"Hai... Macam mana hari pertama kamu di sana Norah? "tanya Diana dalam panggilan kepada anak saudaranya.
Norah termenung memandang siling biliknya semasa baring telentang di atas katil. Fikirannya masih menerawang jauh mengingatkan lelaki misteri bernama Greyson Blake.
"Okay... Pensyarahnya okay, kelasnya pun okay.... Kawan baru pun okay. " jawabnya.
"Siapa tu Norah ke? "
"Isy... Sibuklah... Tunggu la dulu. Saya yang bercakap dengan dia kan.. "
"Ayah... Kita lapar!! "
"Layan anak tu dulu la."
Suara kecoh adik saudara, paksu dan maksunya kedengaran dari latar belakang panggilan itu.
Norah yang dengar berdengus kecil sambil tersenyum senang. Berasa lucu dengan suasana keluarganya itu. Rindu dia hendak tinggal bersama mereka. Dapatla dia dengar suara bising. Tidak seperti di dalam dormnya ini. Besar lagikan sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan unggas malam sahaja yang menemaninya di situ.
"Norah! beritahu paksu kalau ada yang membuli kamu! "laung Raden dari kejauhan.
"Sudahlah...menyibuk saja la awak ni.." marah Diana. "Hah.. Mana kita berhenti tadi? ah ya... Maksu call ni hanya nak beritahu kamu yang maksu hanua dapat bayarkan separuh dari semester pertama kamu di situ. Bank kata tak boleh nak keluar banyak. Jadi bakinya bulan kemudian la ya... Selain tu semuanya tiada masalah.. "
Norah gerak mengiring ke kanan. Lalu mata dia terarah pada bingkai gambar keluarganya. Gambar yang diambil bersama-sama dengan ibubapanya. Bila dia pandang akan dua wajah itu hatinya diruntun pilu.
"Terima kasih maksu... Susahkan maksu je lakukan semua ni.. "ucap Norah dengan perlahan sambil menggapai bingkai gambar itu.
"Apa kamu merepekkan ni... Tak ada yang susahnya pun... Kamu anak kakak maksu... Mesti la kebajikan kamu tanggungjawab maksu. Lagipun ibubapa kamu telah banyak bantu maksu dan paksu semasa kami susah. Jadi sekarang la masa kami membalas semua kebaikan mereka tu." tambah Diana dengan ceria.
Bila jarinya menyentuh permukaan kaca bingkai tersebut, senyuman sedih terukir di bibir Norah. "Kalau mama dan papa masih hidup mereka pasti bangga sebab ada adik macam maksu... "ujarnya.
"Hahaha. .yalah... Lebih dari bangga mereka akan kutuk maksu dan paksu kamu.. Bukannya tak tahu mulut laser mereka tu... "ketawa Diana.
Suara ceria itu mengundang senyuman lebar di bibir Norah. Berasa lega sebab dapat dengar suara maksunya semula.
Panggilan itu berlangsung selama setengah jam. Dan setelah itu Norah pamit memutuskan panggilan terlebih dahulu kerana mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya.
Sempat lagi dia mengerling ke jam di telefonnya ketika itu. Sudah masuk jam 10 malam.
Knock!
Knock!
Ketukan kedengaran sekali lagi.
"Ya! Sekejap."sambut Norah dengan kalut turun dari katil bujangnya ke arah pintu.
Ditarik saja daun pintu itu ke dalam wajah Naylie dan Sana adalah perkara pertama yang dilihat Norah.
"Hei... Apa kau orang buat dekat sini? " tanya Norah. Hairan dia. Apapulak dua bersahabat ni mahukan dari dia malam-malam begini.
"Hey?!Bagus kau belum tidur lagi! " sapa Naylie yang terus menolak Norah masuk ke dalam bilik.
Terkebil-kebil mata Norah apabila mereka mengasak dirinya untuk mengundur ke belakang. "Ada apa ni? " tanya dia.
Sana yang cantik mengenakan make up dan pakaian berparti itu henyak punggung di atas katil setelah itu.
