"Betul kata Greyson...kalau betul awak sayangkan Chelsea...relakan pemergian dia.."beritahu Norah semasa gerak menghadap Chester. Matanya terarah pada hantu gadis di sebelah Chester dengan perasaan sebak. Dia tak tahu apa yang menyebabkan gadis secantik ini mati, tapi sesuatu beritahu dia, hantu ini ingin bebas. Tapi ia tidak dapat berbuat begitu sekiranya Chester menghalangnya.
Mata kemerahan Chester naik memandang Norah. Keningnya berkerut.
"Aku sayangkan dia...aku tak sanggup lepaskan dia pergi.."beritahu Chester dengan sebak.
Greyson lepaskan dengusan kasar.Berasa tak percaya dengan kata-kata itu.Ya..sayang seksa Chelsea sehingga sekarang. Sayang la tu!
"Sudah Norah...better kau bagi izin dekat dia untuk masuk ke badan kau..."arahnya yang tidak mahu tonton kegilaan Chester lama-lama.
"Apa kau merepekkan ni!"marah Chester yang tak tahan dengan semua benda yang Greyson asyik sibuk katakan tadi. Apa rasuk apa?Ingat ini apa?exorcism ke?
Norah pun hadapkan mukanya ke hantu tersebut. Dia beri senyuman nipis memberi anggukan kecil memberi izin kepada hantu itu untuk masuk ke badannya.Greyson perhatikan dengan awas apabila hantu Chelsea perlahan-lahan gerak mendekati Norah. Dan bila kelihat roh itu meresap ke badan Norah, dia menahan nafas takut. Jangan diapa-apakan sudah badan tu oleh hantu tu.
Kepala Norah tersengguk ke bawah buat seketika sebelum ia bergerak-gerak tegak semula ke depan. Seperti orang baru temui sesuatu yang mengagumkan, Norah angkat kedua-dua tangannya lalu di gengam lepas jari jemarinya. Dia pandang pergerakkan jari jemari itu dengan senyuman sebelum sentuh mukanya sendiri.
"Chelsea..."panggil Greyson dengan teragak-agak.
Tersentak mendengar namanya di panggil, kepala Norah laju menoleh ke Greyson. Dia pandang dengan renungan dingin dan bingungnya sebelum tersenyum nipis. Sudah lama dia tidak dapat dengar apa-apa selain perhatikan Chester. Tak sangka dia dapat dengar namanya disebut semula.
Chester ikut memalingkan kepala bila Greyson panggil Norah begitu. Keningnya berkerut bingung. "Siapa yang kau panggilkan tu?" soalnya.
Greyson tidak hiraukan Chester.Dia pandang Norah dengan serius. "Kau nak pergi dari sini dan bebas dari semua ni tak?"tanya dia.
Norah mencebik sedih dan mengangguk kepala.Tangannya di bawa naik ke depan dada sambil di pegang lembut.Dia nak pergi. Rohnya terseksa duduk lama di dunia manusia ini.
"Kalau macam tu...jelaskan pada Chester kenapa kau pilih untuk bunuh diri sebelum sempat mengatakan apa-apa kepada dia..." arah Greyson lagi.
Mulut Chester tercengang. Dia pandang Greyson dan Norah silih ganti. Agak tergamam sendiri dengan situasi yang berlaku di depan matanya. Dengan siapa Greyson bercakap sekarang?Kenapa nama kekasihnya saja yang di ungkit sejak tadi.
"Hei!Apa yang kau orang berdua tengah cakapkan sekarang ni!"
Norah palingkan kepala ke Chester dan pandang lelaki itu dengan renungan senang hati. Sungguh dia rasa serba salah. tapi dia tak boleh nak lakukan apa-apa untuk halang dirinya dari nekad meninggalkan dunia ni.
"Hai chestnut....."sapanya dengan perlahan sebelum tersenyum manis.
Mata Chester naik turun memandang Norah dengan aneh. Norah tahu nama panggilan dia.
"Jangan nak bergurau ya!jangan panggil aku dengan nama tu!hanya Chelsea je yang boleh panggil aku begitu!"tegasnya.
Norah perlahan-lahan mendekati Chester yang sedang berdiri menghadap almari dimana gambar yang di puja oleh Chester.
"Ini saya...Chelsea..."katanya. "Saya pinjam sekejap badan ini untuk bercakap dengan awak semula"jelasnya. "Saya tak tahu ianya kedengaran tidak masuk akal.Tapi percaya la...saya sudah lama mahu lakukan hal ini"
Chester menggeleng kepala sewaktu mengundur ke belakang.
"Tak...tak mungkin ini awak Chelsea...."nafinya dengan muka tak percaya mahu menangis di situ.
Norah pandang Chester Bersama muka bersimpatinya. "It me...real me..."beritahunya lagi.
Tanpa mengatakan apa-apa, Greyson perhatikan saja semua itu. Sama ada Chester mahukannya atau tidak. Sepupu dia perlu bersemuka dan bercakap dengan Chelsea supaya boleh teruskan hidup semula tanpa bergelumang dengan perkara merepek ini lagi!
"Tak semua ni tipu..kau berlakon!"nafi Chester lagi yang enggan percaya dengan apa yang dia dengar dan Nampak!
Norah cuba menyentuh Greyson tetapi lelaki itu jauhkan diri darinya. Namun ianya tidak buatkan dia untuk berputus asa untuk memberitahu hal yang sudah lama dia ingin katakan. Dia mahu keluar dari dunia manusia ini. Dia tidak mahu terus menerus duduk di sini. Jika Chester tidak merelakan pemergian dia, semua ini sama sekali tidak membantu dirinya.
"Berhenti la imbas semua kenangan lama yang buat awak rasa serba salah Chester...lupakan segalanya sebab yang hidup perlu teruskan hidup, yang sudah pergi sampai di situ sahaja perjalannya. Jangan dihalang lagiianya bukan salah awak.."beritahu Norah dengan kening berkerut susah hatinya.
Greyson hanya berdiri di situ. memerhati Chester sudah mulai mengalirkan air mata di kelopak sewaktu memandang Norah dengan kejung membatu di situ.
Entah kenapa dia boleh dengar suara Chelsea dari kata-kata Norah yang mana buatkan dia percaya didepannya ini bukan Norah tetapi kekasih hatinya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa remuk redam hati dia saat ini.
Sakit!
Sungguh sakit!
"Kenapa awak tinggalkan saya Chelsea...awak tahu betapa seksanya saya rindukan awak?"soalnya dengan lemah semangat. Perlahan-lahan dia gerak mahu terduduk ke lantai.
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...