati untuk menemui rakan kamu yang boleh bantu kamu dan jadi pedinding dari hantu-hantu yang cuba menganggu kamu tu...."
"Oh... Norah tu bukan kaw-"
"Im sorry son... I need to go now... Meeting nak mula... Talk to you later okay. Bye... Love you hon! " potong ibunya tergesa-gesa sebelum memutuskan panggilan itu.
Bahu Greyson jatuh hilang semangat. Rasa gembiranya menjadi suram semula bila mengenangkan semua ini tiada gunanya kerana ibubapa dia terlalu sibuk dengan kerja. Bagi parents angkat, dia ini hanya seorang anak yang digunakan sebagai bakal pewaris dan penerus legasi mereka. Yang mana ianya sikit pun tidak buatkan dia happy.
"Mana adik manis yang selalu berdamping dengan kau?hari ni tak ada?"tanya hantu bercermin mata di sebelahnya.
"Merajuk mungkin...yalah siapa la yang suka dengan lelaki perasan bagus menyakitkan hati macam dia ni?"beritahu hantu leher berjerut pula.
Greyson yang dengar akan kenyataan mereka hanya buat muka menyampah. Malas nak beri komen.Nanti kalau dia bercakap, orang Nampak. mahunya mereka label dia sebagai orang hilang kewarasan.
"Huargh!!Bosannya...tak ada benda yang menyeronokkan ke untuk di lakukan?" hantu lelaki gemuk yang basah kuyup menguap di atas bangku tempat duduk rehat bersebelahan Greyson berdiri.
Terkesan dengan kenyataan itu dia palingkan kepala. Memandang akan hantu gemuk itu dengan renungan dalam. ya tak ya..kenapa la dia tak pernah terfikir soal ni?Rasanya sertai pasukan ragbi ini bukan sebab dia yang mahukannya. Tetapi semua ini adalah atas aturan ibubapanya.mereka sedaya upaya mahu mencipta nak yang superperfect tanpa flawless menggunakan dirinya. kalau ibuayah dan kakaknya masih hidup, apa agaknya perjalanan hidup dia. Dapat ke dia rasa bahagia dan normal tanpa kemampuan istimewanya ini?
"Haih...entah apa-apa...dah seperti kera dalam Sangkar je kejar bola dan rebut benda seperti telur itu merentasi padang ni?"komen hantu bercermin mata lagi semasa perasan akan kelibat Budak-Budak lelaki berpakaian ragbi berlari pantas menyeberangi kawasan padang itu.
"Hei Greyson!"panggil hantu wanita leher terjerut di leher tiba-tiba.
Greyson tersentak. Dia pandang wajah pucat itu dengan renungan redup sedihnya.
"Kau tahu...kalau suka buat, kalau tak suka beritahu...jangan paksa diri untuk buat sesuatu yang kau tak suka.."cadang hantu wanita itu dengan bijak. "alau aku masih hidup...akan aku lakukan perkara yang aku suku bukan sebab orang yang suruh tapi sebab kehendak aku sendiri"ujarnya.
Mendengar pesanan itu buatkan hati Greyson yang sedia berat semakin berat. Dia tahu dia tak patut pentingkan diri dengan biarkan roh tiga hantu di depannya terus menerus mendampinginya. Tetapi sekiranya dia lepaskan mereka,dapat ke dia lihat wajah mereka ini nanti?Bagaimana kalau dia lupa akan suara dan juga rupa ahli keluarganya ini?
Bersama senyuman penuh semangat, Greyson mengangguk kepala. "Okay..." beritahu dia sebelum tunduk menyimpan telefon ke dalam beg duffle di bangku itu lalu berlari masuk ke dalam padang semula. Menyertai Chester dan rakan-rakannya yang lain.
Dari kejauhan, Chester yang kelihatan lebih bersemangat dan ceria sambut Greyson dan beri fist bump pada sepupunya sambil tersenyum lebar. ya...sejak episodenya dengan Chelsea berakhir, Chester mula jalani hidupnya dengan sihat tanpa membuat sebagai pemujaan terhadap gambar Chelsea. Malah dia bersikap lebih terbuka kepada sesiapa yang mahu berkawan dengannya. Tidak di terhadkan seperti dulu. terutama sekali kepada pelajar perempuan.
Sementara itu,
Di satu daripada tempat duduk penonton, kelihatan Norah duduk lepak Bersama Sana dan Naylie di situ menikmati makan tengah hari mereka selepas selesai singgah ke Subway beli sandwich di situ. Sambil Sana dan Naylie berborak, Norah yang duduk di sebelah sibuk dengan buku lukisannya. Sebelah tangan pegang sandwich sebelah tangan sibuk melukis saja nak luangkan masa yang ada dengan melukis. Sekiranya tengkuknya lenguh, dia akan pandang ke padang. mencari kelihat Greyson. lelaki itu yang minta dia ke sini. Kalau tidak mananya dia duduk di sini semata perhatikan kelibat orang seperti tiang bergerak ke sana sini mengejar sesuatu seakan sebiji kuaci merentasi padang tersebut.
Pada masa yang sama, Norah sedang memikirkan apalah kisah dia dengan Greyson selepas ini?
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...