Bab : 13

697 92 1
                                    

Seperti kebiasaannya,  Chester yang sudah menjadi jam loceng untuk sepupunya gerak ke bilik dimana sepupunya duduk. Memikirkan pagi ahad mereka ada latihan ragbi dengan jurulatih Robert. Tidak mahu terlewat dia berniat mahu mengejutkan sepupunya.

Ketukan diberikan pada permukaan pintu beberapa kali sebelum Chester pulas tombol pintu.

         "Hey yo sleepyh-"leret Chester panjang bila dia nampak sepupunya sedang berdiri di tepi katil menghadap cermin.

Mulutnya ternganga sedikit kerana tergamam.

          "Woah...what the hell?hantu mana dah rasuk kau hari ni sampai boleh bangun sendiri ni? " tegur Chester semasa jalan mendekati lelaki yang segak mengenakan pakaian casual bukan sukan.

Greyson mengangkat kepala dari tunduk sewaktu membutang kancing seluar jeannya. Renungan gelapnya terarah pada pantulan di cermin.

             "Pakai smart bagai lagi tu? Nak keluar dating ke? " seloroh Chester sewaktu tilik dengan kagum akan penampilan Greyson. Memanglah boasanya Greyson selalu nampak kacak. Tapi pagi ni lain macam pulak.  Nampak seperti badboy nak cari pasal.

Greyson tidak mengatakan apa-apa.  Dia capai kunci kereta dan dompet yang ada di atas almari belajar dan diseluk ke dalam poket seluarnya. Lantas jaket leather warna coklat disarung ke badan atlitnya.

Apabila tegurannya sejak tadi tidak dihiraukan Chester berkerut kening. Dia buat muka funny semasa memerhatikan tingkah Greyson.

          "Hei... Aku cakap dengan kau ni? Dengar tak? "Chester pegang bahu Greyson. Cuba tarik perhatian sepupunya yang berkelakuan aneh itu.

Greyson palingkan muka ke tangan yang ada di bahunya. Dia jeling tangan itu sehingga la dia pandang ke muka bingung Chester.

Haih! Menyemak betul la manusia sorang ni! Tak nampak ke dia tak ada masa nak hadap semua ni!?

           "Ada apa kau cari aku? " tanya Greyson dengan dingin sambil turunkan tangan Chester dari bahunya.

           "Untuk apa lagi... Ajak training la. Kau lupa ke hari ni Coach Robert suruh kita buat rutin dua round.. "

Training?

Kening Greyson terangkat sebelah.

          "Kau tipu je la dia... Cakap aku sakit ke apa! " Memang tak dia nak pergi! Ada orang yang dia nak kerjakan sekarang ni!

Kerutan di kening Chester semakin banyak. Dia cuba bersuara tetapi tidak sempat apabila Greyson keluar dari situ begitu saja.

          "Lah... Angin apa pulak mamat ni?" sungut Chester sambil menggaru belakang kepala kerana gatal sewaktu perhatikan langkah Greyson dan pintu bilik itu tertutup.

Keluar saja dari bangunan dorm lelaki,  Greyson kenakan cermin mata ke wajah kacaknya sebelum tekan butang remote kereta. Bunyi 'pin'keluar dari  sebuah kereta mewah hitam tidak jauh dari tempat parkir itu.

           "Boleh tahan jugak budak ni,  anak orang kaya rupanya... "sengih dia dengan sendiri selepas menyedari tubuh yang dia rasuki ini adalah orang kaya.

Kalau duduk lama-lama dalam badan ni pun dia tak kisah!

Greyson masuk ke dalam kereta.Dekat lima minit kemudian baru la kereta itu di pandu keluar dari kawasan laman bangunan dorm itu.

Seronok punya seronok memandu sambil mendengar lagu dari radio,  Greyson pandang kanan dan kiri dengan sambil lewa tanpa melihat ke depan.

Dan bila dia tergerak hendak pandang ke depan satu hantu muncul di seat sebelah pemandu.

          "Greyson tengok depan!"jerit hantu perempuan itu dengan kuat.

Terkejut dan tersentak dengan hal itu,  kaki Greyson tekan brek dengan mengejut hingga buatkan dia terhumban ke depan stereng. Mujurla seatbelt di pakai.

           "What the f*ck!" marah Greyson semasa palingkan kepala ke seat sebelahnya lalu terpandang akan hantu perempuan bercermin mata dengan muka rosak sedang tunding jari ke depan jalan.

Sambil berkerut kening tak faham,  Greyson perlahan-lahan palingkan kepalanya ke arah depan. Hantu ni apahal!?

Di situ,  depan hood kereta berdirinya seorang gadis dengan muka ketakutannya. Mana tidaknya,  elok dia berjalan dengan berhemah di situ,  sebuah kereta hampir melanggarnya di situ sewaktu dia mahu melintas.

             Greyson cepat-cepat tanggalkan seatbeltnya dan turun dari kereta itu. "Woi! Buta ke!"tempik dia sambil jalan berarak mendekati gadis tersebut.

Terkedip-kedip mata gadis itu apabila dirinya di tempik.

          "Jalan tu pakai la mata... Kalau aku terlanggar tadi macam mana! Nak mati sangat ke!?" marah Greyson lagi.

Tiga hantu muncul di belakang Greyson pada masa yang sama. Mereka berdiri di situ dan memandang gadis di depan mereka dengan reaksi risau di wajah masing-masing.

          "Tolong dia.... Sesuatu merasuk Greyson... Ini bukan Greyson.. "

          "Hantu jahat ada dalam badan dia! "

          "Lakukan sesuatu.... Kami tak mampu halau hantu jahat ni... "

Minta tiga hantu di situ kepada gadis yang sedang memandang ke arah mereka ketika itu. Mereka tahu gadis ini nampak dan dengar mereka. Sama seperti  Greyson.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now