Greyson menarik sengih meleretnya. Dia membiarkan Norah pandang akan hantu-hantu yang selama ini suka nenganggu ketenteraman dia. Biar Norah rasakan apa dia rasa.
"Kenapa?"tanya dia.
Dengan cemas, baru la Norah mampu mengalihkan pandangannya ke Greyson. Hampir mahu memaki lelaki itu. "Kenapa awak ke sini dan bawa mereka bersama... Itu maksud saya!" ketapnya dengan jengkel.
Heh!Greyson berdecit.
"Kau tahu... Kau boleh hilangkan dia orang dengan menyentuh aku?"ajunya.
Seriously! Norah pandang Greyson seperti lelaki itu alien berkepala tiga.
"Adakah awak lakukan semua ni hanya kerana hendak menjengkelkan saya sebab saya reject awak? "tanya Norah dengan nafas tertahan-tahan. Nak kawal dirinya dari menjerit di situ kerana kengerian.
"Sekarang kau dah tahu apa aku rasa? Dia orang takkan berhenti ikut aku...rasanya dapat ke aku tidur dengan lena? "
Hantu-hantu itu semakin lama mahu mengepung Nora.
"Fine! Fine!"lafaz Nora dengan cemas selepas hantu perempuan muka pecah dan mengerikan itu mula mahu menyentuh pipinya.
Tanpa menunggu dirinya di jemput, Greyson selisih tepi bahu Norah sewaktu masuk ke dalam ruangan tersebut. As result the tiga hantu tadi hilang begitu sahaja.
"Hei! Ini dorm perempuan.. awak tak sepatutnya berada di sini... " desis Norah dengan keras sewaktu menutup pintu. Enggan dilihat pelajar perempuan yang lain. Kalau Sana tahu ni mesti kawannya itu akan bersedih.
"Kau berhenti dari jawab mesej aku siapa suruh... Sebab tu aku ke sini." balas Greyson dengan tenang.
"Awak ni dah kenapa!"tanya Norah semasa lekas-lekas menghadang depan Greyson supaya lelaki itu tidak menyelongkar atau membelek barangnya yang lain. "Saya sibuk sepanjang hari ni kemudian terlupa sebab tu saya tak balas.."
Greyson ikut berhenti dari berjalan setelah itu. Dia berdiri dengan mata tunduk memandang Norah di depannya. Dia tak nak minta maaf sebab dalam hal ni Norah yang salah. Kalau gadis itu beri dia peluang untuk jelaskan situasinya dan percaya kata dia semua ni takkan jadi masalah.
"Aku datang nak mintak kau setuju dengan permintaan aku.."
Norah buat muka terkejutnya. "Masih hal ni lagi?"
"Kalau kau tak nak.... Aku akan arahkan hantu-hantu yang selalu berdamping dengan aku tadi datang cari kau...ganggu... "ugut Greyson.
"No!"kata Norah dengan bersahaja. "Saya dah beritahu awak saya tak nak terlibat dengan masalah awak tu."
Kedua-dua itu saling membalas renungan di antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Greyson tercabar. Dia malahan melangkah ke depan merapatkan jurang mereka berdua.
Perasan akan jarak mereka semakin mengecil Norah dengan gelabah undur ke belakang.
Selangkah Greyson melangkah ke hadapan, dua langkah Norah ke belakang.
Semakin Greyson mendekat, semakin hampir Norah ke meja belajar sebelum terduduk di atasnya dengan mengejut.
Tangan Greyson naik memerangkap kanan dan kiri Norah sewaktu dia menyondong ke depan mendekatkan wajahnya ke depan muka Norah.
"Sure tak nak?"bisik Greyson dengan mengancam. Matanya terarah pada mata Norah. "Kau tahu... Kalau kau pilih untuk bersama dengan aku....aku akan layan kau macam
Permaisuri..."Norah kebelakangkan kepalanya. Keningnya berkerut tidak suka. Nafasnya ditahan kerana tidak mahu hembusan nafas dia menyapa wajah Greyson.
"Sementara aku mintak elok-elok dengan kau... Aku suggest supaya kau setuju. Lagipun tak rugi pun... Kau dan aku takkan rasa takut lagi kalau ada hantu cuba rasuk kita... Selain tu.. Kita boleh rapatkan silaturahim antara kita berdua..." bisik Greyson lagi di depan bibir Norah.
Mata Norah tidak bergerak dari menatap mata Greyson. Dia tidak tahu mengapa mata itu sering mengunci dia dari larikan pandangannya.
