Bab : 35

597 86 0
                                    

Keadaan majlis anniversary itu begitu meriah dan sangat mewah. Dimana-mana boleh di lihat para tetamu dari golongan berada dan orang berpengaruh. Tua mahupun muda semuanya Nampak gah dan indah kerana busana branded yang dikenakan oleh setiap seorang di situ.

Dibalik ke sibukan orang di situ, dapat dilihat ibubapa Chester sedang berborak ketawa dengan rakan di sekeliling. Sementara di depan fountain coklat di meja buffet, Chester yang segak mengenakan pakaian casual hanya berdiri di situ menikmati dessert yang terhidang di situ tanpa mempedulikan para gadis dari anak kepada rakan kongsi dan kenalan bangsawan keluarga yang cuba menguratnya.

Dia langsung tidak kelihatan hendak ambik kisah apa sahaja yang sedang berlaku sekelilingnya. Dia berada di sini pun oleh kerana desakan ibubapanya untuyk kenalkan dia Bersama dengan gadis-gadis dari kawan ibubapanya yang mana dia tidak berminat pun. Hatinya masih belum terbuka untuk menerima sesiapa.

        "Chester..."tidak semena satu tepukan hinggap di bahu dari arah belakang.

Hampir hendak terlepas pegang akan pinggan kecil yang di atas tapak tangannya. Chester palingkan kepala. Menoleh ke balik bahunya untuk lihat siapakah orang yang menganggu waktu makannya ini.

          Pandang saja dia ke belakang, mata Chester terarah pada gadis berambut pendek di sebelah sepupunya. "Greyson..."sapanya kepada abang sepupunya selepas perasan akan lelaki itu berdiri di sebelah Norah. "Kau dah datang"senyumannya dengan mulut penuh dengan makanan.

Bila Norah perasan akan hantu di sebelah Chester, dia Nampak akan hantu gadis itu memandang sedih ke Chester. Seakan sedang berduka dan susah hati.

          "Hei...boleh kita cakap secara private...dekat bilik kau ke?"tanya Greyson memberi isyarat pada Chester.

Kening Chester berkerut. Dia lirik akan Norah lalu ke Greyson silih ganti.

         "Adakah semua ni mengenai hal yang kau cakapkan dekat aku siang tadi?"tanya dia yang mengesan ada sesuatu tak kena sedang berlaku.

           "Ha'ah"angguk Greyson."Norah boleh bantu kau..."ajunya.

          Kening Chester berkerut sedikit. Dia lirik akan wajah sugul Norah. "Dia setuju dalam hal ni?Kau tahu...aku okay je..kau tak payah nak susahkan diri dengan libatkan orang lain dengan masalah aku?"ujarnya.

Bila Norah dengar kata-kata Chester, dia tersenyum sendiri. Well..nampaknya dekat sini seseorang ada kesedaran yang logic dan bertimbang rasa. Tak macam lelaki di sebelahnya ini.

        "Jangan risau...Norah dah bersetuju dengan hal tu..."

         Dengan pantas, kepala Norah berpaling ke Greyson. Dia buat muka 'WTF' lepas dengar. Bila masanya dia setuju. Greyson sendiri yang desak dia.Dia tak pernah setuju pun! geram betul. "Awak yang paksakan..?" bisiknya dengan perlahan.

         "Tapi aku-"

         "Tak ada tapi-tapinya...kita uruskan hal ni secepat mungkin supaya kau takkan susah hati"Greyson Tarik lengan Chester keluar dari kesibukan tempat itu. "Ikut aku Norah.."mintanya sambil tu.

Mahu tak mahu, Norah ikutkan saja permintaan itu. Mereka bertiga berjalan naik ke tingkat atas kediaman mansion tersebut sebelum masuk ke dalam sebuah bilik tidur. Sesampai saja di dalam bilik itu, Norah di terpa perasaan meremang yang kuat dan tidak sedap. Rupa-rupanya dalam bilik itu penuh dengan bingkai gambar dan memori milik hantu gadis yang mendampingi Chester. Sambil membuat muka tidak selesa, dia berhenti dekat tengah ruangan itu sambil menggosok tepi lengannya.

          Kening Greyson mencerlung tajam. "Kau tengok semua ni...normal ke?Abdikan diri pada orang yang sudah tiada lagi tu boleh tapi kalau obses seperti ni boleh gila kau tahu?"bebelnya semasa tunjuk bilik itu saling tidak ubah seperti bilik pameran Chelsea.Segalanya yang mengingatkan Chelsea ada di situ. Malah bingkai gambar di letak atas almari sambil dinyalakan lilin depan bingkai itu. Bunga segar tersusun rapi di sekeliling bingkai itu.

Baru la Norah tahu kenapa Greyson terdesak sangat mahukan dia untuk lakukan hal ni. Dia tak sangka yang Chester ada kecenderungan seperti ini. Dia fikirkan Chester lelaki normal seusia dengannya. lantas dia kerling ke hantu gadis di sebelah Chester. Pasti rohnya terseksa kerana Chester halang rohnya untuk ke alam sebelah sana.

         "Ini urusan aku...kau tak payah sibuk.."deram Chester sambil mengepal penumbuk menahan sabar. "Kenapa sekarang kau sibuk nak tolong aku"

          "Sebab kau family aku la aku buat semua ni...kau dengan aku dah lama bersama...malah aku anggap kau macam adik aku sendiri bukan sekadar kawan semata...aku tak sanggup tengok kau bergelumang dengan semua ni...lagipun kau buat semua ni bukan boleh bantu Chelsea hidup semula...tapi sebaliknya kau seksa dia..dan sekarang...aku bagi kau peluang..untuk bercakap dengan dia..." luahnya dengan tegas. Sebolehnya dia tidak mahu marah, tapi ada masa tahap kesabaran dia melepasi ketakat didih.

Norah pandang Greyson dengan renungan tersentuh. Lelaki di depannya ini adalah seseorang yang tidak boleh di jangka betul la!Ada masanya menyakitkan hati tapi ada masa dia kagum sendiri. Sebolehnya Greyson mahu lakukan yang terbaik untuk semua orang, tidak kira hidup atau mati. lelaki ini tidak berkira.

Makin susah la dia nak lepaskan Greyson. Kalau ini dapat bantu Chester dan hilangkan tabiat lelaki ini memuja orang yang dah mati, dia sanggup lakukannya.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now