Bab : 43

593 78 1
                                    

Pagi Ahad Greyson menerima panggilan dari ibunya yang mengarahkan dia untuk bertemu dengan mereka di rumah. Jadi mahu tak mahu Greyson tak dapat menetap lama di situ satu hari minggu tersebut.

Lepas terima saja panggilan itu, dia terus minta diri pada maksu Norah. Orang yang paling awal bangun waktu itu.memandangkan semua orang masih tertidur termasuk Norah sendiri. Sebelum dia pergi sempat lagi berikan kucupan selamat tinggal kepada Norah. Setelah itu dia bertolak.

Disebabkan Greyson memandu sendiri untuk ke bandar dimana rumah banglo ibubapanya berada, dua jam kemudian dia pun tiba di kediaman mewah pasangan business itu. Masuk saja dia ke dalam rumah tersebut, seperti biasa dirinya akan di sambut dengan butler bertugas sebelum diiring ke arah ruang tamu.

Kalau bukan kerana mengenangkan ibu dia pesan pertemuan mereka itu urgent, lama sudah dia menolak akan permintaan ini untuk temani Norah.

Pintu gerbang ruang tamu itu di tolak ke dalam dengan butler semasa Greyson berdiri di situ.

         "Tuan...tuan muda Blake berada di sini."maklum butler itu.

Pada masa dia mendengar makluman itu, Greyson sudahpun melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu. Namun baru sahaja beberapa kaki dia melangkah, Greyson berdiri kaku di situ setelah melihat siapa yang sedang duduk di situ.

         "Ohh..dah sampai pun anak bertuah ni."sambut ibu Greyson yang berdiri dari sofa itu lalu jalan mendapatkan anak lelakinya.

Mata Greyson terarah kejung ke Sana dan ibubapa gadis itu sebelum memandang wajah ayahnya pula. Something fishy here. Dia boleh rasakan sesuatu tak baik bakal dia dengar sebentar lagi.

          "Sini duduk...."ajak ibu Greyson yang waktu itu pimpin Greyson ke sofa berdekatan dan dudukkan anaknya di situ sebelum dia yang settlekan dirinya di sebelah suaminya pula. "Blake..kamu ingat lagi Sana? Anak uncle Jeremiah?"ajunya.

Sana dekat sebelah ibunya tidak berani bertentang mata dengan Greyson.Dia sendiri tidak menyangka yang ibunya perdayakan dia dengan alasan family dinner. Sekali tu...ke rumah Greyson pula yang di bawanya. Malu betul!

          "Apa khabar Blake?"tanya ayah Sana.

Greyson yang masih dumbstruck dengan kehadiran keluarga Sana hampir mahu meledak marah. Apa yang Sana fikir cuba lakukan? Bukan ke hari tu dia dah beritahu jelas-jelas!?

           "Baik...tuan pula bagaimana?" dia berbasa basi. Ingin menjaga air muka ibu dan ayahnya.

          "Tak perlu bertuan bagai, panggil saja Uncle Jeremy. Kita bukannya baru jumpa."selorohnya.

Ayah Greyson tersengih senang melihat kawannya amat meminati anaknya. 

          "Memandangkan semua sudah berada di sini...apa kata kalau kita lanjutkan perbincangan Utama kita pada hari ini?" soalnya kepada Ayah Sana.

Bila Greyson dan Sana dengar akan makluman itu masing-masing angkat kepala memandang Ayah Greyson dengan mata terkejut.

          "Betul tu..."sampuk Ibu Sana pula. "Kami sungguh gembira di atas lamaran yang tuan ajukan kepada anak perempuan kami...ianya suatu kehormatan buat kami kerana dapat berbesan dengan keluarga tuan.."

What the f*ck!

Greyson dan Sana saling membuat muka terpempan sewaktu bertentang mata. Mulut mereka terbuka sedikit kerana begitu tergamam mendengar hal tersebut. Mereka sama sekali tidak menjangka hal itu.

        "Hahah.... Bukan apa sangat pun..patutnya kami yang berterima kasih kerana pihak puan sudi menerima lamaran kami buat anak perempuan anda.."tambah Ibu Greyson dengan begitu teruja sekali.

             Ayah Greyson mengangguk kepala menyetujui kata-kata isterinya. "Betul tu...lagipun kita sudah lama berkenalan dan telah bersahabat baik serta menjadi rakan kongsi yang lama. Untuk mengekal hubungan baik ini tiada salahnya kalau kita satukan anak-anak masing...tak begitu."

Oleh kerana tidak mahu bersikap kurang ajar di depan orang tuanya, Greyson tundukkan matanya ke lantai dengan gigi terketap erat dan menggenggam erat jari jemarinya yang ada di atas lutut kaki. Secara sembunyi dia bersunguh cuba untuk mengawal pernafasannya. Enggan naik angin di situ.

         "Seeloknya kita tunangkan mereka berdua dulu...selepas tamat saja peperiksaan akhir semester mereka, majlis perkahwinan pula diadakan...takut nanti lepas habis belajar mereka mahu sambung belajar secara berasingan...kalau kahwin kan boleh menetap di tempat sama dan university yang sama." tambah ayah Sana pula.

Greyson angkat kepalanya. Cuba hendak suarakan pendapatnya. Hal ini tidak masuk akal buat dia! Mana mungkin la dia nak terima lamaran seawal usia seperti ini.

          "Ibu...ayah...tak rasa ke semua ni macam cepat sangat?Kami berdua masih banyak hal lagi yang hendak di lakukan?"soalnya dengan berhemat.

           Ibu Greyson ketawa. "Jangan risau...ianya tidak akan menganggu masa kamu berdua."

          "Betul tu...kamu kahwin saja la..kemudian boleh lakukan semua hal itu berdua...kan?" tambah Ibu Sana pula.

Sana yang berada di sisi ibunya sudah panas punggung. Keningnya berkerut susah hati. Lepas ni Greyson pasti akan salahkan diri dia. Lelaki itu pasti akan fikir dia yang rancang semua ni! Haish!Matanya di pejam rapat semasa tunduk memandang tangannya di riba. Kenapa boleh

            "Sana setuju ke?"tanya Greyson lagi yang masih tidak berpuas hati dengan pengaturan mendadak ibubapanya!Kenapa mereka buat dia macam ni!Kenapa mereka tak tanya dia terlebih dahulu sebelum melamar Sana!Tahu tak dia dah ada pilihan hati sendiri?

            "Sudah tentu la Sana setuju...right honey?"tanya Ayah Sana semasa palingkan kepala memandang anaknya.

Serentak itu, Greyson pandang Sana semasa gadis itu angkat kepala memandang orang tuanya di situ. Mata gadis itu kemudiannya terarah kepadanya sesaat kemudian. Mahu saja dia menggeleng tapi mengenangkan betapa strictnya ibubapa dia, Sana terpaksa juga mengangguk kepala dengan senyuman terpaksa di bibirnya.

Bersandar tak percaya Greyson selepas itu. Pandangan marahnya terarah pada gadis itu.

           "Bagus la kalau begitu..."angguk Ayah Greyson semasa memandang ayah Sana dengan perasaan senang.

Sementara dua anak di situ buat muka kelat masing-masing. Tertanya sendiri bagaimana .mereka hendak larikan diri dari aturan keluarga mereka ini!



















P/s sorry buddie.  Hari ni tiga bab je eh... Hahaha.. Nak sambung Sweet Home..Dah tengok belum? Kalau belum jom tengok sesama...

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now