Dring!
Dring!
Telefon di sebelah kaunter sinki berdering apabila adanya panggilan masuk.
Norah yang sedang mengenakan eyeliner di mata kirinya tersentak. Hampir saja dia mahu tersasar conteng darinya. Mujurla tidak.
Tanpa berlengah pensel eyeliner di letakkan ke dalam beg kecil barangan make upnya sebelum telefonnya di capai.
Dia lihat nama Greyson tertera di skrin telefon. Buatkan dia teragak-agak hendak menjawabnya. Yalah.. Siang tadi dia ada mesej tapi lepas dengar cerita Greyson terus dia stop sebab terlalu emo... Ini mesti lelaki ni nak membebel padanya kerana tidak menghiraukan mesej lelaki tu.
Malas nak jawab, Norah melangkah keluar dari tandas itu lalu gerak ke arah katil dimana kot labuhnya di sarung ke badan. Langkahnya kemudian di atur ke pintu bilik pula.
Dring!
Dring!
Sekali lagi telefon itu berdering. Dan Norah tidak mengangkatnya. Dia hanya jalan menyusuri koridor dorm hingga tiba di depan pintu keluar bangunan tersebut.
Yalah buat apa nak di jawab sebab sebentar lagi dia akan menemui Greyson juga. Jadi tiada bezanya.
Tepat semasa Norah berdiri di situ, sebuah kereta pun berhenti tepat menghadapnya.
Ianya kereta mewah milik Greyson.
Tidak bergerak dari tempat berdirinya, Norah diam di situ memerhatikan pintu kereta dibuka oleh Greyson dari dalam.
Dia silangkan tangan ke dada sewaktu perhatikan Greyson melalui bukaan pintu kereta. Bahunya disandar pada dinding pintu masuk di situ.
Selepas mengetahui rahsia Greyson, Norah mula mempersoalkan dirinya sendiri. Dia tertanya-tanya kenapa Greyson nal rahsiakan identiti lelaki tu dari dia? Greyson malu ke kalau identiti sebenarnya hanya seorang anak yatim piatu? Memangnya Greyson fikir dia ni mata duitan ke? Atau Greyson tak percayakan dia sebab itu Greyson tak nak ceritakannya?
Soalan demi soalan muncul dalam kepala dia. Tapi semua itu tidak dapat menghalang dia untuk mendekati Greyson. Dia sedar dirinya siapa, jadi dia tidak pernah berharap lebih. Apa dia tahu, dia suka berada dekat dengan Greyson. Tapi semua yang berlaku buatkan situasi semakin sukar untuk dia.
Dia tahu dia patut berhenti sebelum terlambat. Tapi apakan daya, dia perlukan Greyson di sisinya. Hanya lelaki itu saja yang buatkan dia tenang dan bahagia pada masa yang sama sakit hati.
Bersama wajah berserahnya, Norah gerak ke arah kereta itu lalu masuk ke dalam tanpa berkata apa-apa. Tertutup saja pintu tersebut, Greyson bersuara.
"What the hell?Asal kau tak angkat call aku?Mesej pun tak reply?"marahnya.
Norah tak cakap apa-apa. Dia hanya kenakan seatbelt ke badan.
"Kau tahu tak ada hal urgent yang diberitahu pada kau... Boleh pulak kau buat dunno!"bebel Greyson sambil pandu kereta pergi dari situ.
Norah sandarkan badan ke belakang dan pandang ke depan.
"Apa yang urgentnya? Saya tengah sibuk mengemas kemudian nal bersiap temankan awak keluar bagai... Tak menyabar ke? "balasnya.
Greyson cengkam stereng kereta dengan kuat. Hampir hendak mengamuk di situ sebab Norah saja je nak buat dia risau.
"Fine... Aku nak mintak tolong kau sebab tu aku ajak kau keluar ni.. " helanya sebelum berkata.
Norah palingkan kepala ke sisi. Keningnya berkerut tak faham.
"Pertolongan apa?"tanya dia.
"Aku nak kau jadi perantara untuk Chester bercakap dengan kekasih lama dia yang meninggal dunia kerana suicide beberapa tahun lepas. Disebabkan dia tak move on, hantu Chester masih mendampingi dia... Untuk itu aku nak kau benarkan dia rasuk badan kau supaya dapat bercakap dengan Chester buat sementara waktu... "jelas Greyson tanpa memandang Norah.
"Apa awak kata? Rasuk? "tanya Norah dengan muka tergamam. Gila ke Greyson ni! Suka hati nak biarkan hantu rasuk badan dia.
Greyson palingkan kepala ke Norah sekejap sambil berkerut kening.
"Aku dah tolong kau kan...sekarang turn kau pulak la... "ujarnya.
Keluhan kasar lepas dari hidung Norah. Dia pegang tepi kepala dengan jari telunjuk dan ibu jarinya semasa meletakkan siku pada tingkap kereta. Pandangannya terarah keluar jalan.
Hampeh betul!
"Saya fikir awak nak ajak saya dating tengok wayang... Tapi rupanya hanya ajak-ajak ayam... "getus dia. "Nampaknya saya ni hanya kawan yang beri manfaat pada awak saja. Guna bila perlu, dilupakan bila tiada gunanya... "Norah buat muka tak puas hatinya.
"Apa kau meraban ni? Jangan nak mengada boleh tak... Lagipun aku kan ada.. Aku jaga la kau nanti macam mana kau jaga aku hari tu... Lagipun Chester tu sepupu dan kawan aku... Sampai bila Chester nak bersedih macam tu... "kata Greyson sewaktu memusingkan stereng ke kiri, masing ke persimpangan lampu isyarat.
Setelah itu Norah tidak berkata apa-apa kerana terasa hati dengan sikap Greyson. Agaknya dekat sini, hanya dia seorang sahaja yang over. Entah-entah Greyson tak rasa apa-apa terhadap dia selain gunakan dia sebagai freind with benefit lelaki itu saja.
Sebagai pendinding dan juga perantara.
Mungkin itu yang Greyson fikir tentang dia selama ni!
Mengecewakan betul!
What a jerk!
Ps!/ siapa yang dah tengok trailer novel ni?apa pndpt buddies? Okay tak trailer tu? First time kot tinta buat video bagai and ig semata nak promote cerita merepek tinta ni... Hahaha...≧∇≦

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...