Berasa tergugat dengan jarak rapat mereka, Norah lekatkan kepalanya ke dinding itu mahu menjarakkan diri. Nafasnya mula ditahan kerana gemuruh.
"Saya tak tahu apa yang awak katakan... Apa lagi tentang apa yang awak katakan pada Sana... " tipu Norah lagi.
Memang tidak la dia nak beritahu yang dia dengar tentang kenyataan Greyson sukakan dia sejak awal lagi!
Nak jawab apa nanti!? Malu la dia.
"Oh really?"Greyson dekatkan lagi dirinya.
Mata Norah sudah tidak menentu. Dia mula pandang kanan dan kiri dengan gemuruh.
"Awak jangan macam-macam ya... Saya jerit nanti! "ugutnya semasa naikkan mata memandang lelaki lampai di depannya dengan susah payah. Kenapala lelaki ni tinggi? Lenguh tengkuk nak mendongak!
Tangan di dalam poket tadi berpindah tempat. Ianya hinggap di tepi pinggang Norah.
"Jerit la... Biar satu kolej tahu jita dekat sini..."bisik Greyson lagi yang semakin lama kedengaran semakin mengancam.
Tanpa sedar, Norah menelan air liur bila tekak dia terasa kesat. Entah kenapa rasa gemuruhnya buatkan dia berasa dahaga dan panas pada masa yang sama. Aircond tak berfungsi ke? Rasanya musim sejuk dekat luar sana. Kenapa rasa panas.
Mata Greyson tunduk memandang bibir Norah. "Kau nak mengaku sendiri atau aku tolong kau bukak mulut tu untuk mengaku?"ajunya.
"No!"Norah ketap bibirnya dengan erat-erat. Dia pegang tangan Greyson yang berada di pinggangnya. Cuba menjauhkan diri dari lelaki menyeramkan di depannya ini.
Tangan di dinding tadi kemudiannya gerak memegang belakang tengkuk Norah apabila Greyson dengan kasar memeluk pinggang gadis itu dan menyandarkannya ke dinding.
Terkejut dengan tindakan itu, Norah pegang bilah bahu Greyson dengan tangan dan terpaksa berjengket gara-gara cengkaman pada belakang tengkuknya ketika itu.
"I'm waiting here...honey.. " tunduk Greyson ke depan bibir Norah.
Jarak mereka begitu intim. Salah saja gerak pasti akan berlakunya insiden tidak diingini.
Terbuka sedikit mulut Borah apabila kepalanya dipaksa dongak sedikit ke atas oleh Greyson itu. Dia pandang tidak berkedip ke mata itu.
"Last chance... "aju Greyson sebelum tersenyum manis kepada Norah. Ibu jari tangan yang memegang belakang tengkuk Norah mengusap-ngusap tepi leher itu. "Kau dengar tentang luahan perasaan aku tadi atau tak?"
Tangan Norah mencengkam. Kain jaket di bahu Greyson dengan erat. Tidak tahu hendak berkata apa sebab otak dia benar-benar berada di awangan dan segalanya nampak kelabut dan tidak jelas. Mungkin penangan dari renungan halus Greyson yang menusuk jauh ke dalam hatinya ketika itu.
Mata Greyson gerak kanan dan kiri sewaktu meneliti renungan Norah. Berasa tergoda akan renungan itu, dia berdengus kecil sebelum tersengih.
"Fine...kau tak nak cakap.. Biar aku yang beritahu sekali lagi..."pada masa ini la Greyson tarik Norah ke dalam pelukannya dan memberi kucupan ke bibir itu dalam-dalam.
Terpejam mata Norah apabila bibir itu dengan lembut hinggap ke bibirnya. Nafas yang tertahan-tahan sejak tadi dihela lega dengan panjang
Greyson mengeratkan pelukan di pinggang Norah sewaktu dia dalamkan kucupannya.
Selepas seketika, barulah Greyson menjauhkan diri kerana ingin dapatkan udara. Dia usap tepi pipi Norah dengan lembut. Lama dia nak buat hal ni. Cuma dia pendamkan setiap kali pandang Norah.
"Jangan tinggalkan aku lagi Norah... Samaada jasad atau roh... Aku tak peduli... Tetap la bersama dengan aku." mintanya semasa sandarkan dahi ke dahi Norah dan tembungkan hujung hidungnya dengan hidung Norah. Kedua-dua tangan masih belum menjauh dari belakang tengkuk dan pinggang itu.
Norah buka matanya perlahan-lahan sebelum pandang Greyson dengan renungan redup. Jauh dalam sudut hati dia, ada satu perasaan hangat yang buatkan dia gembira dan senang setiap kali dekat dengan Greyson. Mungkin sebab roh dia pernah ada bonding dengan Greyson. Kerana itu dia rasa perasaan ni.
"Jadi apa jawapan kau?"tanya Greyson semasa jarakkan sedikit wajahnya supaya dapat lihat Norah.
Norah mengangguk perlahan, namun matanya terarah ke bawah kerana segan. Apa lagi, ya la jawabnya. "Saya cuba... "katanya sebelum menggigit bawah bibir dengan malu.
Ketawa kecil lepas dari Greyson. "Good... "katanya sebelum memberi kucupan di tepi mata Norah dan bawa kepala itu ke ceruk lehernya. Dia berikan pelukan beruang ke tubuh kecil itu dengan erat.
Next time... And later... Norah takkan dia lepaskan.
Saat Norah merehatkan dagunya di atas bahu Greyson, dia tersenyum nipis. Dia suka perasaan dimana Greyson dekat dengannya. Tetapi ianya tidak dapat hilangkan rasa risau yang dia sedang rasai sepanjangasa ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...