Bab : 29

632 88 2
                                        

Terdengar jeritan penjual dari gerai-gerai kecil di kawasan pasar itu.  Sekumpulan prngunjung juga berkumpul di situ.

Norah terpaku kagum apabila dirinya di bawa. ke kawasan pasar ini. Dia sangkakan hantu ini akan membawa dirinya suatu kawasan berbahaya atau menakutkan ke apa ke kan.

Sekali tu pasar rupanya l

       "Kenapa kita dekat sini?" tanya Norah sambil memalingkan kepala ke kanan dan kiri melihat sekelilingnya.  Berasa kagum dengan kesibukan tempat tersebut. Pertama kali dia mengunjungi kawasan pasar di tempat pedalaman seperti ini.

       "Jumpa seseorang." jawab Greyson dengan pendek. Dia berdiri di tepi kesibukan orang ramai di situ bersama tangan di dalam poket jaket.  Matanya terarah ke satu arah.  Dan senyuman nipis terukir di bibir.

Norah palingkan kepala,  memandang tepi muka Greyson berkerut kening ingin tahu.

       "Siapa?Orang yang sakiti awak ke?"
       
        "Bukan, tapi sebaliknya. Orang yang telah aku sakiti..."Greyson palingkan kepala ke Norah. Renungan sedih diberikan olehnya.

           Menyedari renungan itu, kening Norah terangkat tinggi. Entah kenapa dia terkesan akan renungan itu. Ianya ibarat mata itu memberitahu dia rasa sakit dan terluka melaluinya. "Mana orang tu?"tanya dia ingin tahu.

Lelaki itu tunduk sedikit ke tepi kepala Norah sebelum tunding jari dengan tangan tangan kanan ke sebuah khemah dimana seorang wanita sekitar usia 50-an bersanggul dan mengenakan apron berada.

Makcik itu dengan riang berborak sakan dengan customer di situ sewaktu bungkuskan ikan ke dalam plastik.

     "Itu ibu aku... orang yang buatkan aku mati dengan penuh penyesalan."bisik Greyson dengan lirih semasa kembali menyeluk tangan ke dalam poket jaket.

Air muka Norah berubah.  Keningnya berkerut sedih. Bila dia pandang semula ke Greyson, hatinya diruntun pilu.

Mati penuh penyesalan? Mesti sakitkan kematian tu?

      "5 tahun lepas,  aku baru balik dari memukat ikan di laut sewaktu nampak ibu aku dibelasah dengan ayah aku yang mabuk dan kaki judi. Selain mintak duit dan berhutang. Siang dan malam orang tua tu hanya tau berjudi dan mabuk-mabukkan. Aku apalagi,  hilang sabar terus belasah ayah aku tanpa fikir panjang. " Greyson berhenti bercakap buat seketika.  Dia pandang ke situ sambil melepaskan keluhan panjang yang terketar-ketar.

Norah yang dengar pun boleh dapat rasakan keperitan dan kepayahan hantu itu hendak mengingatkan semula kejadian malang yang menimpa diri itu.

        "Apa yang berlaku lepas tu?"soal Norah apabila Greyson diam tidak mengatakan apa-apa buat seketika.

          Mata Greyson mula berkaca. Dia mengetap gigi seakan menahan sabar. "Semasa pergelutan berlaku,  aku tak sedar yang ayah aku ada pisau dekat tangan.  Jadi masa aku terjatuh,  ayah aku gerak nak menikam ibu aku,  tapi sempat aku terima impak tikaman tu. Ibu aku selamat tapi aku tak, sebab cedera parah di bahagian jantung aku. Disebabkan aku tak terima kematian tiba-tiba aku,  aku menyesal dan sejak tu roh aku mula merayau-rayau mencari badan untuk aku rasuk supaya dapat temui ibu aku dan pastikan dia hidup." cerita Greyson dengan nada bersahaja. Masih termenung memerhatikan kelibat ibunya dari jauh.

Dengan susah payahnya,  Norah telan air liur menahan diri dari menangis di situ mendengar kisah malang hantu di badan Greyson itu. Dia faham perasaan tu walaupun ibubapanya sudah tiada lagi.

Rasa kehilangan orang tersayang tu apa sangat,  tapi kalau hilangnya ibubapa yakni bumbung dan tempat berlindung kita sudah tiada lagi, segalanya sudah tiada maknanya lagi.

      "Baguslah... dia hidup dan sihat."sambung Greyson lagi.

       "Dimana ayah awak sekarang?"

        Greyson menjungkit bahu. "Entah.. aku tak peduli... mungkin sedang mati mereput di dalam penjara atau mana-mana je... "

Norah menarik nafas dalam-dalam. lalu dihembuskan keluar mencari semangat. Ingin hilangkan rasa sedih yang sedang menyelubungi dirinya.

           "Kalau macam tu. tunggu apalagi.. jomlah jumpa ibu awak... "ajak Norah dengan bersemangat.

Greyson buat muka semasa pandang Norah. Ihh! Perempuan ni cari pasal apa?

      "Kau gila!?"soalnya dengan mata menjegil bulat. "Kalau kita jumpa ibu aku,  apa kau nak cakap? Nak beritahu dia yang aku rasuk badan budak ni sebab datang nak menjenguk macam tu?"

Norah tersengih.

      "Tak nak?"soalnya main-main. "Fine.  Saya pergi sendiri kalau begitu." katanya sebelum melangkah pergi dari situ untuk ke gerai tersebut.

Kalut melihat sikap bersahaja Norah, Greyson tersentak. Eh! Makin menjadi-jadi pulak budak ni! Kalau dia boleh pegang lama dah rambut pendek tu direntapnya!

Ugh!

Kenapa la dia benarkan perempuan ni ikut sekali.

Mahu tak mahu Greyson terpaksa ikut langkah Norah dengan ngerangan jengkel.

       "Mari beli... Mari beli... Sekilo 5$, mari beli dik sini... Beli ikan segan baru turun dari kapal... "ajak makcik penjual ikan itu dengan bersemnagat selepas Norah tiba di situ.

Mata Norah bersinar-sinar penuh semangat semasa memandang makcik itu.  Kalau ini dapat tenangkan roh itu,  dia sanggup lakukan apa saja. Asalkan roh itu tenteram dan Greyson pun selamat.

      "Hai makcik..."sapa Norah sambil lihat-lihat ikan di situ masih tersisa banyak tidak terjual sangat. "Saya ni tengah buat tugasan kolej... Ianya mengenai cara-cara bagaimana hendak memasarkan sesuatu produk dan marketing strategi. Kalau makcik tak kisah,  boleh saya bantu makcik meniaga disamping tu." ajunya.

Entah kelentong apa-apa je,  dia bantai saja. Asalkan kedengaran meyakinkan.

Pada awalnya makcik itu kebingungan. Agak terkejut dengan permintaan itu. Tetapi selepas nampak Greyson disitu, makcik tersebut pun tersenyum senang. Percaya hidup-hidup akan kata-kata Norah.

32. Oh My Ghost!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang