Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa. Bunyi desiran daun saling bergesel seakan alam sedang mengadakan okestra semula jadi sambil diselangi dengan siulan deruan angin yang menyapa gendang telinga di petang cerah itu.
Selepas berhari-hari lamanya cuaca mendung dan hujan sepanjang masa, akhirnya matahari sudi menunjukkan diri semula.
Naylie, Norah dan Sama duduk berbual selepas selesai hadiri kuliah mereka mengenai sesuatu dengan ceria. Sambil tu ketawa sekejap-sekejap.
Sana yang tidak terasa lagi dengan keputusan Greyson sikit pun tidak ambil hati dengan Norah. Yalahkan, takkan semata seorang lelaki dia perlu rosakkan persahabatannya drngan Norah. Lagipun Norah tak salah apapun. Bagi Sana, dah cukup dengan melafazkan perasaannya kepada Greyson. Tak adalah dia menyesal sangat.
Lagipun lumrah la dalam sesuatuan permulaan hubungan pasti akan ada rejection ya tak? Bukan semua orang boleh sukakan kita sepertimana kita sukakan orang tu, dan bukan semua orang yang kita boleh terima masuk ke dalam hidup kita.
Naylie yang semakin bahagia dengan percintaanya bersama kapten pasukan hoki ais tidak habis-habis bragging tentang teman lelakinya itu..
Sementara Norah seperti biasa, sejak kejadian Hantu Shane beberapa yang lepas, sudahpun tiada lagi. Dengan itu tiada la lagi gangguan yang diterima. Segalanya kembali pada keadaan sedia kala.
"So kau dengan Greyson la ni?"tanya Naylie.
Norah yang sedang tunduk membalas pesanan ringkas tersentak. Dia pandang Naylie sebelum kerling ke Sana. Lah! Kenapa isu ni pulak?
"Alah.... Tak payah nak cover... Sana sendiri yang beritahu kau demgan Greyson ada something... So betullah?"tanya Naylie lagi.
Sana memberi senyuman mesra kepada Norah.
"It's okay... Aku okay je.. Kau tak payah rasa serba salah sangat.. "ujar Sana memberi kepastian kepada Norah.
Mendengar kata-kata itu, Norah pandamg serba salah pada Sana. Dia gigit bawah bibir sebelum matanya tunduk memandang skrin apabila satu pesanan dari Greyson muncul.
"Sorry."ucap Norah.
Sana ketawa kecil lalu menepuk peha Norah yang bersimpuh itu.
"Apa yang kau nak mintak maafkannya. Greyson bukan teman lelaki aku.. Kau tak rampas atau sailang hak sesiapa. Lagipun dia yang pilih kau.. " katanya.
Naylie mengangguk kepala dengan senyuman lebar di bibir.
"Betul tu... Jangan la sebab lelaki kita nak bergaduh...ramai lagi hah lelaki dekat luar sana..."
Berasa lega dengan kata-kata itu baru la Norah berani mengangkat matanya untuk pandang mereka berdua. "Thanks sebab tak bencikan aku... "kata dia dengan suara kecil.
Naylie dan Sana ketawa. Berasa lucu dengan sikap naif Norah. Comel je orangnya.
Bila Norah baca pesanan yang diterima dari Greyson tadi dia teringat sesuatu. Lalu pandang ke Sana.
"Oh ya... Aku nak tanya... Berapa la kau kenal Greyson? "tanya dia.
Dahi Sana berlapis. Dia pandang tak faham. "Umm... Dekat 10 tahun... Parents kita orang adalah sahabat baik..."jawabnya dengan nada tidak pasti. "Kenapa? "
Naylie ikut palingkan muka ke Norah. Turut ingin tahu kenapa Norah bertanya begitu. Cemburu ke?
"Something berlaku dekat dia ke masa kecik-kecik dulu... Macam kemalangan atau something yang serius macam tu?"tanya Norah teragak-agak. Takut di label sebagai penyibuk pulak nanti.
Air muka Sana berubah. Dia pandang serba tak kena lepas dengar soalan tu.
"Ada tu ada... "angguk Sana. "Dia pernah lemas semasa cruiaing bersama dengan ayah dia dan ayah aku. Mujur la sempat di naikkan ke dek. Tapi masa tu Greyson tak bernafas lagi. Ianya ambil masa yang lama untuk sedarkan dia. Baru saja doktor nak declare kematian Greyson sedar semula. Katanya sejak tu dia dapat lihat hantu dan roh... "
Norah yang sedia maklum mengenai hal itu tidak terkejut. Dia hanya mengangguk kepala.
"Tapi... Kalau kau nak tahu cerita paling tragis dari tu.... Sebenarnya Greyson tu anak angkat pada keluarganya yang sekarang ni.... " sambung Sana lagi semasa memandang Norah. "Sejak dia berusia 5 tahun lagi...dia jadi yatim piatu..."
Tanpa disedarinya, Norah menahan nafas terkejut. Dia pandang tidak berkedip ke Sana walaupun rambutnya terbang mengenai mukanya dengan liar gara-gara ditiup angin yang kuat. Dia terpempan mendengarnya.
Sana melepaskan hela nafas kesalnya. Dia sendiri masih berduka dengan cerita yang pernah ayahnya beritahu kepada dia lama dahulu.
Oleh kerana ibubapa angkat Greyson tidak dapat nak mempunyai zuriat, mereka jadikan Greyson sebagai anak mereka. Pasangan suami isteri itu sangat la baik... Tetapi terlalu sibuk membina kerjaya.
"Apa yang terjadi pada keluarga Greyson? "tanya Norah. Keningnya berkerut susah hati. Dia tak tahu pula yang nasib dia sama seperti Greyson.
Naylie yang tidak tahu jelas hanya diam di situ mendengar bicara rakan baiknya menyampaikan cerita Greyson.
"Ayah kandung Greyson
nekad terjun dari jambatan lemaskan diri sendiri kerana perniagaannya bankrup dan hutang keliling pingang. Kemudian kakak beza 10 tahun dengan dia pula meninggal dunia kerana di langgar lari. Oleh kerana tertekan kehilangan semua ahli keluarganya, ibu Greyson pula ambil keputusan untuk gantung dirinya sendiri...kerana tidak tahan hidup dengan tekanan merindui suami dan anak yang meninggal. Greyson dihantar ke pusat kebajikan dan dibesarkan di sebuah rumah anak yatim sejak tu."beritahu Sana dengan senyuman sedihnya kepada Norah.Rambut yang bersepah di mukanya di selak Norah ke belakang telinga. Keningnya berkerut sedih. Jadi tiga hantu yang mendampingi Greyson adalah ahli keluarga lelaki itu. Adakah Greyson sama seperti dia juga? Oleh kerana tidak relakan pemergian ahli keluarga masing-masing, maka roh keluarga mereka mendampingi mereka sehingga kini?
"Siapa sangkakan, Greyson yang suka buat perangai tak serius dan bratty seperti anak orang kaya terlebih manja rupanga tangung bevan yang lebih berat dari kita semua... "seloroh Naylie bernada simpati.
Norah dekat situ hampir mahu menangis. Dia ketap giginya dengan erat supaya air matanya tidak berkumpul. Kisah Greyson buatkan dia teringat akan kisahnya sendiri.
Kenapa la aturan hidup ni sentiasa ada onak dan likunya?
Kalau tak sakit tak apa jugak.
Ini sakit bagai nak apa!

YOU ARE READING
32. Oh My Ghost!
TerrorAwalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke dalam laut hingga menyebabkan dia telah disahkan mati buat selama 20 saat sebelum dia kembali hidup...