Bab : 37

619 85 0
                                    

Mata Norah itu tunduk akan pergerakan Chester. Sama-sama dia pun ikut melutut di situ menghadap Chester. tangannya di bawa naik untuk mengusap rambut itu dengan kasih. Dan masa ini la air matanya mengalir turun dari tepi mata kerana berasa gembira sebab dapat menyentuh insan yang sering berikan dia kebahagian sewaktu hayatnya masih hidup.

          "Ianya salah saya kerana tinggalkan awak begitu saja Chester..ianya keputusan saya untuk mati dengan cara hina seperti itu. Saya tak tahan lagi. Sebab itu saya bunuh diri. Tapi saya nak awak tahu...saya tak pernah menyesal mengenali awak dalam hidup saya jadi berhenti seksa diri awak seperti ini lagi...lepaskan saya...dan awak akan Nampak betapa indah hidup awak selama ini" mintanya.

            Bersama linangan air mata di pipinya, Chester tenung Norah dengan sebak. "Tak apa ke?Awak maafkan saya ke kalau saya lupakan awak?"tanya dia.

Norah mengangguk kepala sambil tersenyum. Dia tekup tepi muka Chester lalu menyeka air mata dari pipi dengan ibu jarinya.

           "Saya tak marahkan awak...malah saya sentiasa maafkan awak Chester...apa yang dah lepas biar la berlalu...saya adalah masa silam awak...jalani la hidup awak dengar awak dengan baik..lupa saya tak mengapa...awak berhak menemui seseorang yang lebih baik dari saya...".kata Norah lagi.

Greyson pandang akan Chester dengan perasaan sebak kerana teringat akan keluarganya sendiri. Sama seperti Chester, dia sendiri tidak dapat lupakan kematian ahli keluarganya sehingga kini. Kerana itu tiga hantu di sisinya ini sering mendampinginya siang dan malam.

          "Maafkan saya Chelsea..."ucap Chester semasa menarik Norah ke dalam pelukannya dan menangis semahunya.

Norah balas pelukan itu dengan senyuman nipis dan mata terpejam. Dia tepuk belakang badan itu seakan mendodoi.

            "Maafkan saya juga..."ucapnya.

Chester tersedu sedan meratap akan perbualannya dengan Norah. Dia tidak tahu kenapa semua ini boleh terjadi. Tapi dia berterima kasih sebab dapat bercakap dengan Chelsea semula buat kali terakhir. Selama ni dia takut kalau dia lupakan Chelsea, Chelsea akan susah hati dan membencikan dirinya. Sekiranya benar la yang dia boleh lepaskan Chelsea...maka dengan ikhlas dia lepaskan Chelsea dari ingatannya.

           "Saya relakan pemergian awak Chelsea...tenang la awak di sana..." lafaznya dengan susah payah.

           "Selamat tinggal Chester..."lafaz Norah buat kali terakhirnya sebelum tangannya jatuh terkulai dari memeluk badan Chester sebelum kepalanya terlentok tidak berdaya.

Hembusan kelibat berwarna putih keluar dari badan Norah sebelum ia menghilang sepenuhnya di udara. pada masa yang sama, lilin yang menyala di depan bingkai gambar itu turut terpadam sama.

            Greyson yang lihat semua itu cepat-cepat dapatkan Norah dan pegang tubuh itu untuk di jauhkan dari Chester. "Kau tak apa-apa?"tanya dia kepada Chester yang masih belum tenang dari menangisnya.

           "Apa yang baru berlaku?"tanya Chester sambil seka air mata dari pipinya yang merah padam.

            Greyson sandarkan kepala Norah ke dadanya. "Norah pinjamkan badan dia untuk Chelsea supaya dia dapat bercakap dengan kau sendiri...dan dia sudah pun pergi...terima kasih sebab kau sudi lepaskan dia dari terus terseksa dekat sini"ujarnya.

Chester yang dapat merasakan hempapan berat yang selama ini berkumpul dalam dadanya sudah pun tiada. Malah dia dapat bernafas dengan lapang dan fikirannya mula jelas. Walaupun dia sedih, tetapi dalam masa yang sama dia bersyukur.

           "Dia tak marahkan aku kalau aku lepaskan dia.."lafaznya kepada Greyson dengan senyuman nipis di bibir.

Greyson berdengus kecil lalu menggeleng kepala tak percaya.

          "Mesti la dia tak marahkan kau..." ujarnya. "lepas ni hentikan semua aktiviti memuja kau ni dan move on..."pesan dia juga.

Chester bersandar letih pada tepi katil itu semasa kerling ke Norah. Dia menghargai jasa baik Norah yang sanggup bahayakan diri untuk dia supaya Chelsea dapat berkata padanya.

Norah dalam pelukan Greyson terkutik tidak lama kemudian. Dia berkerut-kerut kening sebelum membuka matanya dengan bingung.

           "Greyson..."rintihnya dengan perlahan.

            Greyson pun tunduk memandang ke bawah. memandang wajah itu dengan kasih. "Hey..."

Tangan Norah naik memegang tepi lengan itu sebelum bersandar pada lengan itu dengan mata terpejam rapat.

              "Please...saya tak nak kena rasuk lagi"rengeknya dengan mata terpejam rapat.Sakit kepala dia! Tanggung perasaan yang sama di tanggung oleh hantu itu bukan perkara yang menyeronokkan untuk di lakukan.

          Mahkota kepala Norah di kucup oleh Greyson. "I promise you..." senyumanya di balik kucupan itu. Sungguh dia tiada niat hendak susahkan Norah. tetapi disebabkan dia terlalu terdesak mahu membantu Chester, dia terpaksa ambil risiko ini walaupun dia tahu perasaan bila di rasuk itu bukan satu perasaan yang menyeronokkan.

          "Kau nak stayback terus dekat sini ke?Aku boleh uruskan penginapan kau dekat sini?"

Bila ketiadaan Chelsea di situ, Greyson boleh rasakan suasana bilik itu tidak berat seperti waktu dia masuk ke dalam ruangan ini sebentar tadi. itu bermakna, roh Chelsea akhirnya tenang di alam sana. Dan tugasnya pun selesai di sini.

           "Tak perlu...kita orang balik ke dorm je terus...kau enjoy la parti ni..sampaikan ucapan taniah kepada ibu dan ayah kau untuk aku nanti"pamitnya semasa mendukung Norah gaya pengantin dalam pelukannya.

            Chester bangun dari situ ingin menghantar mereka berdua keluar dari situ. "Thanks sekali lagi...aku betul-betul hargainya"ujarnya semasa buka pintu bilik untuk Greyson.

             "No hal."balas Greyson dengan senyuman nipis di bibir.

Norah merehatkan tangannya ke sekeliling leher Greyson sewaktu matanya masih terpejam rapat. masih pening kepala dan tiada tenaga hendak berbuat apa-apa. Sungguh!Dia tidak mahu dirasuk lagi dengan mana-mana hantu pada masa depan kelak!kalau itu terjadi!Dia tak tahu dia boleh tanggung atau tidak after effect rasukkan itu nanti.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now