Bab : 33

632 86 2
                                    

Tersengih-sengih....seperti kambing berjambang,  Chester perhatikan sepupunya yang duduk di hadapannya kafe mewah tempat mereka selalu lepak untuk minum di bandara.

Sejak semalam lagi Greyson dikesan seronok sungguh chatting seseorang. Jarang betul Chester tengok Greyson taksub dengan chat.

          "Wei..."panggil Chester mengetuk permukaan meja tu cuba dapatkan perhatian Greyson.

           "Asal?"balas Greyson mahu tak mahu. Jarinya laju menaip sesuatu di skrin.

           "Kau dengar tidak apa yang aku  cakapkan tadi? "tanya Chester.

            "Pasal apa?"tanya Greyson yang sebenarnya sedang chat bersama. Norah sejak tadi. Ketagihan dia untuk chat dengan Norah boleh dikatakan tahap orang mabuk bayang!

Chester melepaskan keluhan menyampah. Ini la dia... Penangan first time chat dengan orang perempuan. Semua benda dah tak nampak selain orang yang disukai.

         "Boleh tak berhenti sekejap hadap phone...katanya melepak.  Tapi sibuk dengan phone.  Better tak payah lepak kalau macam ni... "sungut Chester.

Greyson melepaskan keluhan mengalah. Dia letakkan telefonnya ke meja lalu pandang akan tiga sahabatnya di situ. Dia orang ni,  tak boleh nak bagi dia senang la.

         "Apa dia? Aku tak dengar?" balasnya.

           Chester buat muka. "Ni... Aku nak tanya. Kau akan masuk tournament untuk pemilihan akhir ragbi atau tak? Try out lagi dua minggu.. Kau dah ambik kan test untuk naikkan GPA kau tu?"

Greyson mengetap nipis bibirnya.

          "Dah...tapi result belum tahu lagi." jawabnya dengan malas.

Chester menggeleng kepala kerana berasa tak percaya. Abang sepupu beza setahunnya ini adalah pelajar cemerlang. Cuma malas saja yang dilebihkan. Jadi seperti inilah gayanya! 

Bratty spoilt rich kid!

          "Malam ni jangan lupa pulak...ayah dengan ibu nak kau datang sekali ke majlis anniversary mereka... " pesan Chester.

Pada masa matanya naik memandang Chester,  Greyson ternampak kelibat hantu perempuan berwajah pucat di belakang Chester. Hantu itu sedang tunduk memandang sepupunya dengan renungan sedih. Dia pun apalagi melepaskan keluhan panjang.

         "Aku tak janji.. "jawabnya. "Aku ada tempat nak pergi...kau tak rasa begitu jugak ke? "katanya dengan nada perlahan.

Air muka Chester berubah. Dia pandang Greyson tanpa berkedip. Dia faham apa maksud Greyson. Tapi dia tak ada hati hendak ke situ. Dia masih belum boleh move on sepenuhnya.

          "Esok hari ulangtahun kematian dia kan?"tanya Greyson sewaktu mencapai gelas berkakinya lalu disedut minuman juice dengan sedikit.

          Chester mengangguk kepala dengan lemah. Pandangannya terarah pada gelasnya. "Sebab ini ke kau ajak aku lepak? Sekadar nak ingatkan aku tentang dia semula? " dadanya mula sebu.

Greyaon melepaskan keluhan kesal.  Sampai bila Chester hendak nafikan semua ni. Lagipun kejadian itu sudah 4 tahun berlalu.

          "Kau tahu...sebenarnya aku tak nak ungkit hal lama. Tapi memandangkan kita dah terlanjur bual... Aku cuma nak beritahu apa yang berlaku pada Chelsea bukan salah kau...." beritahu Greyson.

Memandangkan isu dia dengan hantu lelaki bernama Shane telah selesai. Dia merancang mahu membantu isu sepupunya pula. Mana tahu dia dapat bantu hantu gadis yang selalu mengekori Chester kembali ke alam sana semula.

Chester tundukkan matanya ke bawah. Bahunya jatuh tiada semangat. Mengenangkan gadis bernama Chelsea buatkan dia bersedih. Walaupun sudah 4 tahun berlalu,  dia masih tidak dapat maafkan dirinya sendiri.

          "Tak. Ianya salah aku... Kalau aku dengar dan jadi kekasih yang baik untuk dia isu tu mesti selesai... Dan dia takkan nekad hendak cabut nyawa dia sendiri... "luah Chester yang mengenang akan kekasih lamanya.

Gadis yang nekad bunuh diri kerana masalah kemurungan yang kronik. Sumpah.. Dia cuba bantu sebaiknya...tetapi Chelsea tetap nekad untuk lakukan semua itu dengan menelan pil tidur sehingga meninggal dunia kerana lambat menerima rawatan.

Semua itu masih segar dalam ingatannya. Ibarat kejadian itu baru sahaja terjadi. Dan semua itu bukan mudah untuk dia.

Greyson tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya diam memandang wajah sedih Chester lalu ke hantu bernama Chelsea di depannya. Kalau gadis itu masih hidup,  Chester pasti bahagia.

Dan sejak 4 tahun yang lalu Hantu Chelsea sering mengekori Chester. Mungkin kerana Chester masih belum ikhlaskan pemergian gadis ini kerana itu Hantu Chelsea ada di sini.

        "Aku tak tahu.... "luah Chester dengan lirih semasa senyum sedih kepada Greyson. "Tak kira apa aku cuba lakukan,  still.. Aku tak boleh lupakan dia... Aku sayang dia Greyson... Sejak sekolah rendah lagi kita orang dah bersama... Dan bila dia tiba-tiba pergi... Aku tak dapat terima pemergian dia... "

Greyson di situ hanya diam memandang Chester. Selama ini memang Chester nampak ceria dan paling goofy dalam kumpulan mereka.  Tetapi tiada siapa tahu disebalik senyuman ceria di bibir lelaki itu tersembunyinya satu kesedihan.

          Greyson pun menepuk tepi lengan Chester memberi semangat. "Aku tahu... Aku faham perasaan kau... " katanya semasa mengerling ke tiga hantu yang sentiasa mendampinginya  ditepi kanan meja. Tiga wajah yang dia sendiri tidak dapat lupakan sampai bila-bila.

            Chester tundukkan kepalanya ke bawah dan menangis dengan senyap. "Aku harap aku dapat bercakap dengan dia buat seketika... Aku nak tanya dia kenapa dia tinggalkan aku macam tu je... Aku nak sangat... "bisiknya dengan sedih.

Gryeson menarik tangannya dari lengan Chester lantas memandang Hantu Chelsea dengan kening berkerut. Otak geliganya mula beraksi.

Bercakap?

Hmm!

        "Kalau kau dapat bercakap dengan dia... Adakah kau akan relakan pemergian dia?"tanya Greyson tak lama selepas idea tercentus dalam mindanya. Matanya masih terarah pada wajah pucat kebiruan Chelsea.

Kepala Chester terangkat. Dia pandang Greyson dengan kening terangkat tinggi dan mata kemerahan.

          "Apa maksud kau?"soalnya.

          Greyson menatap wajah Chester dengan kening mencerlung serius. Mungkin dengan cara ni dia boleh buatkan Chester lepaskan Chelsea dan biarkan roh gadis ini tenang.

Dia ada calon yang sesuai untuk tugas ni!

Heh!

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now