Bab : 3

931 114 6
                                    

       "Okay class...listen up!"laung Madam Sophie tidak semena. "Beri perhatian kamu sebentar."

Greyson menguap seluasnya sebelum sandarkan badan ke kerusi dengan tangan di seluk ke dalam poket hoodienya. Dia talakan pandangannya ke depan kelas sebelum melihat gadis di sebelah podium selepas mendengar makluman itu.

      "Wow...siapa tu?"seru Chester dengan perlahan tetapi kedengaran teruja.

      "Cute..."

      "Student baru agaknya?Tak pernah nampak pun.."

Lain dari mereka semua di situ yang kelihatan ingin tahu dan teruja, elok Greyson bersandar dia terus duduk tegak apabila mengecam wajah gadis yang berada di sebelah Madam Sophie. Nafasnya tertahan di dalam kerongkong dan dadanya mula bersesak. Dia tergamam dengan apa yamg dilihat.

        "Impossible..."gumam Greyson dengan perlahan

       "Hari ini kamu akan menerima sahabat baru yang akan menyertai kelas kita. Jadi kenalkan...ini adalah Norah Grace...rakan baru kamu." ujar Madam Sophie kepada mereka semua di situ.

Mulut Greyson terbuka sedikit semasa melihat gadis yang wajahnya saling tidak ubah seperti hantu perempuan yang pernah dia temui 4 tahun yang lalu. Bezanya rambut gadis itu tidak lagi panjang. Namun dari mata, hidung, bibir dan segalanya semuanya tetap sama. Malah kelihatan lebih dewasa dari kali terakhir dia pernah nampak.

        "Single ke?"tanya seorang dari pelajar di situ tiba-tiba.

         Norah dengan senang hati menjawab. "Single tapi awak bukan taste saya..." selorohnya.

        "Woah!"sorak mereka sambil pukul permukaan meja.

         "Sudah...cukup jangan nak melebih." tegur Madam Sophie bila keadaan kelas mula riuh. "Norah ambil tempat kamu...kita akan mulakan kelas." arahnya yang kembali memegang buku teksnya dan gerak ke skrin projector di depan papan hitam.

Norah pun patuh, Dia dekati lorong barisan meja yang ada di situ lantas ambil tempat di kerusi yang kosong sebelum selesakan diri. Dia kini berada dekat barisan depan lorong meja dimana Greyson dan Chester turut berada.

Dan sepanjang masa itu juga la mata Greyson terarah pada Norah. Bukan sebab dia terpaku pada kecantikan rupa paras Norah, tetapi sebaliknya.

Perhatian Gryeson terarah pada dua susuk tubuh lelaki dan perempuan yang sedang berdamping kanan dan kiri gadis itu. Seorang lelaki dan perempuan. Dua-duanya kelihatan biru dan pandangan mata mereka hitam.

Semua orang dalam kelas termasuk la Norah tidak nampak akan hantu tersebut. Mereka semua kelihatan bersahaja.

Mungkin perasan ada yang sedang memerhati, dua hantu itu palingkan kepala dengan serentak. Lantas mereka bertentang mata dengan Greyson.

Berdesup laju darah Greyson lepas nampak akan kelibat hantu itu. Bulu romanya tegak meremang hingga memulas perut dia mahu terkucil. Jadi seram tiba-tiba. Boleh pulak mereka perasan! Hebat hantu ni!

Greyson menelan air liur dengan senyap. Dia tidak alihkan mata dari Norah. Semua itu tidak dapat buatkan dia lupa akan kenangannya bersama hantu perempuan yang pernah luangkan masa bersama dengan dia selama tiga tahunnya. Melihat wajah Norah buatkan dia terimbau kembali semua memori itu. Adakah roh sesat itu adalah Norah?

       "Hei!Kau okay?"sergah Chester sambil menyiku tepi lengan Greyson. Kepalanya muncul di tepi bahu sepupunya. "Kenapa?Kau minat dekat budak baru tu ke?"tanya dia dengan sengih meleret nakalnya. Jarang dia tengok sepupunya ini pandang mana-mana perempuan dengan lama.

Greyson tersentak, dia palingkan kepala ke sepupunya. Hampir mahu mencarut di situ kerana terkejut. Tahu tak dia sedang ketakutan sekarang ni!Boleh pulak sergah dia macam tu. Naik jugak siku dia kejap lagi ni kang dekat muka tu!

"Boleh tahan jugak budak baru tu..." sengih Chester dengan minat sewaktu lirik akan tepi muka Norah yang sedang tunduk mencatat dan memandang ke depan silih ganti.

Mengesan sesuatu tidak kena dari sepupunya, Greyson tolak muka itu jauh dari dia dan duduk tegak memandang ke depan hendak beri tumpuan. Sedaya upaya cuba untuk alihkan perhatian dari terus memandang dua hantu yang berdiri berdekatan dengan Norah.

       "Jemah la kau ni... Pandang depan tu je la."gerutu Greyson dengan kening berkerut.

        "Haish!Kau tak nak bagi aku.." Chester topang rahang dengan tapak tangan kanan di atas meja itu dan kembali memandang Norah. Fanboying gadis itu.

Greyson menelan air liur gemuruhnya. Tidak kira sekuat mana hati dia menjerit supaya jangan pandang, tapi otaknya beri arahan sebaliknya.

Tidak sampai beberapa saat Greyson pandang ke depan, matanya gerak mengerling ke kanan semula. Dia tertarik hendak memandang Norah, tapi dua kelibat hantu di situ buatkan dia kecut perut!

Mungkin perasan dirinya sedang di perhatikan, Norah ahirnya berpaling, Lantas dia ternampak akan Greyson dan Chester sedang memandang ke arahnya.

Bila Chester nampak Norah pandang ke arah mereka berdua, dia beri sengih goofy kepada Norah dan melambai kecil dengan jari jemari.

Tetapi perhatian Norah lebih terarah pada Greyson. Dia bertentang mata sekejap dengan mata dingin milik Greyson. Terperangkap sendiri melalui tenungan tersebut. Entah kenapa dia rasa tertarik!?

Greyson kedipkan mata beberapa kali dengan perlahan apabila dia perlahan-lahan yakin yang Norah adalah hantu perempuan sama yang dia pernah temui beberapa tahun yang lalu.

Dia yakin sebab dia kenal dengan renungan mata itu. Mentah-mentah dia percaya hantu perempuan yang di gelar sebagai Si Senget ini telah mati rupanya masih hidup.

Teragak-agak, Greyson pandang ke depan semula. Jari-jemari dikepal erat. Rahangnya terketap kuat. Sedaya upaya hendak kawal emosi dan dirinya dari berkelakuan seperti orang gila di situ.

Sambil buat muka pelik, Norah palingkan kepala dan pandang semula ke depan apabila Greyson tidak memandang dia lagi.








Ahahaha... Tgh2 syok menaip nak curahkan idea boleh pulak Laptopnya shutdown...tak dapat la nak menaip lagi atas keyboard. Sabor je la..~_~

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now