"Kita orang nak ajak kau berparti la... Ada parti dekat rumah fraternity...." beritahu Naylie sambil membuka pintu almari pakaian Norah.
Kening Norah berkerut bingung. "Parti? Malam macam ni...?Kan esok ada kelas... "
"Alah... Tak apa. Esok jumaat.. Kelas tak banyak... Sini....tukar baju." Naylie dekati Norah dengan sepasang baju kemeja dress warna biru cair lengan pendek. "Pakai ni okay..."baju itu di tolak ke depan dada Norah.
"Ta-tapi aku tak biasa la dengan semua ni....tak salah ke? "soal Norah teragak-agak.
Sana tersengih meleret. "Alahai....suci sungguh la kau ni Norah. Jangan risau.. Parti ni tak serius mana pun....ianya bukan parti liar... " ujarnya.
Norah pandang tidak yakin pada Sana dan Naylie. Kalau maksu dan paksu dia tahu dia keluar berparti pasti dia akan menerina syarahan tiga hari tiga malam berturut-turut.
"Fine... Tapi jam 12 aku balik. Lebih dari tu off limit ya? " akur Norah akhirnya selepas berkira-kira membuat pertimbangan.
"Yeah! " sorak Naylie dengan gembira.
"Okay. Deal."angguk Sana.
Setelah itu Norah pun gerak ke bilik air untuk menyalin pakaian pijama tidurnya.
Tidak lama selepas keluar dari tandas Naylie dandan Norah sambil di bantu oleh Sana.
Tepat 20 minit kemudian, mereka bertiga keluar dari bangunan dorminatori kolej dan menuju ke laluan pejalan kaki. Oleh kerana tempat itu tidak jauh mana, Sana cadang supaya mereka berjalan untuk ke parti tersebut.
Seperti yang diberitahu parti itu tidak terletak jauh mana. Ianya hanya lima minit berjalan dari bangunan dorm.
"Welcome to your first party my friend..."aju Sana sambil merangkul bahu Norah.
Bila Norah berdiri di depan rumah tiga tingkat yang berlampu di sana sini dan bunyi bising kedengaran sayup dari dalam buatkan keningnya berkerut.
"Maybe aku patut balik semula ke dorm.. " kata Norah apabila dia merasakan dia tidak sepatutnya berada di sini.
"Jangan la macam tu... Chill la... Nothing bad gonna happen okay. Asa long as you tagged along with us okay? " aju Sana memberi kepastian.
Dalam keterpaksaan, Norah di apit Naylie dan Sana di sisi untuk bergerak masuk ke dalam kediaman tersebut.
Rentak lagu yang rancak terus menyapa gegendang telinga apabila mereka jejak kaki ke dalam. Dan keadaan begitu sibuk dan sesak dengan pengunjung parti di situ.
"Mari kita ke sana. " ajak Naylie sambil memegang lengan Norah dan membawa ke tempat dimana sekumpulan lelaki sedang berdiri dalam satu kumpulan.
Sana yang sepertinya sudah terbiasa dengan semua itu sikit pun tidak kelihatan terganggu.
"Ini la life anak-anak orang kaya dekat sini....habiskan duit mak ayah dekat kelas yang mereka sendiri tak peduli untuk hadir dan parti sepanjang masa.. " laung Sana di tepi telinga Norah.
Norah pandang Sana dengan muka tidak senang. Well... Dia bukan anak orang kaya!
"Babe!"panggil Naylie sebelum masuk ke dalam pelukan seorang lelaki.
"Hey. .you make it... "sapa lelaki itu dengan gembira semasa peluk badan ramping Naylie.
"Kenalkan ini kawan baru I, Norah budak baru masuk... Norah ini Zach kapten ice hockey... "
Lelaki itu beri anggukan sapa kepada Norah. "Enjoy la..dan selamat datang."
Tidak tahu hendak beri reaksi apa, Norah hanya beri senyuman nipis di bibir. Enjoy la sangat!
YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...