Bab : 51

603 80 3
                                    

          "Ayah...tolong la. Batalkan pertunangan Blake dengan Sana...Blake tak boleh nak lakukan semua ni"

          "Kenapa kamu berkeras enggan menerima Sana?"soal ayahnya dengan kening berkerut tidak puas hati sewaktu memegang ipad di tangan sewaktu makan di meja restoran tempat pertemuan mereka anak beranak.

            "Sebab Blake tak sukakan Sana..tapi orang lain...berapa kali nak Blake beritahu!"tegasnya lagi dengan bersungguh. Hampir berkali-kali dia cuba pujuk ayahnya ini.

           "Suka itu boleh datang kemudian...Sana ada pasangan yang sesuai untuk kamu."tegas ayahnya semasa turunkan mata memandang skrin ipad hendak focus memandang kerjanya semula.

          "Ayah tahu tak kalau bukan sebab Norah desak Blake supaya terima keluarga dibandingkan perasaan sendiri, mungkin Blake tiada di sini lagi"ugutnya pula.

           "Elok la...sekurang-kurangnya gadis itu ada kesedaran untuk buat kamu tidak berpaling tadah kepada kami. Orang yang telah membesarkan kamu seperti anak sendiri tanpa berbelah bahagi."

         "Sudah la tu Greyson...jangan la kamu terus menerus berbalah dengan ayah kamu mengenai keputusan kami menyatukan kamu Bersama anak Jeremiah...ianya demi kebaikan kamu juga..."

           Berderau darah dia lepas dengar. "Demi kebaikan Greyson?Ibu...dalam hal ni tak ada kena mengena pun dengan kebaikan buat Greyson..ianya lebih kepada kepentingan bisnes ayah dengan ibu semata..bukan sebab Greyson...."bidasnya dengan nada tak percaya. Ibu dan ayahnya ini kenapa la susah sangat nak berurusan sangat!

Sambil mengetap gigi erat-erat, pandangannya terarah pada jurucakap yang gembira membuat ucapan kepada para tetamu yang hadir di situ.

Pejam celik saja semuanya berlalu. Rasanya baru semalam saja dia bertemu dengan norah buat kali terakhir sebelum gadis itu menghilangkan diri begitu sahaja tanpa jejak.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kesalnya perasaan dia saat ini kerana tidak berdaya hendak berbuat apa-apa untuk menidakkan takdirnya ini.

Setelah tamat saja peperiksaan semester akhirnya, tiga bulan yang lepas, kini Greyson dan Sana bakal di tunangkan di hadapan semua kaum kerabat dan kenalan dari kedua-dua buah keluarga. Majlis itu diadakan secara besar-besaran dan mewah sekali memandangkan ia melibatkan dua buat keluarga ternama dan berpengaruh.

Seperti kebiasannya, Greyson sentiasa segak tidak kira dia mengenakan apa saja di tubuh like model itu berpakaian tuksedo Armani.

Sementara Sana yang saling tiada kurangnya kelihatan anggun mengenakan dress custom made dari pereka terkenal.

Sambil di apit oleh kedua-dua belah mempelai, pasangan tersebut berdiri menghadap antara satu sama lain apabila bekas cincin tunang tiba di tepi mereka berdua.

             "Kini...dipersilakan...sesi pertukaran cincin tuning di antara pihak lelaki dan perempuan...diminta pihak lelaki sarungkan cincin pada jari pihak perempuan dan begitu la pihak perempuan kemudiannya.."ujar pengacara majlis di depan podium kecil dalam dewan ballroom hotel mewah tersebut.

Bila ibu Greyson serahkan bekas cincin milik Sana, anak lelakinya pandang akan cincin itu dengan renungan dalam. Berbolak balik membuat keputusan. Patut ke dia batalkan pertunangan ni?Patut ke dia larikan saja diri dari sini dan jangan kembali lagi untuk mencari Norah.

         "Teruskan pertunangan ni Greyson!"arah Sana dengan serius.

Terus terangkat tinggi kening dia lepas dengar. Perempuan ni cari pasal betul!Lain yang di suruh lain pula yang di jawab!

            "Apa kau cakap?kau tahu tak aku tengah frust sekarang ni!Kau sempat lagi nak cakap macam ni?kau dengar tak apa aku cakap tadi!Aku tak nak bertunang dengan kau!"

          "Ya...saya tahu...tapi percaya la...dengan cara ini sajala awak boleh bebas dari kekangan ayah awak"ujar Sana bersama renungan penuh muslihatnya.

          Elok dia yang sedang mahu melenting kembali surut semula bila mendengar kata-kata itu. "Apa maksud kau?"

          "Dengar elok-elok ya, gunakan pertunangan kita sebagai tiket untuk awak dapatkan kepercayaan ibu dan ayah awak. Dengan ini mereka dapat lepaskan awak dan tidak mengokong awak lagi...saya akan bantu awak cari Norah sehingga kita dapat temui dia...dan selepas awak temui Norah, kita putuskan pertunangan kita dan saya akan bantu back up awak supaya ibu dan ayah awak tidak marah kepada awak nanti.."cadang Sana dengan bersungguh.

            Dada dia mula berdegup kencang tidak senang hati. berasa teruja tetapi dalam masa yang sama risau."Kenapa kau buat semua ni?"

          "Sebab saya tak suka lihat orang lain menderita sebab saya...lagipun Norah adalah orang yang sepatutnya Bersama dengan awak...bukan saya...jadi awak teruskan pertunangan ni. Sebab ayah dan ibu saya telah janji kepada saya sekiranya saya bertunang dengan awak mereka akan berikan kuasa kepada saya untuk kendali syarikat mereka. Jadi lepas saya di beri kuasa, saya akan ugut ayah awak sekiranya dia mahu teruskan pertunangan ini, saya akan batalkan semua kerjasama yang syarikat ayah kita berdua jalinkan selama ni"

Terbuka sedikit mulutnya bila mendengar idea geliga Sana. Dia langsung tidak menjangka hal ini.

Greyson capai cincin itu dari bekas lantas di sarung ke jari Sana tanpa berlengah.

Diikuti oleh tepukan gemuruh yang kedengaran memenuhi seluruh dewan tersebut ucapan taniah dan laungan soraka gembira turut bergema.

Pada masa cincin tersarung pada jarinya, Sana pandang Greyson dengan sengih meleret penuh muslihatnya.

Lepas ni, semuanya bergantung pada Greyson untuk lelaki ini dapatkan Norah semula sehingga jumpa!Apa yang dia mampu lakukan adalah cover Greyson dari ketahuan.

32. Oh My Ghost!Where stories live. Discover now