Bab : 47

576 77 3
                                    

           "Aku sayangkan kau Norah...." lafaz Greyson dengan sebak tanpa bergerak dari tempatnya berdiri.

           "Saya tahu.."balas Norah dengan senyuman nipis di bibir."Saya pun sayangkan awak Greyson..lebih dari seorang kawan tapi kenapa tiba-tiba ni?"

           Greyson ketap giginya dengan kuat mendengar balasan itu. "Dan aku nak minta maaf untuk apa yang kau dengar lepas ni...."

Semakin lama semakin dekat Norah pada Greyson. Dan dia mula berdebar takut. Mampu ke dia beritahu Greyson mengenai hasil pemeriksaan kesihatannya hari ini?

            "Parents aku dah jodohkan aku dengan Sana, anak kepada rakan kongsi dan kawan baik ayah aku"luah Greyson bersama air mata bertakung di kelopak.

            Apabila mendengar kata-kata itu, Norah terus berhenti dari berjalan. Hanya tinggal 2 meter saja jaraknya dengan Greyson ketika itu. "Apa awak kata?"

Greyson pandang Norah dengan kening berkerut susah hatinya.

          "Aku tak tahu apa aku nak buat, aku nakkan aku, tapi aku perlukan ibubapa aku...apa aku patut buat Norah...."mintanya dengan terdesak.

Norah terpempan.

Apa?Greyson dijdohkan bersama Sana?

Terus tak jadi Norah hendak beritahu sakitnya kepada Greyson. Kalau dia beritahu pasti Greyson akan pilih dia bukan ibubapa lelaki itu?Dia faham kalau Greyson perlukan ibubapa lelaki itu, malah dia tak salahkan Greyson pun. Tapi kenapa Sana?Dia tak boleh ke?

         "Apa yang awak kata pada mereka?"tanya Norah dengan perlahan.

         "Aku cakap aku pilih kau...tapi sebagai gantinya aku tinggalkan dia orang.."jawab Greyson dengan sedih.Masih berdiri di tempat yang sama.

Seperti mahu terduduk di situ juga, Norah beri senyuman di bibir pada Greyson. Berterima kasih pada lelaki itu kerana masih mahu bersama dengan dia sekalipun terpaksa korbankan ibubapa yang telah membesarkannya sejak kecil dan di jadikan anak angkat buat pasangan itu.

Tapi, dia tak sampai hati nak rampas kebahagian orang lain demi mendapatkan kebahagiannya sendiri.

Lagipun elok la begini. Perasaan sakitnya ini hanya seketika saja.Sebab nanti lepas dia jalani pembedahannya, sudah pasti ingatannya tentang Greyson akan terhapus.

           "Kalau awak pilih saya dari ibubapa awak, maka dari awal lagi awak dah kehilangan saya Greyson...buat apa saya bersama dengan lelaki yang pentingkan diri dan tidak tahu menghargai pengorbanan orang lain demi awak...."beritahu Norah bersama dada sebu mahu menangisnya.

Bibir Greyson menggeletar semasa air mata mula mengalir di tepi matanya. Dia dapat lihat pasangan hantu ibubapa Norah berdiri di belakang gadis itu dengan renungan sedih ke belakang kepala Norah.

         "Maafkan aku Norah..."

Norah tersenyum sedih.

         "Pilih la mereka yang ada di sisi awak sewaktu awak memerlukan mereka, bukan bersama dengan orang yang awak perlukan....Jika ini jalannya, Saya terima. Sampai di sini sajala kontrak kita berdua sebagai friend with benefit awak tu."lafaz Norah dengan nafas tersekat-sekat mahu menangis.

Terus jatuh tangan Greyson selepas mendengar kata-kata itu. Dia pandang Norah dengan renungan berharap. Dia tahu dia patut lari dapatkan Norah.Tapi dia tak kuat. Sebab dia takut kalau dia dapatkan Norah. gadis itu akan larikan diri dari dia...

Bersama wajah mahu menangisnya Norah berpaling dari situ dan berjalan masuk ke bangunan dormnya tanpa memandang Greyson buat kali terakhir.

Apabila Norah menjauh masuk ke dalam, Greyson terus tertunduk memegang lutut menangis tanpa suara di situ dalam keadaan tercungap-cungap seperti di serang asma.

Sementara tiga hantu keluarga Greyson berdiri di samping lelaki itu dengan renungan simpati masing-masing. Hantu wanita dengan leher terjerut itu angkat tangan lalu mengusap belakang badan Greyson dengan kasih.

          "Adakalanya apa yang kita mahukan itu tidak semestinya menjadi hak milik kita...kau kena ingat tu.."beritahu hantu wanita leher terjerut itu pada Greyson.

Makin teresak-esak Greyson dekat situ. Hatinya remuk redam. Dadanya sakit seperti ditusuk sembilu. Nafasnya mula tersekat-sekat kerana tidak dapat membendung rasa kecewa yang di rasainya sekarang ini!

Salah apa yang dia telah lakukan sehingga dirinya di hokum sebegini rupa?


Setibanya Norah di dalam biliknya, dia tutup pintu lalu jatuh bersimpuh di lantai sebelum bersandar padanya. Kepalanya di hantuk kesal ke permukaan pintu itu sewaktu dongak memandang siling biliknya.

Baguslah kalau begitu!

Greyson patut bina hidup dengan insan yang lebih bagus dari dia seperti Sana itu. Yalah, Sana itu cantik, anak orang berada, pandai lagi tu.

Nak di bandingkan dirinya, sudah la anak yatim piatu, hidup pun bergantung terhadap orang lain, bahkan dirinya bukan la sesiapa selain seseorang yang malang.

Mana la sepadan untuk lelaki seperti Greyson.

Air mata turun berlinangan laju dari tepi mata Norah lalu ke rahang sebelum jatuh menitik pada pakaiannya.



















ps/ Okay...big announcement here...umm..tadika akan beroperasi hari rabu ni which meannsss...Tinta akan super duper busy menguruskan budak2 freshie yang mempunyai emosi yang tidak stabil jadi maybe buku ini adalah buku first and last untuk bulan Januari...and for the same reason...Tinta lambat update hari ni adalah sebab buat preparation kelas..bukan layan netfliz okay...don't get me wrong there..alright!

Macam mana dengan new chapter ni?Okay tak?

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now