Petangnya Norah balik lambat ke dork kerana perlu membuat ulang kaji di perpustakaan selama beberapa jam. Hampir jam 5.30 petang barulah dia sampai di tingkat tiga bangunan dormnya.
Tidak sempat mengambil nafas dek mengah mendaki tangga, seseorang berlari ke arahnya sambil memanggil-manggil namanya.
"Norah.... Noraaaah! "
Berhenti kaku Norah di situ semasa lihat Naylie sedang berlari ke arahnya. Buatkan beberapa orang lagi penghuni dorm di tingkat itu perhatikan Naylie dengan pelik.
"Ada apa ni?"tanya dia selepas Naylie berdiri di depannya sementara tangannya gerak menanggalkan mafeka dari leher.
Naylie menarik nafas dengan dalam sebelum bersuara.
"Ada bunga untuk kau... "
"Bunga? "tanya Norah dengan kerutan di kening.
"Yeah!!"teriak Naylie dengan teruja. "Girl.... Aku tak tahu apa yang kau dah buat, tapi nampaknya kau ada yang minat.. "
Norah buat muka tak faham. "Bunga aje pun... Yang eksited sangat kenapa? "
"Bunga?Hey...kau bukan dapat sejambak okay... Tapi berjambak-jambak tau tak. Dan ia dihantar ke sini setiap setengah jam sampai penuh depan pintu bilik kau dengan jambang-jambangan bunga tu."
"Apa!?"Norah terkejut.
Lantas Nyalie heret Norah ke arah pintu bilik gadis itu. Di situ terdapat semua jenis bunga ros pelbagai warna, lili, carnation, bunga matahari, bluebells. Pendek ceritanya seperti satu kedai bunga di borong ke situ.
"Tapi siapa?"soalnya semasa tunduk mengutip kad yang diselit pada celah bunga disitu. Tetapi isi kad itu hanya mengandungi nombor. Setelah itu dia kutip kad lain dan isi kad itu juga sama. Tiada nama tiada alamat. Hanya nombor phone sahaja.
Norah tekap tangan ke dahi lalu ketawa. Agaknya dah gila mungkin yang mengirimkan dia bunga-bunga ni.
Naylie pandang ingin tahu ke Norah. "So... Siapa lelaki bertuah yang hantar semua ni? Kau mesti dah buat dia terpikat dekat kau sampai hantar jambangan bunga yang mahal ni... Logo dari kad ni beritahu ianya dari Fancy Flower."
Norah berdengus pada komen itu. Minat la sangat. Dia syak, si pengirim bunga ini mesti lain tak bukan Greyson sendiri.
"Ini namanya psiko sebab sanggup bazirkan duit pada benda cepat layu ni.. "getusnya semasa mengocek kad-kad tadi ke dalam poket.
Norah baru sahaja hendak buka pintu bilik bila ada yang menyebut namanya.
"Siapa Norah Grace...?"
Naylie yang dengar terlebih dahulu menyahut. "Sini.... Dia orangnya.. "tunjuk dia ke Norah.
Mat dispatch itu jalan mendekati Norah dan Naylie bersama jambangan bunga di tangan.
"Cik Norah Grace?" tanya Mat dispatch itu.
Mahu tak mahu Norah mengangguk kepala.
"Dia pesan kepada saya untuk hantarkannya secara langsung kepada cik. Selain tu dia berpesan jugak sekiranya cik tidak respond jambangan bunga ini akan datang setiap setengah jam."
"Apa!?"Norah berseru dengan penuh kengerian. Hilang akal apa! "No-no-no-no!No more flowers! Apa yang ada pun dah banyak. Yang dia hantar semua ni kenapa?"
"Saya tak tahu cik... " balas mat dispatch itu. "Saya hanya delivery man."
Masuk saja Norah ke dalam bilik dan mengemas sepah di koridor, Norah taip pesanan ringkas kepada nombor di kad tersebut.
Norah : No more flower please. Saya tak ada ruang yang banyak di dalam bilik ni lagi.
Greyson : Akhirnya... Dapat jugak simpan nombor kau! Aku ingatkan kena hantar satu kedai bunga...kenapa lambat?
Norah : Saya baru balik dari library. By the way..you such a pain in the ass...!
Setelah pesanan terakhir di hantar di hantar, telefon Norah terus menerus berbunyi untuk satu jangka masa yang lama.
Tetapi tidak di hiraukan oleh Norah kerana ada perkara yang perlu dilakukan.
Dia sibuk mengemas bilik, kemudian mandi, makan malam dan diakhiri dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga la terlupa untuk pandang telefonnya beberapa jam seterusnya.
Jam lapan malam kemudian, bunyi ketukan pintu kedengaran. Menyentak Norah yang fokus itu.
Knock!
Knock!
Norah bangun dari meniarapnya di atas katil lalu gerak mendapatkan pintu biliknya.
"Ya-"terbuka saja daun pintu itu dengan luas, Norah kejung di situ dengan mata terbutang luas.
Bagai mahu gugur jantung dari tangkainya, Norah melihat tiga wajah hantu yang mengerikan sedang berdiri di depannya.
"Ya Tuhanku..."lafaz Norah dengan perlahan. Kenapa hantu-hantu ni di sini!?
Pada masa itu baru la tuan punya hantu muncul dari tepi dinding itu.
"Hai... "senyum Greyson dengan tangan berada di poket hoodienya.
Bersama muka ngeri lagikan menakutkan itu, mereka mendekati Norah.
Kalau dikerat kulit mukanya, mungkin tiada darah yang akan keluar. Sebegitu la muka pucat yang sedang ditanggungnya sekarang!
"Apa yang awak buat di sini Greyson?"tanya Norah. Yang tidak dapat larikan pandangannya dari hantu di depannya.
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...