Bab : 16

724 90 1
                                    

        "Morning Norah!"sapa Naylie yang mengambil tempat di kerusi berhadapan mejanya.

       "Hey Naylie... Morning."balas Norah yang tersentak dari fokusnya sewaktu melukis sesuatu pada drawing booknya.

Sana yang ternampak akan lukisan itu terus tarik buku tersebut dari bawah tangan Norah.

         "Wah... Apa ni? Cantiknya... Kau lukis semua ni? " soal Sana semasa tunduk menyelak helaian muka surat drawing book tersebut.

           Senyuman nipis terukir di bibir Norah. Dia topang bawah dagunya dengan belakang tangan. "Ha'ah... Tapi tak adalah cantik mana... Biasa-biasa je tu... "

           Sana beri eyensided ke Norah sambil membuat muka. "Yalah tu... Nak low profile konon... Kau berbakat apa. Sekurang-kurangnya lukisan kau adalah rupanya... "selorohnya sambil meletakkan semula buku itu di atas  meja Norah.

Buku tersebut di pegang Norah sewaktu dia memerhati Sana mengambil tempat di sebelah Naylie. Dua orang sentiasa kelihatan bersama.  Iri dia kerana mempunyai kawan untuk bersama dengan.

Sejak 4 tahun yang lalu selepas kemalangan yang menimpa dirinya,  paksu dan maksunya telah bawa dia berpindah dari tempat asalnya. Dari situ la dia terputus hubungan dengan kawan-kawan satu sekolahnya.

            "So? Apa cerita kau hujung minggu semalam?Kita orang datang nak ajak lepak sama tapi bilik kau tak ada orang pulak.. "tanya Naylie sambil betulkan gincu di bibirnya melalui skron telefon.

            "Aku balik rumah paksu dengan maksu aku... Baru semalam sampai sini. Korang?"jawab Norah.

             Dengan bangga Sana selak rambut panjangnya ke belakang bahu.  "Well... Aku berjemur dekat pantai bersama dengan Naylie....and kau tahu kita orang jumpa siapa?"

            Kening Norah terangkat sebelah. "Siapa? "

            "Jason,  pemain pasukan hoki ais.. Mamat hot.. " sengih Naylie. "Dia ngurat Sana... "

Bila Norah terdengar nama itu, fikirannya terimbas akan kejadian yang berlaku di parti tempoh hari. Adalah Jason yang dimaksudkan  Naylie dan Sana adalah orang yang sama Greyson hampir kerjakan.

            "Apa kau cakap dengan dia? " tanya Norah memandang Sana.

            Sana tersenyum bangga. "Aku beritahu dia yang aku tak berminat sebab fokus aku sekarang dekat seseorang... "katanya.

             Naylie tolak tepi bahu Sana. "Alah kau... Orang dah suka malah di tolak.. Yang nak dikejarnya orang yang tak suka kau jugak..."

Sana tepis tangan Naylie sambil muka tak puas hati.

Melihat keakraban mereka itu buatkan Norah ikut tersenyum senang.  Seronoknya jadi mereka ni!

            "Morning ladies... "satu suara menyapa dengan mesra kepada mereka.

Dengan serentak ketiga-tiga kepala itu berpaling.  Chester dan Greyson yang sememangnya sentiasa nampak gah dan segak itu berjalan masuk ke lorong meja sama dimana Norah berada.

             "Morning! "sapa Naylie dengan bersemangat.

             "Hai Greyson.. "Sana memberi.   lambaian kecil kepada crushnya itu.

Greyson balas dengan anggukan kecil tetapi tidak memandang Sana.

Sementara Norah perhatikan Greyson dengan kening berkerut. Dah tak apa-apa ke lelaki tu?

Tanpa berkata apa-apa Greyson kemudiannya duduk di sebelah kanan Norah sementara Chester di sebelah kanannya.  Setelah dia selesakan diri di situ barulah dia pandang Norah.

Norah tidak berkedip sewaktu termenung memandang Greyson. Cuba memproses akan kejadian yang berlaku semalam.  Semalam bukan main lagi, hari nampak macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak.

Tersengih Greyson apabila dia menyedari Norah meniliknya dengan lama seperti itu.  Tangannya di topang pada tepi kepala. Dia tak kisah pun kalau Norah nak pandang dia lama-lama macam ni.

