Berdebar! Masanya telah tiba.
Sebaik saja hari kuluah dan kuzo tamat, Greyson hadiri sesi penilaian ulangannya pula yang dijadualkan untuk dia menaikkan pointer grednya.
Dekat sejam lebih juga Greyson habiskan masa di dalam bilik kaca kedap bunyi bersama seorang pensyarah dari fakulti lain. Memantau dirinya menjawab soalan itu.
Disebabkan dinding kaca itu tinted dibahagian dalam orang luar boleh lihat apa yang berlaku di dalam bilik itu tetapi tidak Greyson.
Lelaki handsome itu terlalu tekun tunduk menjawab kertas soalannya sehingga tidak mempedulikan sekelilingnya.
"Handsome gila senior tu?!!" kedengaran suara bisikan penuh keterujaan di belakang Norah.
Tiang dijadikan tempat bersandar. Tempat itundikira paling strategik untuk menonton lelaki itu.
Norah berdiri di situ dengan tangan bersilang di dada.
Berasa jengkel kerana terpaksa menjadi jaga di situ, semakin jengkel Norah dibuat perbualan pelajar perempuan di situ.
Handsome la?!
Cool la!
Macho la!
Nampak smart la!
Pffft!!!
Merepek!
Kalau la mereka tahu Greyson itu bagaimana orangnya dan verada di tempatnya pasti bukan kata-kata itu yang keluar di bibir mereka.
Beberapa minit kemudian, Greyson akhirnya selesai. Lelaki itu keluar dari bilik dengan langkah mendabik dada dan senyuman bangga di bibir semasa menghampir Norah.
Tetapi pelajar perempuan yang menjadi pemerhati pula teruja sendiri apabila lelaki itu jalan mendekati mereka.
Sayangnya keterujaan mereka itu apabila Greyson berhenti di depan Norah lalu merangkul belakang bahu itu di depan mereka semua.
"Hai... Lama tunggu?"tanya Greyson kepada Norah.
"Hmm.. "jeda Norah dengan menyampah.
Greyson tersenyum lebar. "Jom, aku belanja baskins robin untuk kau sebagai upah... "ajaknya apabila mereka berdua mula jalan merentasi koridor sambil bergandingan bahu.
Norah masih menyilangkan tangan ke dada. Masih tidak berpuas hati kerana mengenangkan keputusan Greyson.
"Jangan la marah.... Benda boleh settle kan... Lagipun aku ada kau untuk jaga aku.. Senyumlah sikit... "pujuk Greyson mencubit pipi Norah.
Sikit pun tiada gunanya. Norah masih bermasam muka susah hati.
Petangnya, selepas Norah selesaikan tugasannya, dia bawa dirinya ke bangunan dorm lelaki. Ingin bertemu dengan Greyson bagi melaksanakan rancangan mereka.
"Kau duduk dekat kerusi situ... " tunjuk Greyson di atas katil, duduk bersila seakan mahu bertapa.
Dengan langkah malas dan sebal, Norah berjalan ke kerusi kayu menghadap katil di situ.
"Tunggu aku, ingat semua rancangan kita kan?"tanya Greyson.
"Awak sure hantu itu akan datang?" Norah buat muka skeptikal. Rasa was-was dengan idea tidak masuk akal ini.
Sudahlah berbahaya, berisiko tinggi lagi tu.
"Aku yakin... Sekarang diam. Pastikan dia tak lakukan hal yang tak sepatutnya."pesan Greyson lagi semasa duduk tegak seakan bersedia hendak membuat perhitungan dengan hantu sadis itu.
Norah mendiamkan diri sesaat kemudian. Dia perhatikan Greyson sedamg memejam mata.
Tepat semasa digit pada jam digital masuk waktu jam 6:30petang. Masa itu la satu deru angin bertiup sedangkan tiada tingkap atau aircond yang terbuka, suhu bilik drop tiba-tiba.
Bulu roma Norah tegak.
Greyson yang duduk dihadapnnya mula berkerut-kerut kening dan menggerakkan kepala seakan terganggu akan sesuatu.
Mata Norah tidakelihat sebarang kelibat atau bayang ketika itu.
Pantas Norah cuba untuk menghalang dirinya dari bangun untuk dapatkan Greyson. Norah tahu hantu yang menakut-nakutkan dia kebelakangan ini sering mengunjungi bilik Greyson.
Disebabkan Greyson tiada tempoh hari kerana itu lah hantu tersebut menyakiti Norah. Sebab hantu itu fikir Norah menjadi punca kenapa Greyson tiada.
Jadi mereka berdua rancang untuk sambut sendiri hantu itu. Pada jam kegemaran hantu itu suka munculkan diri.
"Tssk... Tssk.."bunyi lidaj diketik-ketik beberapa kali kedengaran.
Norah pandang Greyson yang perlahan-lahan membuka mata dan memberi renungan membunuh kepadanya.
"Siapa nama awak?" soal Norah.
Mengikut pelan yang dirancang oleh Greyson sekiranya lelaki itu di rasuk. Iaitu cuba mengorek sebanyak maklumat yang boleh dari hantu ini."Kenapa kau nak tahu?" jawab Greyson sambil angkat kaki kanan dan meletakkan lengan ke atas lutut kaki itu dengan keadaan masih duduk bersila sebelah kaki di atas katil itu.
"Mana asal awak?" soal Norah lagi.
"Sibuk je."ketawa Greyson.
Mata Norah tidak lari dari merenung mata Greyson. Ya.. Muka dan Suar sa tapi renungan mata dan aura dari lelaki itu sungguh berbeza sekali.
"Kau cuba sentuh dia, aku akan bunuh mamat ni, cubalah kalau kalau berani... "ugut Greyson sambil menguak malas rambut yang jatuh di dahinya sewaktu tersenyum meleret mencabar Norah.
Norah cuba melawan sesuatu yang samgat berat sedang menghempap dadanya. Sesak. Sukar untuk dia bernafas.
"Saya boleh tolong awak... Apa saja yang awak perlukan. Beritahu saya... Saya akan tunaikan.... Tapi dengan syarat selepas awak dapat apa awak nak. Tolong tinggalkan saya dan Greyson buat selamanya. "aju Norah akhirnya.
Buat seketika, Greyson pandang tak berkedip ke Norah. "Sebab itu ke budak ni benarkan aku masuk ke badan dia? sebab kau orang nak tolong aku?"soalnya dengan sinis.
Norah mengetap bibir erat-erat dan berkerut kening.
"Ya... Awak bagi kerjasama pada kami, kami akan berikan kerjasama kepada awak."
Greyson pun tersengih lebar. Menampakkan barisan gigi putih nan ratanya. "Okay.. Kalau itu permintaan kau orang but at first aku perlu ke suatu tempat, nak ikut ke?" ajaknya sambil beri renungan nakal ke Norah.
Mahu tak mahu Norah terpaksa mengangguk kepala. Dia kena sentiasa berada dekat dengan Greyson bagi memastikan keselamatan lelaki ini. Jika tidak habis, melayang nyawa anak orang ji kang!
Yang susahnya dia jugak...
Ps/ hari ni lmbat update kan... Hahah...so Tadika dh bukak jd bnyk benda kena settlekan... Hari ni pun suku je sempat siap sbb parents lmbt respon.. So here we are...tiga chapter je smpt... Yg menaipnya pun asyik typo memanjang masa buat cerita. Hope you you like it.

ANDA SEDANG MEMBACA
32. Oh My Ghost!
HorrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...