Bab : 55

1.1K 111 10
                                    

Kejadian tiga tahun lalu kembali menerpa kotak fikirannya. Peristiwa yang dia tidak dapat lupakan sehingga la sekarang.

Ya, Norah telah meninggal dunia tiga tahun lepas. Meninggal kerana sakit yang tiada sembuhnya. Dan kerana itu, dia telah pun menjadi seorang doktor pakar otak.

Dan kini dia di tahun akhir sebagai doktor residensi di sebuah hospital persendirian keluarganya. Dia tekad hendak bantu orang yang senasib dengan Norah supaya hidup mereka tidak berakhir seperti kekasih hatinya ini.

Sehingga sekarang dia masih belum lupakan pemergian Norah. Kerana itu la roh gadis ini masih muncul di sampingnya walaupun bukan kerana keinginannya. Hantu Norah muncul begitu sahaja dengan sendiri. Terutama sekali ketika dia sedang bersedih.

"Terima kasih sebab relakan saya pergi Greyson...kalau bukan kerana awak ikhlaskan pemergian saya, roh saya tidak mungkin dapat menemui awak dan berbual dengan awak sekarang ini..."kata Norah dengan bibir pucat tidak bernyawanya.

Mendengar bait-bait kata dari suara itu buatkan air mata kembali turun dengan deras dari mata Greyson. Tetapi dia hanya mendiamkan diri saja di situ. Dia berharap dia tidak akan dapat melihat Norah lagi sebenarnya. Dapat melihat Norah sama sekali tidak buat dia gembira malahan buat dia bersedih sepanjang masa.

"Norah...."panggil Greyson dengan lemah semangat. "Aku relakan kau pergi....jadi tenang la kau di sana." lafaz dia semasa perlahan-lahan palingkan kepala. "Kau tak perlu risaukan aku lagi sebab aku boleh jaga diri aku."beritahu dia dengan susah payah.

Tersenyum lega Norah selepas mendengarnya. "Tak apa ke kalau saya pergi? Hantu-hantu jahat tu takkan ganggu dan takutkan awak lagi?"

Greyson mengangguk kepala. "Ya. Tak apa."

"Bagusla kalau macam tu...boleh la saya pergi dengan tenang lepas ni buat selamanya." luah Norah dengan senyuman nipis di bibir.

.Masih dalam keadaan menangisnya, Greyson menarik senyuman manis kepada Norah."Terima kasih untuk semuanya. Mengenali kau adalah satu kenangan terindah buat aku"

"Saya pun begitu."

Sakit. Tapi dia kena terima kenyataan ini. Sejak pemergian Norah, sejak itu la dia telah relakan pemergian ahli keluarganya juga. Jadi selepas itu, kelibat roh mereka tidak lagi kelihatan dimana-mana sepanjang masa itu. Hanya roh Norah saja yang kadang kala munculkan diri. Dan kini dia ikhlaskan juga akan perpisahannya dengan Norah.

Sebab semasa Norah jalani saat-saat akhir selama setahun, selama itu dia sentiasa Bersama dengan Norah. Luangkan masa sebanyak mungkin dengan menjelajah sama ke serata tempat Bersama-sama.Lakukan semua hal yang ada di bucket list masing-masing. malah sempat lagi daftarkan nama mereka ke jabatan perdaftaran perkahwinan. Segalanya begitu indah walaupun sementara. Dan dia sikit pun tidak menyesal setelah itu. Kerana Norah hembuskan nafas terakhir di dalam pangkuan Greyson dan ditemani Sana serta Naylie dan keluarganya sendiri. Sambil tersenyum lagi tu semasa Norah meninggalkan mereka semua.

Selepas semuanya telah selesai, Naylie bawa diri
Bersama teman lelaki gadis itu Zach dan berkahwin. Sana pula sibuk uruskan syarikat keluarga gadis itu selepas bertunang dengan kekasih pilihan hatinya. Chester telah buat permohonan untuk menjadi jurulatih ragbi sekolah menengah tinggi.

Maksu Norah di lantik menjadi Lans Coperal sementara Paksu Norah berhenti kerana ingin luangkan masa bersama keluarga selepas dikurniakan seorang lagi anak perempuan dua tahun lepas. Ibubapa angkat Greyson pula kini telah pencen dari libatkan diri dari dunia bisnes dan hanya luangkan masa untuk melancong ke sana sini.

Semuanya berakhir dengan baik untuk semua orang.Buat Greyson dan Norah juga.

"Awak janji dengan saya yang awak akan jalani hidup awak dengan baik okay?"minta Norah yang perlahan-lahan malap seperti cahaya hilang sumber tenaganya.

Greyson yang lihat akan kejadian itu angkat tangannya lalu gerak mahu menyentuh tangan itu, tetapi gagal kerana dia hanya menyentuh Udara saja. "Aku janji.Aku akan jalani hidup aku sebaiknya tanpa penuh rasa penyesalan."lafaznya dengan nekad.

"Nice to meet you my friend with benefit...I'll always love you.." ucap Norah sebelum lenyap di Udara sepenuhnya tanpa jejak.

Buat seketika Greyson pandang akan tempat dimana Norah berada tadi sebelum tersenyum sedih.

"Nice to meet you too...my love.." balasnya tidak lama kemudian.

~TAMAT~

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now