Naylie dan Sana perasan akan tension yang terasa di antara Norah dan Greyson di situ. Berasa hairan  dengan keadaan itu,  Sana terlebih dahulu bersuara.

          "Saya dengar sesuatu terjadi pada awak semalam Greyson? Adakah semuanya baik-baik saja? " soal Sana yang mahu menarik perhatian lelaki itu.

           Greyson tidak mengalihkan pandangan matanya. Dia pandang akan Norah. "Nothing...hal kecil je.. Kan Norah? "balasnya sambil menjungkit keningnya kepada Norah.
"Dan aku rasa kau ada terambil sesuatu kepunyaan aku.."soalnya.

Sana lirik akan Norah dengan sedikit perasaan terkilan. Kenapa Norah yamg dapat attention Greyson. Gadis tu baru tiba di sini terus didekati Greyson! Dia ni hah!

          "Saya bukan terambil... Saya lupa mengenainya.. " getus Norah dengan jelingan tak puas hati.  "Salah awak saya jadi lupa... "dia pusing ke tepi lalu seluk beg sandangnya. Mengeluarkan telefon milik lelaki itu.

Greyson hanya tersenyum.

Sementara Chester sibukkan diri dengan telefonnya. Sama sekali tidak hiraukan apa yang berlaku disekelilingnya.

          Naylie menggeleng kepala dengan senyuman nipis di bibir. Dia tepuk peha Sana. "Nampaknya peluang kau melepas lagi la gayanya.." bisiknya sebelum pandang ke depan.

Sana yang dengar tidak alihkan mata dari Greyson. Hairan dia kenapa lelaki itu dengan mudah tersenyum kepada Norah tapi tidak dirinya. Bersama wajah kesalnya,  dia kembali memandang ke depan semula.

         "Nah... " serah Norah dengan marah akan telefon itu ke Greyson.

         "Terima kasih sayang..."ucap Greyson yang mengambil telefon tersebut dengan sengaja menyentuh tangan Norah sambil itu.

           Norah menjuling mata menyampah. "Nama saya Norah... Bukan 'sayang'. " tegasnya.

          "Okay Si Senget... "sakat Greyson lagi.

Berasa jengkel dengan gelaran yang di berikan kepadanya, Norah buat muka semasa memaling kepala ke Greyson.

        "Boleh tak berhenti panggil saya Si Senget...memangnya apa isu awak dengan  nama tu sejak hari tu? " Norah bercemberut tidak suka.

Greyson membelek telefonnya. Dia ingatkan bateri dah habis. Rupanya telah di cajkan dengan Norah. Sungguh bertimbang rasa gadis ni. 

         "Apa salahnya... Dulu kau suka aku panggil kau macam tu...malah siap marah lagi kalau aku tak panggil  macam tu. "balasnya dengan bersahaja.

Norah terdiam seketika. Dia pandang bingung ke Greyson. Kenongnya mencerlung.

           "Dulu? Kita pernah berjumpa ke?"tanya dia.

Masa itu la Greyson tersentak. Kepalanya terus tegak memandang ke depan. Sh*t! Menyedari yang dia telah terlepas cakap.

Perlahan-lahan Greyson palingkan kepala lantas memandang wajah bingung Norah dengan perasaan serba salah dan tidak tentu arah.

Apa dia nak cakap ni!?

Di saat Greyson mahu membuka mulut,  ketika itu la pensyarah berjalan masuk ke dalam dewan kuliah itu.  Buatkan Norah tersentak dari fokusnya.

Berasa lega kerana dia tidak perlu jawab soalan itu,dalam diam Greyson melepaskan nafas leganya.

Tetapi sangkaannya silap. Masa itu juga Norah sempat berbisik kepadanya.  "Jangan ingat saya lepaskan awak. Beritahu saya lepas kelas selesai nanti! "

Melompat terkejut Greyson dekat situ lepas bisikan itu menyapa tepi telinganya. Dia tidak memandang Norah. Hanya menelan air liur dengan muka 'f*ucked up'. 

Kenapalah boleh terlepas cakap pulak ni!

Greyson tepuk dahinya dengan keluhan kesal.





32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now