Bab : 27

647 84 3
                                    

Bau dari colok terbakar dan beberapa lagi jenis bauan asing yang menerawang ke sekeliling bilik yang gelap dan hanya lampu kecil di atas kepala tiga orang di meja berlapikkan kain merah itu saja yang menerangi tempat tersebut.

         "Itu la ceritanya.. "kata Norah selepas menceritakan segalanya dari awal pertemuannya dengan hantu lelaki misteri itu sehinggala ke gangguan terakhir yang menimpa dirinya.

Shaman Masiah memejam mata sambil humming panjang dan jari itu sibuk menguntil manik pada rantai ajaibnya berwarna putih itu.

Norah perhatikan tingkah itu dengan muka tidak yakin. Iya ke makcik depannya ini boleh bantu mereka hapuskan hantu misteri ni?

BAM!

Tidak semena satu pukulan hinggap di atas meja tersebut. Buatkan Norah undur sedikit ke belakang dengan mata berkedip-kedip.

Terperanjat dia!

Norah pegang dadanya sambil merapat ke Greyson yang ketika itu sikit pun tidak terkutik.

         "Mudah saja... "Shaman Masiah bersuara kemudian. "Roh itu adalah roh yang tidak tenang. Bukan sesat bukan jahat. Ianya adalah roh yang ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menganiaya dirinya sewaktu hayatnya masih hidup... " jelasnya dengan nada gelap menakutkan.

Norah mendiamkan diri. Tidak berani hendak berkata apa-apa.

         "Bukan ke roh yang dah mati akan lula tentang kisah silam mereka dan apa yang menimpa diri mereka? kenapa hantu ni boleh ingat soal valas dendam? "tanya Greyson.

Shaman Masiah tersengih. Membuatkan muma yang sedia menyeramkan itu semakin mengerikan untuk di pandang.

         "Ya... Tapi tidak semua. Ada yang ingat... Terutama sekali mereka yang mati dalam keadaan niat merekanmasih tidak terlaksana... Sama seperti apa yang kamu berdua sedang alami... "tenung Shaman Maisah kepada Norah dan Greyson silih ganti.

Kening Norah terangkat tinggi kerana tidak menyangka shaman itu boleh tahu.

Sementara Greyson yang sudah tahu hanya mendiamkan diri.

          "Apa maksudnya..? "leret Norah dengan muka teragak-agak. Salah ke dia bersuara?

           "Saya boleh nampak ada aura terang yang mengelilingi kamu... Cahaya ang buatkan kamu dapat menjadi pendinding Greyson.. Kerana kamu berdua pernah mati buat seketika di suatu masa dulu. Kamu didamping oleh hantu ibubapa kamu yang selama ini menjaga kamu kerana semasa hayat mereka hidup mereka mahu menjaga kamu... Mungkin kerana niat tidak kesampaian...kerana itu mereka tetap bersama kamu, sementara budak menyusahkan di sebelah kamu berhutang dengan tiga hantu yang sentiasa berada di sampingnya... " jeling Shaman Masiah ke Greyson semasa berkata.

Dalam diam Greyson mengepal penumbuk pada tangan yang ada di lutut. Pandangan matanya terarah pada lilin merah yang menyala di tengah meja itu.

Hah? Hutang!?

Hairan mendengarnya,  Norah palinglan kepala. Memandang tepi muka itu dengan kening berkerut tak faham? Jadi tiga hantu itu mendapingi Greyson sebab lelaki tu berhutang dengan mereka? Hutang apa tapi?

         "Beritahu kami macam mana nak hapuskan hantu tu dari terus menyakiti Norah?"tanya Greyson dengan mendatar.  Tidak memberi sebarang komen mengenai kenyataan tadi.

Shaman Masiah berdengus kecil. 

       "Dasar anak muda,  tiada sabarnya.. Saya tiada cara lain untuk bantu kamu mengenai hal ni. Memandangkan kamu ada 'jalan' untuk hantu itu masuk ke badan kamu, kamu perlu biarkan dia masuk ke badan kamu dan benarkan dia langsaikan apa saja yang diaahu lakukan. Dengan itu dia akan berhenti dari menyakiti kekasih kamu ini.. "

         Kening Norah berkerut risau bila dengar idea itu.  "Macam mana kalau dia tak nak tinggalkan badan Greyson?"

Shaman Masiah tersengih mengejek.

           "Itu tugas kamu la untuk halau dia keluar dari badan Greyson setelah itu. Hantu ini pun ciptaan tuhan. Mereka tidak akan wujud tanpa sebab. Nanti lepas semua yang mereka inginkan selesai,  maka lenyap la mereka dari sini... "jelas Shaman Masiah.

Greyson palingkan kepala memandang tepi muka Norah. Dia dalam dilemma. Kalau dia tidak benarkan hantu itu dari masuk ke badannya,  Norah akan jadi mangsa. Dia tidak mahu melihat Norah terseksa begini sekali.

          "Baiklah... Saya terima cadangan tu." lafaz Greyson dengan nekad semasa memandang Shaman Masiah.

           "Awak!"panggil Norah dengan tegas. Buang tebiat apa Greyson ni!?

            "Kalau begitu lain kali masa hantu itu datang kepada kamu,  benarkan dia rasuk."beritahu Shaman Masiah kepada Greyson. Lalu dia pandang Norah pula.  "Dan kamu... Jangan sesekali sentuh Greyson selagi hantu itu tidak selesai melunaskan apa saja perasaan tidak puas hatinya. Sebab kalau kamu paksa hantu itu keluar dari Greyson. Tubuh Greyson akan melemah dan dia akan sakit." pesannya dengan serius.

Norah tersentak,  mulut terbuka sedikit kerana menyedari sesuatu. Kejadian di mana Greyson naik hantu kepadanya di jalan hari itu. Lepas dia pegang Greyson,  Greyson terus melemah. Sebab itu la lelaki tu pengsan. Sebab dia paksa hantu itu keluar.

          "Itu saja dari saya..."Shaman Masiah berkata. "Kamu berdua boleh keluar. Tenaga kamu buatkan saka saya takut... Shoo!"dia melambai tangan menghalau mereka berdua.

          "Jom Norah.. "ajak Greyson yang terus mencapai tangan Norah dan tarik gadis itu untuk keluar dari situ.

Dalam keadaan bingung,  Norah pandang akan Shaman Masiah itu dengan mata terkebil-kebil.

            "Kita tak payah bayar ke?"tanya Norah semasa pandang ke bomoh itu.

Greyson peluk bahu Norah dan paksa gadis itu supaya pandang ke depan.

             "Aku dah settlekan bayarannya sebelum kita ke sini.. "jawabnya semasa buka pintu dan melangkah keluar dari situ.

              Kepala Norah bergerak ke Greyson pula. Dia pandang tepi muka itu dengan renungan tidak faham. "Tadi..bomoh tu cakap... Awak berhutang dengan tiga hantu tu? Hutang apa awak dengan mereka?"tanya dia ingin tahu selepas teringat mengenai kenyataan tadi.

Greyson pimpin Norah menuruni anak tangga di situ dengan berhati-hati.

            "Nanti aku cerita dekat kau lepas semua ni selesai. Firstly kita ada hantu yang perlu di buru.. Dan kau kena bantu aku..."dia pandang Norah dengan renungan serius.

Tanpa berkata apa-apa,  Norah hanya mendiamkan diri tidak beri respon. Angguk tidak mengiyakan pun tidak. Dia pandang saja mata Greyson.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now