Bab : 8

758 91 5
                                    

Mata dia memandang kosong orang yang berlegar-legar di sekitar ruangan itu.  Dari yang seronok bergelak ketawa hingga la terkinja-kinja menari seperti monyet.

Tapi sedikit pun tidak menarik perhatian dia. Tiba-tiba pula dia berharap dia boleh nampak hantu waktu sebegini. Tak adalah dia bosan sangat.

       "Senior Greyson...boleh saya tahu nama snapchat.. Boleh la saya add nanti.. " tanya perempuan di depannya dengan manja.

       "Aku tak guna snapchat."beritahu Greyson dengan mendatar.Pandangan matanya terarah pada pelajar-pelajar kolej yang lalu lintas depannya ketika itu. Sikit pun tidak memandang perempuan di depannya.

       "Kalau macam tu nombor phone pun boleh... "minta perempuan itu lagi.

Greyson berniat hendak menolak perempuan itu ketepi,  tetapi pada masa dia hendak berbuat begitu,  perhatian dia tertala pada laluan masuk ruangan itu. Tanpa pandang buat kali kedua dia serta merta yakin yang dia tidak salah tengok.

Terus berkerut kening dibuatnya.

       "Sorry.... I got to go! " kata Greyson pada perempuan di depannya itu lalu gerak mendapatkan gadis yang sedang berjalan masuk ke situ mencelah orang yang memenuhi tempat tersebut.

Namun sebelum Greyson sempat tiba,  seorang lelaki terlebih dahulu berdiri melangit di depan gadis yang dilihat Greyson tadi. Serta merta alarm naik memberi amaran kepada Greyson supaya lekas.

Memang tak la dia nak biarkan macam tu je!

       "Norah! "panggil Greyson dengan lantang.

Tersentak lelaki tu lepas dengar suara garang Greyson di belakangnya ketika itu.

Norah pun ikut terkejut. Dia pandang kejung ke Greyson bila lelaki itu mendekatinya dan berdiri menghadang depan dia.

        "Hei! Apa ni! "marah lelaki itu bila Greyson berani-berani nak sailang dia punya target.

Kepala Greyson berpaling laju ke lelaki lampai yang cuba-cuba dekati Norah.

         "F*ck off Jason..."ngaum Greyson yang menujah dada lelaki itu supaya berundur. "Orang lain kau boleh sentuh...  Bukan dia. Nampak kau dekati dia lagi... Jari kau, aku patahkan! "pesannya sambil beri jari satu di depan muka itu.

Norah pandang tepi muka Greyson semasa lelaki itu marah. Dia agak terpempan dengan reaksi yang diberikan oleh lelaki misteri di depannya. Suka hati je nak menengking orang!

          "Dah kenapa ni?  Tiba-tiba nak marahkan orang..."Norah tolak Greyson ke tepi. Perangai tu kurang ajar sangat kenapa!

          "Kau diam!" bentak Greyson kepada Norah pula. Dia pandang dengan kening mencerlung tajam.

Terkatup terus mulut Norah. Keningnya ikut berkerut. Amboi! Berani betul meninggikan suara dekat dia ya! 

         "Awak tu yang diam! Nak menengking orang tu dah kenapa? Memangnya masalah apa yang dia buat dekat awak...!"lawan Norah.

Greyson tidak membalas. Malah dia capai lengan Norah dan tarik gadis itu untuk keluar dari situ.

        "Lepaslah! "gelut Norah serta merta yang enggan ikut Greyson. Nanti Naylie dan Sana cari dia macam mana.

Jason masuk campur. Dia berdiri di antara Norah dan Greyson untuk leraikan dua orang itu.  "Kau tak dengar ke dia kata lepas! " pergelangan tangan Greyson di cengkam kuat.

Hal itu mengundang kemarahan Greyson. Dia berpaling dan pandang Jason.

         "Sebelum penumbuk aku hinggap dekat muka kau tu... Better kau jangan menyibuk... Kau sure ke nak cari pasal dengan aku!?"ujarnya berbaur ugutan.

Buat seketika Jason balas renungan maut Greyson. Tapi tak lama. Dia terpaksa juga mengalah sebab Jason tahu yang Greyson bukan lawan dia. Mahu tak mahu dia pun turunkan tangannya dari pergelangan Greyson dan berundur.

         Greyson berdengus mengejek. Berasa puas kerana Jason mahu mengalah. Nak lawan dia konon!
"Kau... Ikut aku! "tegasnya ke Norah pula.

Berasa dumbfounded dengan keadaan itu,  Norah ikut langkah Greyson sehingga la mereka keluar dari rumah fraternity itu.

Setiba saja di depab sebuah kereta,  Greyson buka pintu seat sebelah pemandu dan arahkan Norah supaya masuk.

       "Ada apa ni? Kenapa dengan awak ni?" tanya Norah masih berdiri di depan pintu kereta yang terbuka itu. Kebingungan sendiri dengan situasi itu.

Greyson mencekak pinggang sebelah tangan sewaktu memandang marah ke Norah.  Ditanya lagi!

      "Masuk dalam kereta sekarang." arahnya.

Norah menyilang tangan ke dada. Wajahnya bercemberut tak puas hati.

      "No! Saya tak nak naik kenderaan dengan lelaki yang tidak dikenali! " protes Norah sewaktu memandang Greyson.

Orang tak dikenali! Orang tak dikenal! Hanya itu saja perkataan yang lepas dari mulut tu. Makin merinding jengkel dia di buatnya!

       "Boleh tak berhenti cakap macam kita tak pernah kenal langsung!?" marah Greyson. Dia benar-benar sudah hilang kesabaran.  Dia hairan kenapa Norah sikit pun tidak dapat mengecam dirinya.

Three f*cking years!

Tiga tahun dia luangkan masanya seperti orang gila bercakap dengan roh Norah! Tapi gadis di depannya ini sekali pun tidak ingat!?

Mata Norah berkedip bila dibentak sampai begitu sekali.

        "Dah memang saya tak kenal awak ni siapa nak buat macam mana!  Yang awak ni cakap macam kita ni sudah lama berkenalan kenapa! " bentak dia pula. Alah-alah suka hati nak marahkan dia kenapa pulak! "Awak kenal saya ke!?FYI.... Ini first time saya jumpa awak... Jadi berhenti ganggu saya!"tempelak dia.

Terkesan dengan kata-kata itu,  Greyson pandang terkilan. Keningnya berkerut kecewa. Mungkin dia salah orang! Mungkin roh sesat yang bersama dengannya bukan Norah!

Renggusan kasar lepas dari Greyson. Stress dia kalau lama-lama macam ni. Rambut yang jatuh menutupi dahinya dikuak ke belakang. 

         "Kalau aku cakap... Kau nak ke percayakan aku? "tanya Greyson dengan nada letih. Dia sesak lama-lama macam ni. Rasa rindu dan semua perasaan yang dia tanggung sendirian sejak setahun ni sudah membuak-buak. Dan semakin parah apabila melihat wajah Norah!

Norah buat muka. Dia pandang tak faham.  Agaknya cerita tentang Greyson ni gila betul mungkin!  Lelaki ni dah hilang akal!

         "Saya tak nak dengar apa-apa dari awak. Malah saya tak nak peduli siapa awak. Jadi berhenti ganggu saya?!"tekan Norah sebelum berpaling hendak masuk ke dalam semula.

Greyson mengangkat matanya memandang Norah. Giginya terketap kuat menahan sabar. Nafasnya naik turun kerana hampor hilang kawalan di situ.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now