Greyson terus menilik sekitar wajah Norah lalu berhenti di bibir Norah. Dan tanpa sedar dia menelan air liur.
Sejak lama dulu lagi Greyson teringin sekali menyentuh Si Senget. Dan sekarang roh itu telah kembali jasadnya. Semakin membuak-buak niatnya itu timbul.
Norah mengetap gigi seeratnya. Otak dia dah mula buat hal! Menjerit-jerit supaya setuju. Mengarahkan dia supaya mengalah. Tapi mulutnya tidak mahu bergerak.
"Norah...please."rayu Greyson dengan lemah lembut sewaktu bawa tangan kanannya naik menyentuh pipi kiri Norah.
Terpejam mata Norah bila tangan hangat Greyson menekap tepi mukanya. Nafas yang ditahan tadi dihela. Kalau lama-lama begini, mahunya dia mengalah.
Apa patut dia buat?
Sana sukakan Greyson. Kalau dia bersama dengan Greyson, pasti Sana akan bersedih. Dia tiada kawan di sini dan sebolehnya tidak mahu mencari lawan. Dia baru saja mahu hidup normal semula.
Bibir Greyson mendekati tepi bibir Norah sewaktu dahinya bersandar pada kening Norah.
"I need you... "minta Greyson lagi. "Aku tahu kau pun rasa takut jugak kalau nampak semua benda tu... Jadi kalau kita bersama, semua tu takkan berani dekat.. "rayunya lagi.
Perlahan-lahan Norah membuka matanya. Dia pandang Greyson dengan renungan mengalah. Sejujurnya dia pun tak kuat mana. Hanya bergantung pada hantu ibu dan ayahnya saja dia jadi berani. Tapi bukan sepanjang masa dia dapat lihat kehadiran hantu mereka. Ada masanya dia akan diganggu dengan mahkluk halus tidak kira malam atau siang. Ketika makan atau ketika mandi. Mahupun ketika duduk sendirian.
"Fine... "ucap Norah dengan nada mengalah.
Senyuman lebar terukir di bibir Greyson. "Terima kasih... "ucapnya sebelum mengucup tepi bibir Norah dengan lembut sebelum tarik Norah ke dalam pelukannya.
Norah tidak membalas pelukan itu. Dia rasa serba salah pada Sana. Agaknya benci ke Sana padanya nanti?
Pelukan dileraikan. Greyson pegang bahu Norah lalu berkata. "Kalau macam tu mulai hari ni dengan official kita berdua adalah partner. Untuk tu..."ucapnya semasa capai tangan Norah dan kaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Norah.
Tanpa berkata apa-apa, Norah memandang renungan penuh harapan milik Greyson. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati dengan semua ni. Habisla kalau Sana tahu nanti. Pasti kawan barunya itu akan bersedih!
"Boleh saya tahu... Adakah tiga hantu tadi kenalan awak?"soal Norah ingin tahu. Dia teringat akan kejadian ketika Greyson dirasuk lalu pengsan hari tu. Mereka siap merayu kepada dia supaya bantu Greyson. Memangnya apa hubungan Greyson dengan hantu-hantu tu.
Air muka Greyson berubah menjadi mendung. Dia terdiam seketika namun cepat-cepat kembali bersahaja.
"Well.... Dorang adalah saka aku... So kalau kau tak ikut cakap aku... Aku boleh suruh dia orang hantui kau! " hujung hidung Norah di jentik perlahan.
Norah berkerut hidung bila Greyson berbuat begitu. Tetapi dia tidak yakin dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu. Sebab dia tahu, hantu ni takkan berdamping dengan manusia tanpa sebab.
Kalau bukan kerana manusia itu adalah ahli keluarga hantu tersebut, mahkluk-mahkluk ini tidak akan berdamping.
Melainkan hantu-hantu ini tidak tenteram di alam kubur atau ada yang belum terlaksana sewaktu hayat hidup mereka.
Bila Greyson perasan akan reaksi curiga dari Norah, dia tersenyum nipis. Kepala itu diusap lembut. "One day... Bila masanya tiba aku ceritakan dekat kau...bila aku dah bersedia."
Norah hanya mengangguk perlahan.
Ps/ omo omo..... Ingat nak buat romantik sikit... Tapi nanti la dulu.. Hahahaha....>_<
![](https://img.wattpad.com/cover/253990214-288-k10913.jpg)
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...